Sudah dua minggu berlalu hubungan palsu mereka.
Jangan fikir Koeun dan Donghyuck sahaja yang pura pura bercinta, Mark dan Gyumi juga sama.
//Flashback//
Semasa Mark dan Gyumi keluar bertemu janji.
"Jadi oppa sukakan Koeun unnie?" Soal Gyumi pada Mark apabila Mark mengaku yang dia sebenarnya tidak ada perasaan kat Gyumi.
"Nae, maafkan oppa Gyumi. Maafkan oppa sebab oppa dah lukakan hati Gyumi" rayu Mark sambil tangannya membuat signal meminta maaf.
Gyumi angguk kepalanya perlahan kerana sedang memahami keadaan. Ini juga peluang dia untuk bagitahu yang sebenarnya dia juga tiada perasaan pada Mark.
"Gwenchana oppa, Gyumi okay"
"Betul?"
"Ye betul, sebenarnya.. Gyumi sukakan Mark Tuan, bukan Mark Lee. Si Donghyuck tu gadoh sangat nak pecahkan rahsia Gyumi jadi dia tak tanya Mark mana yang Gyumi suka" jawab Gyumi sambil tersenyum.
Mark membalas senyuman Gyumi "Gyumi janji akan tolong oppa dapatkan Koeun unnie"
"Tapi dia dah ada Donghyuck"
"Kita pisahkan mereka dengan cuba buat dia jeles dengan hubungan sweet couple kita"
"Jeles? Hubungan sweet couple kita? Apa maksud Gyumi?"
"Kita.. Pura pura jadi pasangan kekasih yang terhangat kat sekolah tu sampaikan pasangan lain pun boleh jeles faham?"
Mark bersetuju dengan cadangan Gyumi. Mereka teruskan date itu seperti pasangan yang benar benar bercinta. Walhal tidak.
//End flashback//
NEO HIGHSCHOOL LIBRARY,
Memandangkan Koeun dan Mark merupakan pelajar tahun akhir, dan akan graduate tahun ini, mereka berdua sudah berpakat untuk balik lewat dan belajar di library sama sama.
Disebabkan Donghyuck banyak kerenah, Koeun terpaksa menurut kehendak Donghyuck untuk menemaninya keluar membeli makanan untuk dimakan sebelum masuk ke library.
Oleh disebabkan Koeun terpaksa menemani Donghyuck, Mark dan Gyumi mengambil keputusan untuk ke perpustakaan terlebih dahulu.
"Oppa, cuba tengok buku ni. Buku ni yang oppa cari kan?" Soal Gyumi pada Mark yang sedang sibuk mencari buku rujukan kimia di rak.
Mark mengambil buku di tangan Gyumi dan membeleknya "ha'a, betul lah ini. Pandai kamu" kata Mark lalu menyerabutkan rambut Gyumi.
"Ishh!" Dia jeling Mark sambil berpeluk tubuh.
"Kyah janganlah macam ni teddy bear oppa" kata Mark lalu mencubit pipi Gyumi.
"Ouch sakitlah!" Gyumi tepis tangan Mark membuatkan Mark ketawa.
Sambil itu, ada satu pasangan masuk ke dalam perpustakaan tersebut dan dua dua mereka mencari pasangan sebenar mereka iaitu Koeun cari Mark dan Donghyuck cari Gyumi.
Tiba tiba timbul idea nakal dikepala Mark.
Apabila Mark tahu Koeun dan Donghyuck sudah semakin dekat, dia meminta kebenaran Gyumi terlebih dahulu untuk menciumnya.
Gyumi angguk bersetuju kerana ini memang rancangan mereka.
Mark sandarkan Gyumi pada dinding dan letakkan ibu jarinya atas bibir Gyumi supaya bibirnya tidak menyentuh bibir milik Gyumi.
YOU ARE READING
[C] we can't be bestfriend anymore ↪ haechan
Short Story"aku dah taknak kita jadi kawan" "apa? kau taknak jadi kawan dengan aku sebab aku sukakan kau?" published: 171224