"Donghyuck!"
"Nae?" Langkahnya terhenti apabila Gyumi memanggilnya. Dia mahu pulang memandangkan hari sudah gelap tetapi cuaca yang buruk tidak membenarkannya pulang.
"Kau yakin nak balik time hujan lebat macam ni?"
Donghyuck mengangguk laju kepalanya "takpa, aku pinjam payung rumah kau ni dulu"
Gyumi menarik pergelangan tangan Donghyuck sebelum Donghyuck sempat membuka pintu rumah.
"Aku call mak kau, cakap kau tido sini malam ni arraseo?" Soal Gyumi membuatkan Donghyuck berpikir.
"Okay" dia membuka semula kasut yang dipakainya tadi dan duduk di ruang tamu.
Dia melihat Gyumi membuat panggilan, Gyumi call puan Lee untuk bagitahu anaknya bermalam disitu dan Donghyuck juga bercakap dengan ommanya di talian sebentar untuk menyakinkan ommanya supaya dia tidak nakal apabila berada di rumah orang.
Kemudian, Gyumi call ommanya untuk bagitahu Donghyuck bermalam disitu dan apa sebabnya.
Gyumi sudah biasa sebenarnya ditinggalkan oleh omma dan appanya kerana mereka sibuk berkerja tetapi alasan Gyumi untuk kali ini ialah dia takutkan petir dan ribut jadi dia minta Donghyuck menemaninya.
Dan bukan tidak pernah Donghyuck bermalam dirumah Gyumi, sudah menjadi kebiasaannya sebenarnya tetapi semenjak dua menjak ini hubungan Donghyuck dan Gyumi janggal disebabkan mereka berpura-pura bercinta dengan sunbae mereka dan apabila Donghyuck bermalam dirumah Gyumi mesti omma atau appa Gyumi ada dirumah.
Tapi kali ini tiada.
"Donghyuck kau nak tido kat sini ke?" Soal Gyumi apabila melihat Donghyuck terbaring atas sofa di ruangtamu.
"Takdelah, aku nak main masak masak kat sini" jawabnya sambil pejamkan mata.
"Oh" jawab Gyumi dan terus ke dapur untuk mengambil sesuatu.
Dia meletakkan sebungkus roti sandwich, dua gelas air susu dan beberapa snack yang lain.
Donghyuck bangun kembali apabila melihat Gyumi membawa semua itu dihadapannya.
"Aku tahu kau tak makan lagi, jadi jom makan. Aku malas nak masak jadi ini je" kata Gyumi sambil mencapai alat kawalan jauh untuk menghidupkan tv.
Dia melabuhkan punggung disebelah Donghyuck memandangkan banyak lagi ruang di sofa panjang itu.
Mereka melayan drama sambil memakan snack. Sebenarnya takdalah drama sangat sebab mereka asyik tukar tukar saluran.
"Aishh dahlah tukar tu!" Donghyuck merampas alat kawalan jauh itu di tangan Gyumi, Gyumi cuba mencapainya kembali tetapi tidak boleh kerana Donghyuck meletak alat kawalan jauh itu dalam bajunya.
"Heyyy apa kau buat!!!" Marahnya apabila dia sudah kalah.
"Diamlah! Kau asyik tukar channel je. Pening kepala aku kau tahu tak?"
Gyumi mencebik, Donghyuck mengukirkan senyuman apabila melihat kelakuan comel Gyumi.
Donghyuck merangkul leher Gyumi dengan lengannya kanannya disebabkan Gyumi berada disebelah kanannya. Tangan kiri Donghyuck mengusutkan rambut Gyumi menyebabkan Gyumi hendak membalas dengan cuba menarik rambut Donghyuck tetapi tidak dapat kerana Donghyuck cepat menghalang tangan Gyumi daripada menyentuh rambutnya.
"Kau main tak adil ya!"
"Apa? Aku mana ada main"
"Siap kau nanti, aku nak cekik kau nanti kau tidur"
"Kalau macam tu aku balik lah, nampaknya hujan dah berhenti" balas Donghyuck sambil memandang ke arah tingkap yang ditutupi langsir.
"Aniya! Aku janji aku tak buat"
YOU ARE READING
[C] we can't be bestfriend anymore ↪ haechan
Short Story"aku dah taknak kita jadi kawan" "apa? kau taknak jadi kawan dengan aku sebab aku sukakan kau?" published: 171224