can

786 92 32
                                    

Perjalanan pulang mereka hanya bunyi seretan tapak kasut dan hanya cengkerik menguasai suasana mereka.

Kekrik-krikkan itu hilang apabila salah seorang dari mereka membuka mulut "Donghyuck~"

"Hm?" 

"Dah lama kan kita tak balik sama-sama?" 

Donghyuck tergelak sinis sebelum menjawab persoalan Gyumi "apa yang lama, baru je 2minggu" 

Gyumi menyiku lengan Donghyuck kerana geram "yelah, lama lah tu" Donghyuck tersenyum dengan perbuatan Gyumi. Mungkin rindu untuk bergurau bersama lagi.

"Jom pergi kat sana. Aku rasa nak makan aiskrim lah" Gyumi menunjuk kedai aiskrim yang dibuka 24jam setiap hari itu dan dia pun menarik Donghyuck bersamanya.

Donghyuck yang masuk kedai itu terlebih dahulu dan memesan aiskrim "pakcik aiskrim vanilla satu dan coklat satu ya"

Gyumi datang ditepi Donghyuck dan senyum, kerana sudah kebiasaannya Donghyuck yang memesan aiskrim apabila mereka datang sini tapi bayar suku suku, kadang kadang Donghyuck belanja Gyumi tapi kena ganti laa pada hari lain.

"Lama kamu berdua tak datang sini? Gadoh ke?" Tanya pakcik aiskrim itu, "Ah ani, kita busy sikit kebelakangan ni. Jadi tak sempat datang sini" jawab Donghyuck sambil mengambil aiskrim coklat itu dan diberikan pada Gyumi. Yang dia punya vanilla.

"Oh, maaflaa. Ingat kamu berdua gadoh ke apa ke, nanti hilang pulak young couple datang kat kedai pakcik ni" kata pakcik itu membuatkan muka Donghyuck dan Gyumi memerah kerana malu.

"Ahh taklah pakcik, kami berdua kawan je" jawab Donghyuck sambil mengambil baki dari pakcik itu. Harini Donghyuck berlanja k.

"Lah yeke? Aduh, kamu berdua nampak sepadan. Ingat kamu berdua ada hubungan"

"Hehe aniya, kami kawan rapat. Sebab tulah pelik sikit" jawab Gyumi. "Okay pakcik, terima kasih untuk aiskrim ni, kita pergi dulu" kata Donghyuck lalu mereka tunduk hormat dan keluar dari kedai itu.

"Tak sangka kan pakcik tu ingat kita couple" Gyumi memulakan percakapan sambil makan aiskrim favorite-nya.

"Tulah, muka buruk macam kau ni dia kata sepadan dengan aku" balas Donghyuck membuatkan Gyumi berhenti berjalan. Donghyuck pandang Gyumi di belakangnya kerana dah ditinggalkan "kau kenapa?"

"Kau kata aku buruk kan tadi. Kau jalan lah sorang sorang!" Katanya sambil mencebik.

"Eh kau ni nak merajuk pulak, makin buruk pulak nampak" balas Donghyuck membuatkan Gyumi memberi kasar aiskrimnya pada Donghyuck dan berjalan laju meninggalkan Donghyuck.

"Eh asal kau ni? Kau taknak ke aiskrim ni? Aduh rezeki" jerit Donghyuck pada Gyumi yang sudah meninggalkannya. Gyumi pula terus berjalan tanpa hiraukan Donghyuck dibelakangnya.

"Aku tahulah Koeun unnie lagi cantik dari aku, takpayahlah kutuk aku macam tu. Ishh!" Monolog Gyumi sambil kakinya menghentak hentak lantai.

~~~~~~

Keesokkan harinya, Gyumi tidak melayan Donghyuck. Walaupun mereka ialah deskmate tapi apa saja yang Donghyuck lakukan dia abaikan.

Ding ding ding, ding dongggg~~

Loceng sekolah digetarkan buat kali terakhir untuk hari ini. Itu maknanya sudah tiba waktu pulang.

Mereka sudah tahu yang Mark dan Koeun sudahpun rasmi menjadi pasangan kekasih jadi mereka sudah tiada niat untuk mengganggu pasangan itu.

Dengan hubungan rasmi Markoeun itu juga Donghyuck dan Gyumi diisytiharkan single.

Gyumi memutuskan untuk pulang seorang diri memandangkan dia masih merajuk dengan Donghyuck, tetapi merajuknya tidak begitu teruk kerana hatinya sedang berbunga bunga setelah dapat tahu yang Donghyuck tiada hubungan dengan Koeun.

[C] we can't be bestfriend anymore ↪ haechanWhere stories live. Discover now