Aku menghirup udara Malaysia yang tak berapa nak segar.Malaysia sekarang dengan dulu berbeza.Dulu,semua udara diyakini bersih.Sekarang?Jangan cakap.Dunia makin maju.Kilang makin banyak.Boleh jamin udara yang segar?Aku rasa tak...
Welcome Malaysia!Tanah air yang tercinta.Hampir 5 tahun aku menetap di London atas urusan belajar.Sekarang tinggal panggilan untuk kerja je.Indahnya dunia!
Aku menarik bagasi sambil tersenyum manis.Tiba-tiba ada seseorang melanggar aku.Aku bangun berdiri kembali.Bagasi kesayanganku aku angkat.
"Buta ke apa?Bukan KLIA ni kecik sangat sampai kau tak nampak orang!"marah lelaki di hadapan ku ini.Aku merenungnya tajam."Kau cakap baik sikit.Kau tu yang buta!Dalam tempat tertutup ni pun nak pakai sunglasses...Ingat ni padang masyar ke?"perli ku sinis.
"Aisyah!"jerit Ummi dan Abah.Aku lantas memandang mereka lalu mengukir satu senyuman."Aku harap lepas ni aku tak jumpa dengan mamat sombong macam kau"ujarku lalu terus meninggalkan lelaki kerek yang tengah ternganga.
Sampai sahaja di depan Ummi dan Abah.Aku memeluk tubuh tua itu.
"Rindunya dengan Ummi dan Abah!"ucapku ikhlas."Rindu Ummi dengan Abah je ke?Along tak rindu?"rajuk Along.Angah yang tadi melayan anaknya turut datang ke arah kami."Kak Nisa kan ada?Suruh la dia peluk cinta along"ujarku sambil buat muka sombong.
"Angah!Sorry tak datang majlis angah..Saving Aisyah tak cukup" aku menyalami tangan Angah dan Along."Tak apa...Angah faham..Bukan murah tiket kapal terbang."Angah membalas dengan senyuman manis.
"Jom balik!Ummi masak lauk kegemaran Aisyah"ajak Ummi.Aku tersenyum riang.Rindu sungguh dengan Ketam masak sos hasil air tangan Ummi.Memang sedap tak terkata.
Aku jalan bersama Ummi manakala Abah menarik bagasiku.Abah yang tawar diri jadi aku tak boleh menolak.
*_*
Aku duduk di sofa sambil menonton televisyen.Along duduk di sebelah aku lalu menghulur secawan horlicks oat kegemaran aku.
"Thanks Along!"ucapku ceria.Aku menghirup Air itu dengan perlahan.
"Lelaki yang langgar Aisyah pagi tadi...Dia ada minta maaf ke?"soal Along.Aku memuncung mulut."Mamat tu....Minta maaf pun tak!Lepas tu dia kata Aisyah Buta!"jerit ku tanda tak puas hati."Padan muka!"usik Along.Aku hanya diam sahaja."Esok ikut Along nak?Kita pergi jalan-jalan dekat mall..Mesti Aisyah rindu kan?"ajak Along.Aku hanya menangguk setuju.
"Aisyah masuk tidur dulu!"
YOU ARE READING
Jadikan aku yang terakhir
Romance"Aku akan terima semua syarat kau!Tapi kau kena ingat...Bila kau jatuh cinta pada aku kita cerai..Kalau aku jatuh cinta pada kau...Kita teruskan hubungan kita sebagai suami isteri.."-Aiqrel Fazrein "Okay,Deal!Aku akan pastikan angan-angan untuk kau...