Bab 4

189 2 0
                                    

                        Aku turun ke tingkat bawah untuk menikmati sarapan pagi.Turun saja..Yang terkejutnya Ummi sedang kelam-kabut manakala Abah hanya duduk menikmati bihun goreng Singapore...

"Kenapa Ummi?"soal ku."Aisyah...Tolong Ummi boleh?"pinta Ummi.Aku hanya membalas dengan anggukan."Hari ni Ummi dengan Abah kena balik Johor..Pak Long accident..Fawa tak ada siapa nak jaga..Tolong Ummi boleh?"rayu Ummi.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Apa aku nak buat?Takkan la aku nak bawak sekali pergi hospital?Mahu kerja aku tak jalan nanti sebab layan Fawa iaitu Baby Kak Ngah.

"Aisyah bawa dia pergi taska boleh?"tanyaku minta kepastian.Ummi menangguk perlahan."Ummi kamu tak yakin kalau kamu nak hantar Fawa pergi taska.."celah Abah.Aku hanya diam...Memikirkan cara macam mana aku nak jaga Fawa..

SHEERA!

Lagipun Sheera hari ni cuma check pesakit saja..Aku boleh minta tolong dia...

*_*

                  Sampai sahaja di perkarangan Hospital,seorang nurse di bahagian kanak-kanak menegurku.

"Saya boleh jaga dia buat sementara..Lagipun Doktor tak ada appointment dengan Patient kan?Saya boleh jaga sementara Doktor tengok pesakit.."kata Nurse Hasya.Hasya memang baik..Aku kenal dia pun sebab aku selalu pergi wad kanak-kanak untuk panggil Sheera.

"Terima kasih ya?"ucap ku sambil menghulur Fawa dan beg yang terletak barang kepentingan untuk bayi.

Setelah itu aku terus berlari ke tingkat 3 atas sebab aku terlambat untuk simen tangan dia..Sepatutnya pukul 8 pagi tadi..Tapi sekarang dah pukul 10:30 pagi..Dan sejujurnya aku memang dah lewat.

Aiqrel yang sedang menyuap sarapan ke dalam mulut hanya menghantar jelingan tajam kepadaku.Aku tersengih malu.

"Maaf la..Aku ada hal tadi..."Aku mula memberi alasan.Aiqrel buat tak tahu."Cepat habiskan sarapan tu..Aku nak simen tangan kau...So...Amacam semalam tidur?Nyenyak?"gurauku."Nyenyak kau cakap?Menyiksa tahu tak?Aku ingat kau kerja malam..Rupanya Nurse cakap lepas kau jumpa aku tu kau terus balik..."jawab Aiqrel.

Aku rasa memang dia jujur pasal kahwin semalam.Tapi aku tak yakin..

Jadikan aku yang terakhirWhere stories live. Discover now