"Huh....Penatnya..Nasib sempat selamat pesakit tadi.."Aku menghela nafas lega.Prof Faraid iaitu Doktor Pakar Bedah yang pantau aku untuk sesi tadi hanya tersenyum manis."Saya tahu awak berkebolehan.Nama awak pun disenarai masuk untuk Doktor pakar bedah seterusnya.Tahniah!"ucap Prof Faraid.
Aku menangguk laju.
"Doktor!"jerit waris pesakit tadi.Aku tersenyum memandang mereka."Alhamdulillah...pesakit dapat diselamatkan"kataku.Mereka tersenyum gembira.
"Saya minta diri dulu..."pamit ku.Manakala Prof Faraid menerangkan masalah tadi.
*_*
"Kau okay dah ke?"soal ku.Aiqrel yang sedang bermain telefon memandangku sekilas."Kan..Kau kata tangan aku ni patah je " perli Aiqrel.Aku hanya menggeleng lalu buat tak tahu."Tidur jangan lasak...Nanti tangan kau lagi teruk.."pesanku.
Aku terus mengorak langkah ingin beredar tapi pantas tangan Aiqrel menyambar tanganku.Aku terus menarik kembali tanganku lalu memandangnya.
Aiqrel memang hensem..Tak dinafikan lagi..Tapi mulut dia tu tak seindah wajah dia.Tak sesuai langsung.
"Kahwin dengan aku..."
Aku ternganga."Kau nak buat lawak eh?Kejap aku nak gelak..Ha...Ha...Ha.."Aku berpura-pura gelak.Aiqrel merapatkan wajahnya denganku.
"Kahwin dengan aku...Aku serius...Tolong...."pinta Aiqrel.Aku terus menggeleng."Kau rehat dulu...Aku nak balik"pamitku lalu terus beredar.Tak sanggup nak berlama.
Aku memandu kereta ke rumah Ummi dan Abah sebab esok aku half day.Sampai sahaja di rumah Abah,aku menyandang beg laptop.Seusai memberi salam,wajah Ummi menyapa mataku.
"Anak Ummi...Lama tak balik...Busy sangat ke sayang?"soal Ummi.Aku tersenyum manis."Mestilah Ummi..Lagipun hari ni ada test..Alhamdulillah semua berjalan lancar..Ummi doakan Aisyah dapat pangkat Pakar Bedah ya?"pintaku.
"Aisyah tak minta pun Ummi dah doakan..."balas Ummi.Aku dan Ummi berjalan ke ruang tamu.Abah yang sedang menghirup kopi sambil menonton tv..memandang wajahku.Aku menyalami tangan tua Abah.
"Esok....Kak Ngah nak buat cukur jambul untuk baby dia...Dah 3 bulan umur budak tu pun dia tak buat lagi cukur jambul..Sibuk sangat" bebel Ummi.Aku tersenyum manis."Biasa la Ummi...Kak Ngah tu kerja Akauntan..Bukan senang Ummi"pujukku.
Ummi hanya mencemberutkan wajahnya."Esok petang boleh la Aisyah join...Patient Aisyah patah tangan..Ingatkan nak simen hari ni tapi ada test so Aisyah skip esok"terangku.
"Kalau Aisyah busy..Kak Ngah nak skip minggu depan..Lagipun Kak Ngah pun sibuk juga esok..Tetiba ada emergency pula " celah Kak Ngah yang datang dari dapur."Baby mana?"soal ku.Kak Ngah menunjuk ke atas tanda yang Baby sedang tidur di tingkat atas.
"Kamu ni Aisyah...Bila nak kahwin?Kamu Study je dah 10 tahun.Umur pula dah 29 tahun..Nak tua dah..Bila kamu nak kahwin..Nanti jadi andartu baru tahu...Ada calon tu ambil je la.."bebel Ummi."Ummi...Aisyah baru je kerja..Nak kumpul duit pun tak sempat lagi...Nanti-nanti je la Ummi.."pintaku sambil memeluk lengan Ummi.
"Bodek la tu.."cebik Kak Ngah..Aku hanya tergelak kecil..
Dah tua pun nak jealous...
YOU ARE READING
Jadikan aku yang terakhir
Romance"Aku akan terima semua syarat kau!Tapi kau kena ingat...Bila kau jatuh cinta pada aku kita cerai..Kalau aku jatuh cinta pada kau...Kita teruskan hubungan kita sebagai suami isteri.."-Aiqrel Fazrein "Okay,Deal!Aku akan pastikan angan-angan untuk kau...