Dah seminggu aku kerja sebagai Doktor Bedah.Memang penat sebab hari - hari ada saja organ manusia yang menyapa mata aku.Aku dapat surat tawaran minggu lepas.
Aku berjalan masuk ke pintu utama.Selesai masukkan kehadiran aku terus pergi melihat pesakit.
"Doktor Aisyah...Ada orang nak jumpa awak.."kata Nurse yang bertugas di wad 8A itu."Dia dekat mana?"soal ku."Dia ada dekat Kaunter depan tu..."balas Nurse itu.Aku terus menangguk lalu ke kaunter yang dikatakan oleh Nurse itu.
"AISYAH!"jerit manusia yang cukup aku kenali."Sheera!"sahut ku lalu kami berpelukan.
"YA ALLAH!Rindunya aku dekat kau.Macam mana kau tahu aku kerja sini?"tanyaku sambil kami meleraikan pelukan."Aku dengar ada orang kata ada Doktor Bedah baru..Tu yang aku datang nak tengok..."terang Sheera kawan baik aku dari tingkatan 1.
"Lunch sama - sama Jom! "ajak Sheera."Tak boleh...Aku nanti ada pembedahan pukul 12..dengan Pakar bedah pula tu...Takut la aku"tolakku lembut."Tak pa..Aku yakin kau boleh..Kalau macam tu aku ajak tunang aku la"Sheera memberi kata-kata semangat.
Aku mengerut kening."Tunang?"tanyaku dengan riak tak percaya."Nanti aku story..Bye!Kalau nak cari aku..Cari dekat Wad kanak - kanak...Ingat pangkat aku lagi tinggi dari kau..Aku doktor pakar kanak - kanak tau!"pamit Sheera.
Aku tersenyum kecil..Dari dulu sampai sekarang tak berubah nak kecoh pasal pangkat dia..Macam-macam.
"Doktor Aisyah diperlukan di wad kecemasan!"
*_*
Aku mengambil cetakan X-tray dari Doktor Hakimi iaitu kawan pertama aku sejak aku masuk hospital ini."Dia ada keretakan tulang di bahagian tangan kanan."kata Doktor Hakimi.Aku hanya menangguk."Aku pergi tengok pesakit dulu " pamit ku.Rambut aku yang agak serabai sebab lari dari tingkat 8 nak ke wad kecemasan bukan tempat yang dekat.
Aku memandang wajah pesakit itu dengan muka tak percaya.
"Kau!"jeritnya nyaring.
"Hei ni bukan hospital bapak kau sampai nak jerit - jerit bagai...Hormat sikit pesakit lain " tegur ku."Kenapa kau juga yang kena rawat aku tak ada orang lain ke?Menyampah betul"rungut lelaki yang aku jumpa dekat KLIA.
"Encik Aiqrel....awak jangan nak merungut sangat boleh?Semua doktor busy...Ingat kami ni nak layan awak sorang je ke dekat sini?"perli ku sinis.Aiqrel menjeling ku."Esok aku akan simen tangan kau.Hari ni aku busy...Ada patients.."Aku menuliskan laporan tentang sakit yang dialami oleh Aiqrel.
"Esok?!"jeritnya lagi.Semua pesakit memandang ke arah kami.Aku hanya tersengih dan menunduk tanda maaf."Kalau kau nak jerit pergi buat hospital sendiri...Setiap 4 jam akan ada Nurse yang bagi painkillers.Aku akan datang check lagi petang ni...Nak minta tolong cakap je dengan Nurse..Jangan panggil aku.Nanti kau akan dipindahkan ke wad kuning untuk sementara..Lepas aku simen tangan kau esok..Kau akan dipindahkan ke wad biasa " terang ku panjang lebar.
"Membebel..."gumam Aiqrel."Aku dengar kau kutuk aku..Aku takkan ulang lagi apa yang aku cakap hari ni.Ingat sampai esok..Aku ada operation lagi 5 minit..Ingat!Jangan memekak panggil aku..Doktor Hakimi akan check kau sementara aku ada operation"bebelku lagi.
"Baik Puan!"Aiqrel membuat tabik.
"Aku belum kahwin lagi..."
YOU ARE READING
Jadikan aku yang terakhir
Romance"Aku akan terima semua syarat kau!Tapi kau kena ingat...Bila kau jatuh cinta pada aku kita cerai..Kalau aku jatuh cinta pada kau...Kita teruskan hubungan kita sebagai suami isteri.."-Aiqrel Fazrein "Okay,Deal!Aku akan pastikan angan-angan untuk kau...