"Mama...Siapa uncle tu?Rein tak suka la!"rungut Darein.Baru umur 3 tahun dah macam-macam otaknya bergeliga.Aku hanya membalas dengan senyuman.
"Itu husband Mama....Papa Rein dengan Myra.."balas ku.Darein dan Myra memampangkan riak terkejut.Aiqrel terus masuk ke bilik Rein dan Myra tanpa mengetuk.
"Mama tak pernah bagi tahu Rein pun.."Darein memeluk tubuh sambil menjauhkan diri dariku dan Aiqrel.Aiqrel meriba Darein yang masih memeluk tubuh.
"Papa bukan tak nak bagi tahu...Lagi pun suprise.."ujar Aiqrel.Aku memandang Aiqrel dengan pandangan menjengkelkan.Aiqrel hanya menangkat kening lalu tersenyum manis.Serta-merta pipiku terasa bahang.
"Ehh...Aiq dengan Aisyah pergi la berehat...Budak - budak ni Ummi boleh uruskan.."halau Ummi.Aku menggeleng."Tak apa la Ummi..Lagipun lama dah tak jumpa Rein dengan Myra.."balas ku.
Ummi hanya menangguk lalu keluar dari bilik Rein dan Myra.
Rein dan Myra mula baring.Aku menepuk peha mereka supaya mereka tidur.Sempat juga aku berselawat dan membaca surah - surah tertentu.
Aiqrel sudah bangun masuk ke bilik kami.
Dahi mereka aku cium dengan penuh kasih..
Kalau la kau ada Myra..Mesti kita tengah happy..
Flashback
"Aisyah..Please take a good care for my child..I really hoping at you "rayu David."Betul tu...Aisyah..Kau jaga anak kita orang elok-elok tau!"pesan Myra lagi."Kau ni..Ingat aku tak faham English ke?"soal ku sarkastik.
Myra tersengih malu.David hanya tersenyum.David dan Myra keluar menaiki kereta BMW milik David.Aku hanya melambai mereka sehingga bayang mereka tidak kelihatan.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi seretan di tingkat atas.Pantas aku berlari.Kelihatan Darein dan Myra menangis tidak henti.Aku mendapatkan mereka.Tiba-tiba hati aku rasa semacam.Kenapa tiba-tiba aku rasa tak sedap hati ni?
Telefon bimbitku berdering.Aku mengeluarkan telefon tersebut dari poket seluar.
"Hello..."sapaku.
"Are you Aisyah?Your friend have an accident at George Street...May you come at Hospital?"
"Yes.."
Telefon bimbit dimatikan.Aku terduduk lemah.Apa...Apa dah jadi?Aku menangis teresak-esak.Kemudian aku menyeka air mata lalu menangkat bayi kembar milik David dan Myra.
Iskandar mendukung Darein.Kami ke Hospital..
Sampai sahaja di hospital,doktor mengesahkan yang David dan Myra meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Aku menangis..Darein dan Myra aku hantarkan di rumah ibu bapa David.
Bahu Iskandar menjadi tempat aku meluahkan air mata..
"Benda dah jadi Syah...Saya nak awak redha ya?Saya akan tolong awak jaga Darein dan Myra..Saya minta awak sabar.."kata-kata Iskandar serba sedikit membuatkan aku tenang
Moga kau tenang di sana..
End Flashback..
YOU ARE READING
Jadikan aku yang terakhir
Romance"Aku akan terima semua syarat kau!Tapi kau kena ingat...Bila kau jatuh cinta pada aku kita cerai..Kalau aku jatuh cinta pada kau...Kita teruskan hubungan kita sebagai suami isteri.."-Aiqrel Fazrein "Okay,Deal!Aku akan pastikan angan-angan untuk kau...