"Excuse me tapi awak ni siapa?" Lembut tutur kata Aishi dihadapan Ikmal. Dia melihat Ikmal yang segak bergaya memakai baju berwarna putih seluar hitam dan kaca mata yang diselitkan di butang bajunya. "Dia Ikmal Daniel,doktor adik kamu,Asya." Terang Datuk Zaquan. "Hish papa ni Aishi tanya dia kan,bukan papa" marah Aishi. Terserlah kekurang ajarnya itu. Ikram hanyalah tersenyum nipis. Tidak menjawab soalan Aishi. Pandanganya dihalakan ke arah Asya yang tunduk menekur lantai. Suasana menjadi senyap buat seketika. "Kau bila nak mampus?" Terkejut Ikram bila Asya dipersoalkan sebegitu. Tak padan dengan Datin,anak kandung pun disuruhnya meninggal. Dasar tak tahu untung. Kutuk Ikram didalam hati sambil beristighfar. "Mira!jangan pernah bercakap sebegitu dengan anak kita. Kata-kata ibu itu tiada hijab" marah Datuk Zaquan akan persoalan yang dilontarkan oleh isterinya. Dia menahan nafas yang turun naik. "Oh ya?kalau macamtu ameenkanlah. Barulah tiada beban di bahu" entah apa silap Asya sehingga dia dibenci sebegitu rupa. Hanya kerana dia gadis istimewa,dia dibenci. Manusia selalu menilai luaran dan menutup pandangan mereka untuk dalaman seseorang. "Mira,kamu.." Kata-kata Datuk Zaquan terhenti kerana Datin Amira memintas percakapannya. "Saya apa?ahh abang memang suka membela budak OKU nih. Dahla malas saya cakap dengan abang. Jom Aishi flight dah tunggu kita." Datin Amira menghabiskan kata-katanya seraya bangun dari tempat duduknya. Kelihatan Aishi juga bangun. Mereka mengambil beg pakaian yang telah tersedia di hujung tangga."kamu hendak kemana?"tanya Datuk Zaquan kepada isteri dan anaknya. "Menenangkan fikiran" ringkas sahaja jawapan daripada Datin Amira. Aishi sudahpun berjalan ke kereta yang telah tersedia. "Sudahkah kamu meminta izinku?kamu tahukan seorang isteri perlulah meminta izin suami untuk keluar walaupun pergi membeli di pasar" Datuk Zaquan yakin yang isterinya tidak pernah memberitahunya akan aktiviti itu. "Whatever" sungguh tidak menghormati suami nampaknya. Datuk Zaquan mengurutkan dadanya. Asya menolong papanya. Ikram hanya memandang sambil mengutuk di dalam hatinya. "Oh ya Ikram boleh saya dapatkan nombor kamu?" Tiba-tiba wajah Aishi muncul disebalik pintu. Ikram memandang Asya kemudian menjawab "baiklah 012-987****" sesudah mendapatkan nombor itu, Aishi mengucapkan terima kasih dan membuat flying kiss kepada Ikram. Dia kemudian berlalu pergi mendapatkan ibunya yang telah bising membebel di dalam kereta. Hahah kau ingat aku nak bagi ke nombor kat kau?memang tak arr. Aku bagi nombor mengarut je kat kau haha. Gelak Ikram dalam hati. Tersenyum Ikram dengan apa yang dia lakukan sebelum melihat Asha yang memandangnya sebagai tanda tolong. Saat itu dia tersedar yang Datuk Zaquan sedang terbaring di ribaan Asha dengan mata yang terkatup. Dia segera mengangkat Datuk Zaquan ke dalam biliknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Asha melihat papanya yang sedang nyenyak tidur. Sungguh dia amat menyayangi papanya kerana sejak kecil papanya yang menyelamatkannya dari perbuatan mama. Dia masih teringat akan peristiwa itu..
Flashback
"Asha kau tolong gosok baju aku nih" perintah mama dia turuti. Dia melangkah ke dalam bilik persiapan. Disitu terdapat pelbagai cermin dan seterika untuk kemudahan mereka. Waktu itu Asha sudah berumur 15 tahun namun dia tidak pandai membaca,mengira dan mengeja disebabkan oleh penyakitnya dan dia juga tidak dihantar ke mana-mana sekolah pun walaupun sekolah untuk pelajar istimewa. Dia mengambil seterika yang berada di tepinya lalu membuka suis. Asha melihat simbol baju mamanya. Namun dia tidak memahaminya. Dia menyeterika pakaian mamanya,tiba-tiba bau seperti sesuatu terbakar menusuk kedalam hidungnya. Dia memandang kebawah untuk mencari dari mana datangnya bau itu. Saat itu dia terkejut. Baju mamanya telah hangus terbakar. Dan tanpa Asha sedari, Aishi melihat perbuatannya,lalu "Mama Asha bakar baju mama!" Laungan Aishi mengejutkan Asha dan Datin Amira. Asha berpaling kebelakang lalu ternampak Aishi yang sedang tersenyum jahat ke arahnya kemudian "Oh my!apa yang kau buat?" Tempikan itu membingitkan telinga Asya. Air mata mula bergenang di mata Asya. "Kau tau tak sial,ni hadiah anniversary aku la.kau memang pembawa sial" marah Datin Amira. Diambilnya seterika yang sedang panas lalu diletakkan di atas paha Asha. Terbakar pakaian itu lalu menitik lah darah jatuh. Asha meraung kesakitan "sakit?hah macam tu la sakitnya hati aku ada anak macam kau" Datin Amira meletakkan seterika itu lalu menarik Asya yang kesakitan ke dapur. Diambilnya ais di peti beku lalu diletakkan di atas paha yang berdarah tadi. Aisyi tidak melakukan apa-apa melainkan hanya ketawa. "Amira!" Laungan itu bergema seluruh ruang dapur. Datuk Zaquan tercungap-cungap menstabilkan nafasnya yang tidak teratur apabila mendengar suara menjerit ketika dia cuba untuk memakirkan keretanya di hadapan rumah sebentar tadi. Luluh hatinya melihat anak yang tidak bersalah didera sebegitu. Ya Allah!kenapa Amira masih tidak boleh menerimanya. Dia memandang isterinya dengan pandangan yang amat tajam. "Abang,kenapa balik awal?ish saya baru je nak masak budak ni menyusahkan sangat". Astaghfirullah jujurnya pengakuan yang lancar keluar dari mulut Datin Amira tanpa sekelumit perasaan bersalah. "Asya,Ikram..." Eh kenapa nama Ikram pulak keluar nih.
<End flashback>
"Asya,Ikram nak merawat datuk sekejap boleh?" Ikram bertanya namun soalannya hanya dibiarkan sepi seperti angin yang berlalu tanpa tinggalkan apa-apa. "Asya,Ikram.." Saat dia cuba mengulangi soalannya,Asya dilihatnya sedikit tersentak seperti tersedar dari sesuatu kenangan yang baik atau buruk. Ikram membuka mulut namun Asya terlebih dahulu melulu keluar dari bilik tersebut. Tercengang Ikram dibuatnya. Bunyi batuk seseorang menyedarkan diri Ikram yang asyik melihat keluar walaupun bayanga Asya sudah tiada. Ikram mengalihkan pandangan ke wajah Datuk Zaquan yang tersenyum. "Sampai bila Datuk nak simpan rahsia ni Datuk?" Senyuman yang terukir menjadi hambar. Datuk Zaquan membiarkan soalan. Dipandangnya sekeliling bilik. "Lambat laun Asya akan tahu,bahkan isteri dan Aisyi." Tambah Ikram. Dia kelihatan mendesak Datuk Zaquan berterus terang. "Saya bukan taknak Ikram,cuma saya tahu yang mereka tak sanggup untuk menghadapinya. Mereka wanita yang telah saya janji dengan Allah untuk menjaga mereka bukan membiarkan mereka mengalir air mata kerana saya,Ikram" air mata keluar perlahan-lahan. Ikram hanya mengeluh memandang Datuk Zaquan. Dia tahu dia tak mampu untuk mengubah keputusan lelaki itu. Suasana di dalam bilik itu suram. Tanpa mereka sedari, Asya mendengar dengan linangan air mata.apa rahsia papa?difikirkannya tanpa kedua lelaki itu sedari kewujudannnya di sebalik pintu.
Hai semua...rahsia apa yang disembunyikan Ikram dan Datuk Zaquan?
Nantikan bab seterusnya dan seterusnya untuk mengetahui cerita sebenarnya.
Vomment okey
YOU ARE READING
Dia Istimewa di Mataku!!
RomanceAsya Nadirah selalu dihina,dicaci dan didera oleh keluarganya kerana kekurangannya.Mujurlah hero Malaya datang. Akram Daniel selalu melindungi Asya. Dia begitu menyayangi Asya.Namun Akram diminati oleh kakak kembar Asya,Aisyi. apakah yang akan terja...