Asya yang tak mampu menahan tangisan,keluar dari rumah menuju ke kolam renang yang berada di halaman belakang. Disitu dia selalu melepaskan segala kesedihan yang dia simpan. Dia hanya mampu menangis tanpa berbuat apa. Gadis selemah dia tak mampu melakukan apa-apa pun. Lama dia duduk di tepi menangisi nasib dia. "Nak,kamu tak apa-apa?" Tersentak dia ditegur sebegitu. Dipandangnya kekiri dan kekanan sebelum memandang kerumah yang tersergam indah dihadapannya. Kelihatan seorang wanita yang mungkin sebaya mamanya,sedang tersenyum memandangnya. Jari telunjuk dihalakan ke arah badan Asya sendiri sebagai tanda adakah wanita itu menanyakannya. Wanita itu menganggukkkan kepalanya. Asya segera mengambil air kolam lalu menyapu mukanya yang sembap. Dia berjalan ke arah wanita itu. Pintu pagar yang memisahkan rumahnya dan rumah wanita itu dibuka. "A..sya...tak..a..pa" jawabnya sambil bibirnya menguntum senyuman. Wanita itu membalas senyuman. "Nama makcik Rohana. Asya boleh panggil makcik Ibu. Boleh Ibu tanya Asya?" Wanita itu memperkenalkan dirinya. "Bo...boleh..mak...cik..eh..i...bu.." Menyedari kesasulannya,dia tersenyum malu. "Asya ni sakit ye?maksud makcik, Asya gadis istimewa kan?" Rohana menerangkan maksudnya apabila dilihat gadis di hadapannya seakan terkejut. Asya mengangguk dan serentak dengan itu dia mengalirkan air mata. "Asya boleh solat atau mengaji?" Asya mengangkat kepalanya sebaik sahaja dia ditanya sebegitu rupa. Mengaji?solat?apa itu?monolongnya di dalam hati. Kepala digelenggkan tanda tidak. Rohana tersenyum mesra. "Asya nak ibu ajar tak?" Sebaik sahaja Rohana menghabiskan soalannya, Asya menganggukkan kepalanya."n..ak..i..bu"jawabnya. Kenapa hatinya begitu teruja?Asya mempersoalkan dirinya. Dia membuntuti langkah wanita itu kedalam rumah Rohana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ikram POV
Aku cuba melihat kelibat ibu disebalik jendela di bilik Datuk Zaquan. Ku lihat ibu sedang rancak berbual dengan Asya. Wait Asya? Aku sedikit terkejut. Apa yang dibualkan oleh mereka. Aku lihat wajah ibu tersenyum. Selepas saja kematian papa dan adik,ibu tidak mampu menguntum senyuman. Namun setelah berjumpa dengan Asya, dia tersenyum manis dan mesra. "Asya terima kasih"menologku dalam diam. Saat ku mahu mengalihkan pandangan ke arah lain,kelibat Asya yang mengikuti ibu dipandangku. Aku hanya tersenyum. " kamu tengok apa Ikram?" Datuk Zaquan yang terbaring di atas katil aku pandang sebelum menjawab soalannya. "Asya" jawabku sepatah. Ku lihat bibir Datuk Zaquan tersenyum sebelum senyuman itu menjadi pudar. "Saya risaukan Asya nanti,Ikram" tak sempat aku tanya Datuk Zaquan sudah menjawab. Keluhan berat ku lepaskan. Sungguh aku tahu Datuk Zaquan menyayangi keluarganya lebih-lebih lagi Asya.
End Ikram Daniel POV
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ibu ada anak dua orang dan seorang suami Asya" Rohana menceritakan kisahnya kepada Asya. "Ma...na...d..dio...rang...se..se..ka..ra..rang?" Walaupun susah untuk menyebutnya Asya cuba juga. Rohana tersenyum. "Asya ni cantiklah. Memang tak nampak macam orang istimewa." Rohana cuba untuk mengubah topik yang dibicarakan mereka. Asya tersenyum malu,dia malu dipuji sedemikian. Sedang rancak mereka berbual,azan Zuhur kedengaran. Rohana mengerling sekilas jam dinding rumahnya. "Asya,dah zuhur ni. Jom kita solat berjemaah bersama-sama" Rohana cuba mengajak Asya,tetapi Asya hanya membatu tidak bergerak. Memahami kejahilan Asya, Rohana berkata "Asya jangan bimbang ibu akan ajar cara solat" serentak itu bibir Asya tersenyum. "Te...ri..ma..ka..sih...i...bu." Ucap Asya. Dia begitu menghargai usaha Rohana. "Sama-sama ini tanggungjawab ibu sebagai seorang muslim dan sebagai seorang ibu. Bolehkan kalau ibu anggap Asya anak ibu?" Tanya Rohana. Dia begitu menginginkan dan menyukai gadis ini. Asya mengangguk kepala kerana dia terlalu sukar untuk berkata. "Okey Asya jom kita solat" katanya lalu menuju ke ruangan solat sambil diikuti oleh Asya.
-----------------------------------------------------
Pendek je chap nih....nanti buat panjang2 eh...Aia janji...thanks kpd yg bagi semangat tuh...love u....jgn lupa vote okey...comment blh jugak
....nk jdi silent readers pon xapa...
YOU ARE READING
Dia Istimewa di Mataku!!
RomanceAsya Nadirah selalu dihina,dicaci dan didera oleh keluarganya kerana kekurangannya.Mujurlah hero Malaya datang. Akram Daniel selalu melindungi Asya. Dia begitu menyayangi Asya.Namun Akram diminati oleh kakak kembar Asya,Aisyi. apakah yang akan terja...