BAB 3√

128 8 2
                                    

<flashback>

Ikram Daniel POV

Aku masih bersandar di pintu wad yang menempatkan Asya. Sungguh baru beberapa jam aku mengenalinya,hatiku sudah terpaut. Ish ku harus mengusir perasaan ini jauh-jauh. Tiba-tiba poket kanan seluarku bergetar. Ku mengeluarkan telefon pintar ku. Sekadar telefon Samsung note8. Ku tak memerlukan iphone X. Kerana aku seorang yang meminati jenama Samsung.
Ku lihat skrin telefon ku. Ibu is calling. Jarang sekali ibu menelefonku melainkan hal yang penting. "Dan,balik cepat. Adik kamu accident dan tengah dalam keadaan kritikal" hampir saja telefonku berkecai namun aku cepat kembali ke realiti. "Baik ibu tenang okey" balasku seraya mengoffkan panggilan itu. Dengan segera aku memohon EL dan cuti selama seminggu. Memandangkan aku hanya mempunyai seorang adik dan adikku itu mengalami nasib yang sama seperti Asya Nadirah,dia begitu menyayangi adiknya. Entah macam mana adiknya itu boleh kemalangan. Oh ye selalunya adik keluar dengan ayah. Adakah?
Aku memandu pulang ke rumah. Barang-barang keperluanku seperti baju,berus gigi dan sebagainya aku masukkan ke dalam beg. Baju itu mungkin konyok seribu namun aku tak kisah. Aku lebih mementingkan keadaan adik aku. Terbayang wajahnya yang mungkin terdampar di atas katil. Aku bergegas menutup semua suis elektrik,menghidupkan sistem kawalan dan mengunci pintu rumah. Sesudah melakukannya,aku mencapai beg yang ku letakkan di sisi dan melemparnya masuk kedalam kereta. Kereta dihidupkan dan aku mengundurkan kereta keluar dari perkarangan eumah. Suis automatik pagar aku tekan. Rumah ini aku beli tidak sampai sebulan. Aku memandu pergi.

9 jam kemudian,

"Ibu,Dan dah sampai kat sini.adik kat wad mana?" Ikram menganggukkan kepalanya. Beberapa saat kemudian aku mengoffkan panggilan tersebut. Aku berjalan memasuki Hospital Besar Kota Bharu lalu menuju pantas ke wad adiknya. Beberapa minit kemudian, aku melihat ibu yang sedang duduk di luar wad."Ibu!"laungku. Mama berpaling ke arahku. "Dan,ibu takut kehilangan adik kamu" ucap ibu saat aku memeluk tubuhnya untuk menenangkannya. "Ibu,ayah mana?" Aku hairan sejak aku tiba kelibat ayah langsung aku tidak nampak. Ibu kupandang dengan wajah tanda tanya. Kelihatan wajah yang belum lagi dimamah usia itu serba salah. Tiba-tiba loceng kecemasan kedengaran. Ku lihat beberapa orang doktor menuju ke arah wad adikku. Aku dan ibu bangun dari tempat duduk kami dengan riak wajah yang jelas mempamerkan kerisauan. Ya Allah kau selamatkanlah adikku doa ku didalam hati. Ku biarkan pertanyaan ku tergantung atau lebih tepat ku lupakan buat sementara waktu. Now aku lebih risaukan adik aku. Beberapa minit menunggu, kelihatan seorang doktor keluar dari wad adikku. Aku menghampirinya. Aku melihat wajahnya dan bertanya "doktor adik saya macam mana?" Doktor itu melihat wajahku sekejap sebelum menundukkan kepala lantas menggeleng. Aku cuba memahami gelengan kepala itu walaupun aku adalah seorang doktor. Entah kenapa otak aku tidak dapat mencerna berita yang disampaikan itu. Tidak juga dapat menerima dan memberi segala input ke badan aku. Hatiku juga seakan berhenti berdegup seakan-akan aku terasa seperti nyawa ku telah melayang tetapi disambungkan semula. Aku memandang ibu yang memerhatikan kami sejak dari tadi. Aku menguatkan tenaga aku. Aku menghampirinya lalu berkata "ibu Allah sudah menjemputnya." Saat itu air mata ibuku berjuraian jatuh. Sungguh sebak ku melihat keadaannya yang terduduk itu. "Ibu relakan kepemergian ayah dan adik" ucapnya. Aku terkesima. Kepemergian ayAh?maksudnya ayah turut sama terkorban dalam kemalangan itu. Ya Allah beratnya dugaan Mu ini. Aku lantas terduduk di sebelah ibu. Aku memeluknya memberikan kekuatan kepadanya."ibu,Dan masih ada di samping ibU. Dan akan jaga ibu"ku katakan kepadanya. Ibu hanya terdiam.

Selesai urusan pengebumian arwah ayah dan adik serta tahlil di surau selama 7 hari,aku membawa ibu tinggal bersamaku. Aku risaukan keselamatannya yang tinggal keseorangan dan juga kesihatannya yang mulai merosot sejak kebelakangan ini. Aku menyedari bahawa dia terlalu merindui arwah ayah dan adik. Buktinya ibu selalu memegang album gambar keluargaku. Aku hanya membiarkannya.

End Ikram Daniel POV

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No one POV

Air mata yang berjuraian jatuh dibiarkan. Melihat keadaan itu, Datuk Zaquan menenangkan Ikram Daniel. "Sabar Ikram. Setiap yang hidup pasti akan pergi. Kita yang sihat walafiat ini pun tidak tahu bila akan menyusul." Asya hanya diam. Sesekali dia menyeka air matanya yang tumpah kerana bersimpati terhadap Ikram. "Asya,saya nak minta sesuatu dengan awak. Begitu juga dengan Datuk" kata-kata itu membuatkan Asya mengangkat keningnya. Datuk Zaquan dipandangnya sekilas sebelum dia memandang Ikram yang menuturkan kata-kata sebentar tadi. "A..pa..di..dia..dok...tor?" Asya bertanya. Datuk Zaquan hanya menunggu jawapan daripada Ikram. Sebelum menjawab soalan Asya,dia memandang Asya dan Datuk Zaquan secara bergilir-gilir.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini Asya dibenarkan pulang. Saat mendengar berita itu,Asya menjadi takut. Takut akan penderaan yang bakal dilakukan oleh mama dan kakaknya. Namun dibiasakan sahaja wajahnya dihadapan Datuk Zaquan. Walhal didalam hatinya telah berdegup kencang.

Datuk Zaquan membawanya pulang. Doktor Ikram juga bersamanya. Terpandang akan Doktor Ikram, mengingatkan Asya tentang permintaan beliau.

<flashback>

"A..pa...di..dia..dok..tor?" Asya bertanya. Ikram mengangkat wajahnya dan memandang Asya dan Datuk Zaquan bergilir-gilir. "Saya ingin Asya menemani ibu saya ketika saya tiada. Maksudnya ketika saya bekerja." Riak wajah Asya berubah. Tersedar akan riak wajah Asya, Ikram menyambung kata-katanya. "Asya jangan risau. Ibu saya akan suka awak kerana ibu  saya amat menyayangi orang yang istimewa macam awak Asya." Ikram menerangkannya. Datuk Zaquan mengangguk-anggukkan kepalanya. "Baiklah saya nembenarkannya. Tetapi dimanakah kawasan rumah Ikram?" Putus Datuk Zaquan. Dia inginkan anaknya mengecapi kebahagian. "Rumah saya bersebelahan dengan rumah Datuk sahaja" terang Ikram. Mendengar penjelasan itu, Datuk Zaquan tergelak. Tidak menyangka bahawa doktor bujang ini merupakan jirannya selama ini. "Jadi Asya awak setuju?" Ikram bertanya. Dipandangnya Asya yang sedari tadi berfikir. "Bo...leh...cu..ma..A..sya...nak..du..duk...ru..mah...pa..pa" mulutnya menyebut sepatah demi sepatah. Ikram tersenyum. "Boleh sayang" tutur Ikram tanpa sedar. Mungkin kerana terlalu gembira akan keputusan Asya. Datuk Zaquan sudahpun tersenyum."ehem sayang ye Ikram?"dia memprovokasi Ikram. Ikram yang menyedari bahawa dia telah tersasul hanyalah senyum sumbing. Malu akan kesasulannya itu. Asya hanyalah ketawa melihat muka Ikram yang berubah warna kemerahan itu seperti udang dibakar. "Maaf Datuk saya tersasul" Ikram menerangkan perkara sebenar. Gelak ketawa Datuk Zaquan bergema di setiap pelosok wad itu. Sungguh keadaan pada hari itu menggembirakannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Asya dah terbang kemana?ke bulan?" Soalan itu menyentakkan Asya. Dia terkulat-kulat mendengar perlian papanya. Baru dia tersedar mereka sudah sampai di vila papanya. Jantung dia kembali berdegup kencang. Ikram menyedari perasaan Asya. Dilihatnya Datuk Zaquan tengah memunggah barang Asya bersama Pak Mail,drivernya. "Asya tenang. Saya ada." Dia ungkapkan kata itu sambil keluar. Asya hanya terpinga-pinga. Dia membuka pintu lalu keluar menuju ke arah papanya yang menunggu di hadapan pintu bersama Ikram. Wajahnya hanya ditundukkan. Kakinya diangkat perlahan-lahan akibat penyakit. "Wah betina ni tak mampus lagi rupanya" diangkat wajahnya memandang ke arah pintu. Wajah mamanya Datin Amira dan kakaknya, Aishi Nazlina muncul dihadapannya.

-----------------------------------------------------

Yeay chapter 3 done.haha..voment okey..love you....thanks

Dia Istimewa di Mataku!!Where stories live. Discover now