Ikram Daniel POV
Aku memandang gadis yang terbaring di atas katil. Gadis yang sangat cantik mukanya walaupun dia merupakan anak syurga. Sungguh Allah memberi gadis itu anugerah yang diimpikan oleh semua gadis di luar sana. Sekilas pandang memang tidak menyangka bahawa gadis seseorang yang istimewa. Aku meneliti seluruh wajahnya. Bibir yang merah merekah,hidung yang elok terbentuk dan mata yang sangat cantik. Mungkin gadis itu menyedari bahawa dirinya direnung,dia membuka matanya. "Do..dok..doktor....k..ke..kena...kenapa?" Aku terkejut saat dia menanyakan soalan itu. Alamak dah terkantoi rupanya. "Shh Asya. Awak tak boleh bercakap banyak. Badan awak masih lemah." Aku menasihatinya sambil mengcover perlakuan aku yang sudah terkantoi sentar tadi. Kelihatan gadis itu cuba untuk membuka mulut bagi menjawab kata-kata aku namun pantas saja aku halangnya."Asya saya tahu awak tak boleh bercakap banyak. Please jangan seksa diri awak. Saya dah tahu penyakit awak dan cerita di sebalik kejadian ini" aku berkata sambil menunjukkan pergelangan tangannya yang hampir dikelar. Anak matanya yang berwarna coklat itu menuruti tanganku. Saat itu air matanya mengalir. Mula-mula perlahan kemudian laju seumpama air terjun yang jatuh dari bukit mengalir ke sungai(apakah?). Menyedari tangisan itu diselang selikan dengan esakan, aku memahami bahawa yang dia ingin bersendirian. Lantas aku berjalan menuju ke pintu sambil berkata "Asya saya keluar dulu ye. Kalau ada apa-apa,panggil saya" sejurus itu aku keluar. Entah kenapa hati aku sakit melihat air matanya yang keluar. Seakan-akan dia menangis kerana aku. Saat aku tutup pintu wad itu,aku pandang ke arahnya. Kesian Asya hatiku berbisik.
End Ikram Daniel POV
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Asya Nadirah POV
Kenapa mama?kenapa?kenapa mama tak mengaku yang Asya anak mama?kenapa mama benci Asya mama?mama tahu tak sakit hati Asya dengar pengakuan mama. Sakit lagi dari apa yang mama buat kat Asya selama ini. Mama malu?Asya tak mintak pun untuk dilahirkan macam ni mama. Asya tak mintak mama. Aku bermonolog sendirian. Air mata ku biarkan begitu saja. Sudah terbiasa dengan air mata ini. Sebagai gadis yang istimewa,aku dah lali dengan ini semua. aku dah puas dipandang jijik oleh masyarakat kat luar. Aku dah puas dijauhi dan ditinggalkan setiap masa. Aku juga sudah puas didera fizikal dan mentalnya. Kenapa baru sekarang aku nak putus asa?kenapa baru sekarang aku nak mengeluh? Sepatutnya aku berbangga dan bersyukur kerana Allah membenarkan aku melihat dunia yang sementara ini walaupun keadaan aku tidaklah sempurna kerana tak semua manusia sempurna. Malahan aku patut bersyukur Allah masih mengingati aku dan membawa aku ke jalannya. Syukur Alhamdulillah ya Allah. Semangat aku kembali bangkit. Aku perlu buktikan kepada mama dan masyarakat di luar sana yang aku berhak gembira,menyayangi dan disayangi sepenuh hati. Aku akan buktikan. Aku sudah tekad.
End Asya Nadirah POV
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Readers POV
Harini cukup seminggu Asya ditahan di wad. Datuk Zaquan selalu saja melawat Asya. Kadang -kadang dibawanya buah tangan ataupun sekadar tangan kosong. Asya tidah kisah semua itu asalkan papanya sudi menemaninya. Datin Amira dan Aisyi Nazlina langsung tidak menjengukkan muka mereka. Mungkin mereka merasakan itu hanya membuang masa. Namun bagi Asya dia selalu memandang ke arah pintu wad itu. Datuk Zaquan pula mengerti tetapi beliau cuma berkata "mama sibuk sayang" setiap kali pandangan mata Asya menghala ke pintu. Waktu itu Asya cuma mengangguk dan tidak bertanyakan lebih. Doktor Ikram pulak tidak langsung dijumpainya selepas kejadian dia menangis hari itu. Doktor lain yang merawatnya. Dengar berita Doktor Ikram mengambil cuti selama seminggu. Asya tidaklah mengambil pusing pun hal itu.
Hari ini Datuk Zaquan datang lagi. Saat pintu terbuka,Asya tersenyum. Dia sudah dapat mengagak siapa yang datang. Senyuman diwajahnya dimaniskan saat wajah itu muncul dihadapannya. "Anak papa macam mana hari ni? Doktor buli tak? Nurse suntik kat mana?" Gurauan yang meniti di bibir papanya,membuatkan Asya ketawa. "Pa...pa..papa...ni...laa...lawak..haha" ketawa Asya dipanjangkan lagi. Papanya hanya tersenyum. "Asya,mampukah Asya tersenyum lagi selepas ini?" Kata-kata itu diungkapkan di dalam hati. Datuk Zaquan memandang Asya yang sedang ketawa. "Tok!tok!tok!" Gelak ketawa Asya terhenti. Dia memandang ke arah gerangan yang mengetuk pintu. Disitu berdirinya seorang jejaka yang memakai baju berwarna biru seluar hitam dan berkaca mata. "Eh Doktor Ikram kan?" Tanya Datuk Zaquan. Hampir saja dia tidak mengenali lelaki itu. "Ye saya. Maaf kalau mengganggu kalian" penuh sopan santun kata-kata yang keluar dari bibir Ikram Daniel."eh tidak mengapa. Boleh saya tanya?kenapa Ikram berpakaian formal?tidak kerja kah hari ini?"bertubi tubi soalan yang dikeluarkan oleh papa Asya. Asya hanyalah diam. Tiada apa yang mahu dikatakannya. "Oh saya bekerja syif malam Datuk. Lagipun saya sengaja datang awal hendak melihat perkembangan Asya selama seminggu saya bercuti ini?" Terang Ikram Daniel sambil memandang Asya yang duduk menyandar di atas katil."oh begitu. Kenapa Ikram bercuti ye? Bawa isteri pergi honeymoon eh?" Datuk Zaquan cuba memprovokasi Ikram Daniel. Namun tanpa beliau sedar, wajah Asya sudah berubah. Benarkah Doktor Ikram sudah berkahwin?eh kenapa dengan aku ni?cemburu ke? Asya tergeleng-geleng. "Kamu dah kenapa Asya?sakit ke?" Asya membulatkan matanya tanda terkejut dengan soalan yang diajukan kepadanya. Kedua-dua lelaki itu memandangnya penuh tanda tanya."tak...As..Asya...tak..A..pa"dia tersenyum meyakinkan kedua lelaki itu."oh okey. Berbalik pada soalan Datuk tadi,saya bercuti kerana.."...........tbc........
------------------------------------------------------
Wah chapter2 done
..vote dan komen okey...sayang korang
...
YOU ARE READING
Dia Istimewa di Mataku!!
RomantizmAsya Nadirah selalu dihina,dicaci dan didera oleh keluarganya kerana kekurangannya.Mujurlah hero Malaya datang. Akram Daniel selalu melindungi Asya. Dia begitu menyayangi Asya.Namun Akram diminati oleh kakak kembar Asya,Aisyi. apakah yang akan terja...