BAB 6

128 5 1
                                    

Usai je Ikram mengaminkan doanya,dia berpaling ke belakang. Dilihatnya kedua-dua makmumnya bersalaman sesama sendiri. Dia tersenyum. Siapa sangka hari ini dia menjadi imam buat Asya. Matanya dihalakan ke arah Asya yang sedang memakai telekung. Manis wajahnya. Dia suka melihat wajah Asya. Tanpa dia sedar,dia terleka memandang Asya sehingga empunya badan menyedarinya. Asya hanya tersipu malu setelah menyedari Ikram memandangnya. Rohana,ibu Ikram menyedari situasi itu lalu berkata "Dan,ibu nak turun dapur jap. Kamu jagalah sikit ye" ayat terakhirnya dikiaskan. Ikram meraup mukanya,menyedari bahawa dia telah merenung seorang gadis dengan begitu khusyuk. Dia beristighfar kerana menyedari hasutan syaitan menguasainya. Rohana dan Asya yang mendengar kalimah suci yang keluar dari bibir lelaki itu ketawa kecil. Rohana membantu Asya untuk bangun. Mereka berlalu pergi meninggalkan Ikram keseorangan di ruangan solat itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rumah Asya

Asya tersenyum mengingati peristiwa itu. Dia yang berada di ruang tamu tersenyum keseorangan. Televisyen yang dipasang setelah berasa bosan dibiarkan saja. Dia mengingati setiap pertemuan bersama dengan Doktor Ikram Daniel. Bibirnya mengukir senyuman kembali. Namun ianya hanya sementara apabila dia mendengar bunyi kaca pecah. Hatinya berdegup kencang. Mukanya berubah menjadi risau. Dia bingkas berdiri lalu menaiki tangga ke bilik papanya. Dia tahu bunyi itu kedengaran dari bilik papanya. Asya menolak daun pintu yang tidak berkunci. Saat pintu terbuka,Asya terkejut. Dilihat papanya yang terbaring di atas lantai. Asya mendekati papanya. Dia cuba untuk menyedarkan Datuk Zaquan namun tiada reaksi yang diberikan. Asya meraung meminta tolong. Dia risaukan papanya. Asya meraung lagi. "Tolong!tolong!tolong" dia berharap pemandu papanya mendengar laungannya. Tiba-tiba....

"Asya!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekujur tubuh yang hanya tinggal jasad setelah rohnya kembali kepada Sang Pencipta dipandang hiba diiringi dengan tangisan yang tidak berhenti semenjak berita itu dikhabarkan di telinganya. Papa kenapa papa pergi? Tangisan itu semakin kuat. Dia sedar dia tidak sepatutnya meratapi sebegitu. Derapan kaki yang menuju ke arahnya dipandang sekilas.
"Kau penyebab suami aku mati!" Tersentak Asya setelah diherdik sebegitu rupa. Rambutnya ditarik dengan kuat sehingga kan seperti hendak tercabut. Tidak cukup dgn itu,kepalanya dihantukkan ke bucu katil hospital itu. "Datin!" Teriakkan seseorang membuatkan Asya merasa seperti kesakitan yg dialaminya kian hilang. Asya memandang wajah lelaki yang berdiri bersebelah dengan pintu wad yang terbuka dengan pandangan layu sebelum dia menutup mata akibat kepalanya yang merasakan dunia  seperti sedang berputar. Asya rebah di  sebelah arwah papanya, Datuk Zaquan yang meninggal akibat serangan jantung.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tbc....

Sorry lambat nk update..sorry sgt2..nanti aia update lagi okey...vote

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Istimewa di Mataku!!Where stories live. Discover now