Bab 4

411 23 1
                                    

"Niza, kita sudah sampai. Jangan takut, nak. Insya'allah keluarga pak cik akan terima kedatangan Niza dengan gembira."

Ujar Pak cik Kassim.

Aku tersedar dari lamunan. Pantasnya waktu berlalu.

Sekarang, aku di hadapan rumah Pak cik Kassim. Aku tersenyum memandangnya.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku melangkah keluar dari kereta.

Aku melangkah perlahan masuk ke dalam rumah dengan hati yang gementar.

Tiba-tiba ada tangan mengusap lembut bahuku. Aku menoleh.

Seorang wanita tersenyum memandangku. Mungkin ini isteri Pak cik Kassim tebakku.

"Niza, kenalkan ini isteri pak cik, Mak Jah. Jah, ini Niza, budak yang abang ceritakan dekat Kiah pagi tadi."

Kenal Pak cik Kassim kepadaku. Betul tekaan aku tadi.Aku melemparkan senyuman kepadanya.

"Niza, mari Mak Jah tunjukkan bilik Niza. Niza tentu penat kan?"

Katanya dengan lembut kepadaku. Aku mengangguk.

Aku mengikuti langkahnya ke bilik baruku. Rumah Pak cik Kassim agak besar, namun cara hidupnya dan keluarga sungguh besederhana.

Bilik baruku sungguh besar dan selesa. Aku terus merebahkan badan di atas katil. Badanku terasa penat. Mungkin terlalu banyak menangis. Sakit kepalaku semakin berkurangan.

Aku sangat berterima kasih dengan keluarga Pak cik Kassim.

"Niza, mari makan, nak. Niza belum makan apa-apa pun dari pagi tadi. Kami tunggu Niza kat meja makan ya."

Laung Mak Jah dari luar bilik aku.

"Ya Mak Jah. Sekejap lagi Niza turun."

Balasku. Aku segera memakai tudung lalu menuju ke meja makan.

Keluarga Pak cik Kassim sudah menunggu. Anak-anaknya tersenyum memandangku. Aku membalas senyuman mereka.

Sebelum makan, kami menadah tangan untuk  mengaminkan doa yang dibaca oleh Pak cik Kassim.

Aku menjamu makanan dengan berselera sekali. Air tangan Mak Jah memang sedap. Ditambah pula dengan perutku yang sememangnya lapar. Maklumlah,  tidak pernah makan makanan sesedap ini.

Selesai makan, Mak Jah mengajakku berbual. Dia bertanya akan kisah hidup aku.

Aku tanpa segan menceritakan kisah hidupku kepadanya diselangi dengan air mata.

Mak Jah memang seorang pendengar yang baik. Dia banyak memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada aku.

Aku hidup bahagia bersama keluarga Pak Kassim. Selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, aku menyambung pelajaranku ke luar negara dalam bidang kedoktoran.

Pada mulanya, aku tidak mahu kerana takut kosnya yang tinggi membebankan Pak cik Kassim dan keluarga. Namun, Pak cik Kassim kata, dia tiada masalah dalam membiayai kos pelajaranku. Aku pun bersetuju untuk menyambung pelajaran ke luar negara sehinggalah aku mendapat PHD.

Dan sekarang, aku menjadi seorang doktor dan mempunyai klinik sendiri. Aku ingin membalas jasa keluarga Pak cik Kassim.

"Assalamualaikum, kamu Shaniza kah?"

Bayangan masa silamku hilang akibat terkejut dengan teguran tadi. Aku menoleh ke arah suara itu.

"Ya. Kamu Nurul kan?"

Soalku. Aku rasa tekaan ku tepat.

"Ya."

Balasnya.

Kami terus berpelukan. Inilah wajah yang aku rindui, yang aku tunggu dari tadi sehingga aku kembali ke zaman silamku.
Banyak cerita yang kami kongsi. Maklumlah, sudah bertahun-tahun tidak berjumpa.

"Mana kau pergi selama ni? Tiba-tiba saja hilang. Aku rindu sangat kat kau."

Soal Nurul kepadaku.

"Aku ada je. Panjang ceritanya. Nanti-nanti la aku cerita kat kau. Aku pun rindu kau."

Aku tersengih memandangnya.

Dalam rancak kami berbual, tiba-tiba datang seseorang menghampiriku. Dia seolah-olah mengenali aku. Aku amati wajahnya.

Adakah dia.....





Waktu Yang Terhenti√(completed)Where stories live. Discover now