Bab 1

856 32 11
                                    

Terasa angin pantai membelai lembut wajahku. Nyamannya suasana di pantai ini. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini. Aku meninjau-ninjau mencari wajah yang aku rindui. Dalam leka dengan keindahan ciptaan-Nya, fikiranku membawa  aku ke zaman silamku.

❇❇❇❇❇

Bunyi kokokan ayam mengejutkan aku dari tidurku yang lena. Aku menguap lagi untuk ke sekian kalinya.

'sekejap sungguh rasanya aku menyulam mimpi.penat semalam pun belum hilang lagi' detik hatiku.

"Niza, mana kau hah?! Sarapan aku mana?! Pukul berapa dah ni kau tak bangun-bangun lagi?! Baju pun kau belum cuci lagi?!"

Belum sempat aku membuka mata, jeritan ibu tiriku mulai kedengaran.

"Sekejap ya ibu." Balasku perlahan, cukup untuk didengarinya.

Bebelan ibu mulai memenuhi segenap rumah. Kakiku terus melangkah ke dapur untuk menyediakan sarapan. Abahku, pagi-pagi lagi sudah ke tempat kerja. Jika difikirkan, nasibku tidaklah seindah orang lain di zaman remaja.

Emakku pergi meninggalkan aku dan abah sejurus selepas aku dilahirkan. Emakku adalah isteri kedua abah. Abahku kahwin dengan emak kerana, isteri pertamanya(ibu tiriku) tidak dapat memberikan zuriat.

"Amboi!! Termenung jauh kau ya?! Teringat dekat mak kau yang dah mati tu ke!? Kau ingat mak kau dapat hidup balik!? Kau dengar sini ya, kau patut bersyukur sebab aku bagi kau tumpang dekat rumah ni. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku halau kau dari rumah ni. Tapi, abah kau sayangkan kau. Terpaksalah aku buat-buat baik. Aku nak keluar pergi makan. Nak tunggu kau masak, mati kebulurlah aku jawabnya. Jangan kau mengada nak pergi sekolah kalau kerja kat rumah ni belum kau siapkan."

Ibu terus berlalu meninggalkan aku. Aku hanya diam tak berkutik. Kata-katanya bagai pisau yang menusuk hatiku.

Beginilah nasibku. Hubungan aku dengan ibu tak pernah elok. Apa salah aku pun aku tidak tahu. Dekat depan abah saja ibu melayan aku dengan baik.

Sebelum ke sekolah, semua kerja di  rumah harus aku selesaikan terlebih  dahulu. Kadang-kadang aku terlambat ke sekolah.

Cepat-cepat aku siapkan kerja di rumah sebelum menguruskan diri untuk ke sekolah.

Sampai sahaja di sekolah, Nurul menegurku.

"Shaniza, kenapa dengan dahi kau?"

Aku menyentuh dahiku. Terasa benjolan sebesar ibu jari di dahiku. Hampir aku terlupa yang dahi aku tercedera.

Ketika membuat kerja sekolah petang semalam, ibu memarahi aku kerana tidak menukar cadar tilam di dalam biliknya. Aku ditolaknya lalu kepalaku terhantuk pada meja.

"Eh, Shaniza. Kau belum jawab lagi soalan aku. Kenapa dengan dahi kau?" Ulang Nurul.

"Sorry..Petang semalam,aku tergelincir kat bilik air. Dahi aku terhantuk kat lantai. Tak payah risau lah. Tak sakit sangat pun. Terima kasih tau ambil berat pasal aku"

"Sama-sama. Mestila aku kena ambil berat pasal kau. Kau kan bestfriend aku"

Aku senyum memandangnya. Nurul lah satu-satunya kawan yang aku rapat sejak kecil lagi.

Tiba-tiba suasana kelas menjadi senyap. Oh patutlah, Cikgu Farah dah sampai.

Cikgu Farah memanggil aku. Aku berasa pelik. Tidak pernah beliau panggil aku sebelum ini. Aku segera menghampirinya, lalu dibisikkan sesuatu ke telingaku.

*From me>nak tahu apa yang cikgu Farah bisikkan kat Shaniza? Nantikan dekat bab yang seterusnya✌maaf kalau ada kesalahan ejaan kat mana2😭hope you guys enjoy  bab ni👍🏻

Waktu Yang Terhenti√(completed)Where stories live. Discover now