Bab 3

433 23 1
                                    

"Niza, mari sini sayang."

Emak memanggilku sambil menghulurkan tangannya. Dapatku lihat abah sedang senyum di sebelah emak. Emak dan abah berpakaian serba putih. Begitu juga denganku.

Inilah saat yang paling aku tunggu-tunggu. Dapat tinggal bersama-sama dengan abah dan emak.

Aku melangkah ke hadapan untuk menyambut tangan emak.

Tetapi, semakin aku mendekat, semakin abah dan emak menjauh. Apakah maksud semua ini?

"Abah, emak, jangan pergi, tunggu Niza."

Teriakku.

Aku membuka mata. Sekelilingku terasa asing. Patutlah, aku di hospital rupanya.

Aku cuba untuk bangun. Tetapi kepalaku terasa sakit. Aku memejamkan semula mataku.

Oh, aku bermimpi sahaja rupanya tadi. Alangkah bagusnya jikalau itu menjadi kenyataan.

Terdengar pintu dikuak, aku menoleh. Gerangan itu berjalan ke arahku lalu duduk di sebelahku.

Dia memandangku lalu bertanya,

"Anak ni siapa nama?"

Dalam sangsi aku aku membalas,

"Shaniza, panggil Niza."

Dia berkata lagi,

"Niza, pak cik nak minta maaf. Sebenarnya, pak cik yang langgar Niza tadi. Pak cik tak sedar yang Niza melintas jakan waktu itu. Pak cik nak minta maaf sangat-sangat."

Jelas terpancar rasa bersalah di wajahnya.

Aku tersenyum sambil berkata,

"Tak apa lah pak cik. Perkara dah jadi. Salah Niza juga, melintas tidak tengok kiri dan kanan. Lagipun, kecederaan Niza tak lah teruk sangat."

"Pak cik nak tanya, malam-malam macam ni, Niza nak ke mana dengan beg besar macam tu?"

Pak cik itu bertanya sambil menunjuk ke arah beg aku.

Soalan tersebut membawa fikiranku kepada abah, emak, Comel dan ibu. Aku menangis lagi. Hatiku sungguh pilu.

Dalam nada bersalah, pak cik itu berkata,

"Maafkan pak cik kalau soalan pak cik membuatkan Niza sedih."

"Niza dihalau oleh ibu tiri Niza. Abah Niza baru sahaja meninggal pagi tadi. Emak Niza pula, meninggal sewaktu melahirkan Niza. Sekarang, Niza sudah tiada tempat berteduh"

Jawabku dalam tangis yang mulai reda.

"Niza, kalau begitu, Niza boleh tinggal  dengan pak cik. Pak cik tingal bersama dengan isteri pak cik dan dua orang anak perempuan pak cik.Anak pak cik masih kecil lagi, masih bersekolah rendah. Mereka tentu suka kalau Niza setuju nak tinggal dengan pak cik."

Kata pak cik itu bersungguh-sungguh.

Jiwaku sedikit lega. Sekurang-kurangnya, masih ada insan di atas muka bumi ini yang simpati terhadap nasibku.

'Alhamdulillah' ucapku syukur.

"Niza tak susahkan pak cik ke?"

Soalku meminta kepastian.

"Niza, pak cik ikhlas nak ajak Niza tinggal dengan keluarga pak cik. Kalau Niza setuju, bolehlah mengurangkan sedikit rasa bersalah pak cik pada Niza. Pak cik harap Niza setuju."

"Emm..Niza setuju pak cik. Lagipun, Niza dah tiada tempat tinggal. Terima kasih pak cik ..."

"Kassim. Panggil pak cik, Pak cik Kassim."

"Terima kasih Pak cik Kassim."

Ucapku gembira.

Aku bersyukur tidak terhingga. Air mata kesyukuran jatuh berlinangan.

Sebelum Subuh lagi Pak cik Kassim sudah pulang ke rumahnya. Dia berjanji akan menjemputku pagi nanti. Aku dibenarkan keluar dari hospital jam 8 pagi nanti, memandangkan kecederaanku yang tidak serius.

Aku berasa sedikit  gementar dengan keluarga baruku nanti. Pelbagai bayangan muncul di minda ini.


Waktu Yang Terhenti√(completed)Where stories live. Discover now