Adakah dia...
Dia terus memelukku erat. Namun, aku tidak membalas pelukannya. Dia mula menangis.
"Niza, ibu nak minta maaf. Ibu tahu yang ibu kejam pada Niza. Ibu banyak buat salah pada Niza. Kalau Niza nak hukum ibu, ibu tak kisah, asalkan Niza maafkan ibu." Ujarnya.
Aku melepaskan pelukannya. Aku berpaling ke arah lain untuk tidak melihatnya. Hatiku sakit memikirkan segala perbuatannya terhadapku.
"Kenapa mak cik cari Niza?" soalku kepadanya.
Dia menyeka air matanya. Lama dia terdiam. Mungkin tidak menyangka aku akan bertanya sedemikian.Mungkin juga dia terkejut kerana aku tidak memanggilnya ibu.
Dia mula menutur kata,
"Ibu rindu pada Niza. Selepas ibu halau Niza keluar dari rumah, hidup ibu jadi tidak tenang, tidak tenteram. Mungkin ini balasan yang ibu dapat selepas menghalau Niza. Ibu cuma nak Niza maafkan ibu. Ibu tahu Niza marahkan Ibu. Tapi, maafkanlah kesalahan yang ibu pernah lakukan."
"Tapi, kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang cari Niza? Niza dah pun ada keluarga yang sayangkan Niza. Mak cik balik sajalah. Niza bukannya penting pun dalam hidup mak cik." Kataku.
Dia terkedu. Tanpa membalas kata-kataku, dia berjalan lemah meninggalkan aku dan Nurul.
Nurul memandangku sambil berkata,
"Niza, tak baiklah kau kata begitu dengan ibu kau. Aku tahu apa yang ibu kau buat pada kau agak keterlaluan. Tapi, kau dah lupa dengan pesan abah kau?"
Aku teringat pada pesan abah. 'Walau apa sekalipun dia buat pada Niza, Niza kena tetap hormatkannya'
Pesan abah terngiang-ngiang di telingaku. Aku memandang Nurul.
"Terima kasih kerana ingatkan aku." Ucapku.
"Sama-sama. Aku kawan kau. Aku cuma nakkan yang terbaik untuk kau. Dah, jangan buang masa. Kejar ibu kau. Dia masih dekat lagi tu."
Tanpa membuang masa, aku berlari mendapatkan ibu. Pantas aku memeluknya dari belakang.
"Ibu, Niza minta maaf kalau kata-kata Niza melukakan hati ibu. Niza dah maafkan ibu." Ujarku.
Dia menoleh ke arahku. Dapatku lihat air mata berlinangan menuruni pipinya. Kami pun berpelukan.
Aku bersyukur kerana ibu sudah insaf atas segala perbuatannya terhadapku.
Sekarang baru aku mengerti erti kasih sayang dalam keluarga. Tanpa keluarga, hidup kita tidak akan lengkap.
Abah, emak, Niza bahagia sekarang.
Syukur pada-Mu ilahi.
~TAMAT~
*👇🏻Jangan lupa vote😉
YOU ARE READING
Waktu Yang Terhenti√(completed)
Short StoryHaaaaa..Buat kalian yang mencari-cari cerita sedih, 'Waktu yang Terhenti' memang sesuai untuk anda...Cerita ini mengisahkan Shaniza/Niza (watak utama), iaitu seorang anak yatim.. Ingin tahu apa yang berlaku? Dipersilakan baca☺Bagi yang 'hati kapas...