Bab 2

489 25 4
                                    

Lantas aku rebah.

Badanku terasa ringan.

Jiwaku bagaikan kosong.

Cikgu Farah memelukku erat. Berita yang baru sahaja disampaikan merobek hatiku.

"Kenapa abah tinggalkan Niza?! Abah dah janji kan takkan tinggalkan Niza?!"
raungku dalam sendu.

Aku sudah tidak mempunyai sesiapa di dunia ini yang menyayangi aku.

Aku dihantar pulang oleh Cikgu Farah.

Di ruang tamu, kulihat sekujur tubuh yang aku sayangi terbaring kaku.

Aku terus menerpa jasad abah, memeluknya dengan harapan dia akan hidup kembali.

Aku menangis semahu-mahunya. Mak Long menenangkan aku.

"Niza, tak baik kamu menangisi orang yang telah pergi. Abah kamu pun mesti tak nak tengok kamu menangis macam ni. Sabarlah nak. Allah lebih sayangkan abah kamu."

Tangisku mulai reda. Aku perlu menerima kepergian abah dengan redha.

Dari jauh, dapatku lihat Ibu menangis teresak-esak.

Petangnya,urusan pengebumian abah selesai. Hatiku sangat sayu.

Tiba-tiba, aku teringat dengan kata-kata abah malam tadi.

"Niza, kalau abah dah tak da, Niza jaga ibu elok-elok ya. Jangan sakiti hati ibu ya nak. Apapun dia buat pada Niza, Niza tetap kena hormatinya. Solat jangan tinggal. Belajar sungguh-sungguh. Banggakan abah, ibu dan mak. Ingat pesan abah. Abah sayang Niza tau."

Aku menangis semula. Pesan abah masih terngiang-ngiang di telingaku.

Mataku melilau mencari Comel, kucing peliharaanku. Abah yang hadiahkan Comel kepadaku. Katanya, tidaklah aku kesunyian kalau dia tiada di rumah. Sudah seharian aku tidak melihatnya.

"Kau cari apa tu?!"

tanya ibu.

"Ibu ada nampak Comel tak?"

Soalan ibu dibalasku dengan soalan.

"Comel? Aku dah buang dah. Buat kotor rumah ni aje nak menyimpannya."

Kata ibu tanpa rasa bersalah.

"Ibu dah buang? Sampai hati ibu buang Comel. Ibu tahu kan yang Niza sayang kat Comel. Kenapa ibu buang? Apa salah Niza pada ibu sampai ibu buat macamni pada Niza, pada Comel?"

Jawabku dalam tangisan.

"Apa kau kata?! Ibu?! Siapa ibu kau?! Aku tak pernah lahirkan kau. Emak kau tu dah mati. Perlu ke aku hari-hari ingatkan kau yang mak kau tu dah mati?! Sekarang, aku nak kau keluar daripada rumah ni. Aku dah tak nak tengok muka kau. Kau tu pembawa malang. Lepas kau lahir, kebahagiaan aku musnah. Abah kau lebih sayangkan kau. Kau tak tasa apa yang aku rasa!"

Air matanya berlinangan setelah menghabiskan katanya.

Aku turut menangis. Aku tidak pernah menyangka yang ibu sanggup menghalau aku.

Terus aku peluk erat kaki ibu.

Dalam tangis aku berkata.

"Niza minta ampun ibu. Niza tak pernah berniat untuk menghancurkan kebahagiaan ibu. Niza merayu pada ibu. Jangan halau Niza. Niza tiada tempat berteduh selain rumah ni. Rumah ni tempat Niza membesar. Niza takkan tinggalkan rumah ni."

Aku terus memeluk erat kakinya. Aku diheret ke muka pintu.

Tubuh aku ditolak kasar. Aku tersungkur ke atas lantai.

Lantas aku capai semula kaki ibu, meminta simpati supaya aku tidak dihalau.

Namun, pintu rumah ditutup kasar. Aku meraung meminta simpati.

Namun,hanya sia-sia.

Apalah malang nasibku ini. Sudahlah kehilangan abah, kemudian Comel. Dan kini, aku dihalau pula dari rumah. Namun, aku tidak boleh menyalahkan takdir. Aku yakin, ada sesuatu yang lebih indah menanti.

Tetapi, sekarang sudah malam. Ke mana harus aku tuju?

Aku merintih lagi.

Tiba-tiba pintu rumah terkuak sedikit. Terpacul wajah ibu. Bersamanya adalah beg berisi pakaianku. Lalu dicampaknya ke arah aku.

Belum sempat aku berkata, pintu sudah ditutup semula.

Hatiku semakin pilu. Air mataku semakin lebat bercucuran.

Ke manakah harus aku pergi?

Aku melangkah keluar dari rumah dengan hati yang berat. Rumah di mana kenangan manis bersama abah tercipta, terpaksa aku tinggalkan.

Tidak aku sedar, kakiku membawa aku ke pusara emak dan abah.

Aku memeluk batu nisan abah.

Dalam sendu aku berkata,

"Abah, Niza dah tiada tempat berteduh. Ibu dah halau Niza dari rumah. Abah, kenapa abah tinggalkan Niza? Niza sayang abah. Niza sayang emak."

Mengingatkan kenangan manis bersama abah, aku menangis lagi.

Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya, umpama turut merasai kesedihan yang aku rasa.

Aku harus mencari tempat berteduh.

Aku berlari menuju ke perhentian bas di seberang jalan.

Tanpa aku sedari, ada cahaya yang semakin mendekat kepadaku.

Aku kaku.

Kakiku tidak mampu bergerak.

Jantungku berdegup kencang.

Tiba-tiba, tubuhku terasa melayang.

Pandanganku kelam. Mungkin ajalku sudah tiba.

Tunggu Niza abah, emak. Niza datang.

Waktu Yang Terhenti√(completed)Where stories live. Discover now