Genap 15 tahun Haniha lahir di dunia ini. Genap 15 tahun juga dia kehilangan ayahnya yang tidak pernah dijumpainya. Sejak dari lahir lagi Puan Linda iaitu ibu angkatnya merawat dan menjaga Haniha Feliasia. Ibunya entah ke mana tidak tahu di mana keberadaannya.
Haniha beruntung mempunyai ibu angkat yang sabar melayan segala karenahnya sejak kecil. Kasih sayang yang dicurahkan Puan Linda tidak pernah kurang walaupun dia terpaksa mendengar segala kata-kata cacian mengenai wanita yang telah melahirkan Haniha.Anaknya pula, jangan dikata. Setiap hari terpaksa pekakkan telinga dengan perbualan mak cik-mak cik yang selalu membeli barangan di kedai runcit Pak Samad.
Ada yang mengutuk, ada juga yang kasihan dengan Haniha. Ada yang memanggilnya dengan gelaran 'anak ahli sihir' kerana ibunya dahulu seorang ahli sihir yang jahat. Ada juga 'anak raksasa' akibat ibunya suka mencelakakan penduduk kampung itu pada suatu ketika dahulu.
Haniha juga pernah menanyakan soalan mengenai ibunya kepada Puan Linda, tapi sebutir kata pun tidak pernah keluar dari mulutnya mengenai perempuan yang dipanggil 'ahli sihir' itu.
Apa yang ibu dah buat dekat orang kampung ni sampaikan mereka terlampau bencikan ibu dengan aku?
Keluh Haniha dengan rasa sebak setiap kali teringatkan mulut orang kampung yang suka memburukkan nama ibunya yang sudah tiada."Hani? Kenapa ni? Buat apa termenung dekat luar ni?"
Soal Puan Linda yang tahu perkara apa terlintas di fikiran remaja itu.
"Tak ada apa-apa ummi. Ummi, boleh tak ummi tolong jelaskan dekat Hani kenapa dari dulu lagi orang kampung panggil ibu 'perempuan ahli sihir'? Apa yang ibu dah buat dekat mereka ummi?"
Untuk keberapa kali soalan yang sama keluar dari mulut Haniha.
Dia terlalu inginkan jawapan. Kepastian yang selalu dipendamnya. Kenapa dia sering diperlakukan sebegitu oleh orang kampung? Kenapa dia disalahkan walhal ibunya sendiri pun belum pernah dia temui.
"Hani... Ummi minta maaf, ummi tak dapat nak ceritakan hal ini. Ummi tahu kenapa Hani nak tahu sangat apa yang ibu telah buat dengan orang kampung. Ummi tahu Hani nak tahu sangat. Tapi... ummi belum sedia nak ceritakan hal ini. Sebab..."
Puan Linda tidak dapat menghabiskan apa yang hendak diperkatakan olehnya, air matanya tiba-tiba mengalir dengan rasa yang sedih teramat.
Haniha hanya mampu memandang dan menenangkan Puan Linda. Setiap kali Puan Linda mahu menyatakan sebab perkara berkaitan ibunya tidak dapat diceritakan, Puan Linda mesti mengalirkan air matanya. Pelukan Haniha disambut perlahan Puan Linda.
"Tak apa ummi, ummi tak perlu jelaskan apa-apa. Hani tahu berat untuk ummi ingat kembali perkara dahulu. Sakit hati Hani setiap kali ummi menangis di saat Hani menanyakan soalan ni."
Memang benar Haniha mahukan jawapan kepada persoalan tersebut. Tapi, kesedihan yang dialami oleh ummi setiap kali dia teringat akan memori lamanya membuatkan Haniha semakin sebak.
"Hani... Ummi sedia menceritakan semua perkara yang belum terjawab. Dan Haniha? Anak ummi dah sedia menerima semua hakikat ini?"
Puan Linda hanya mahukan kepastian.
Haniha mengangguk dengan wajah sedih. Dia mahukan kebenaran yang sekian lama dilitupi dengan segala cacian orang kampung.
"Ummi sembunyikan hal yang berkaitan dengan ibu Hani bersebab bukan ummi suka-suka."
Jelas Puan Linda agar Haniha tidak salah faham kenapa setiap kali Haniha menyoal berkaitan ibunya Puan Linda selalu lari dari topik tersebut.
Puan Linda menyambungkan mengenai ibu Haniha.
"Ummi dah janji dengan Permaisuri Deliahulia akan menjelaskan identiti sebenar Haniha. Ummi dah berjanji genap sahaja umur Haniha 15 tahun, Haniha mesti tahu keturunan Haniha. Siapa ibu dan ayah Haniha dan di mana Haniha sepatutnya berada sekarang."
Wajah Puan Linda bertukar serius selepas menyebut nama yang sangat asing dan pelik didengar oleh Haniha.
"Permaisuri Deliahulia?"
Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Haniha sambil mengerutkan dahinya dengan hairan.
"Ya... Permaisuri Deliahulia pemerintah Kerajaan Dahliakediawan. Kerajaan ni bukan biasa-biasa. Orang biasa pun tak dapat tahu kerajaan ini sebenarnya wujud. Sebab orang yang terpilih je dapat masuk dalam kerajaan ni."
"Maksud ummi? Ibu dan ayah bukan dari sini? Tapi mereka dari Kerajaan Dahliakediawan?"
Haniha seperti masih tidak faham dan kusut dengan semua nama yang disebut oleh Puan Linda.
"Ya... Ibu Hani bukan ahli sihir seperti yang selalu orang kampung katakan. Tapi, ibu dan ayah Hani mempunyai keupayaan yang orang biasa tak boleh ada."
Puan Linda menjelaskan secara perlahan berharap Haniha memahami penjelasannya dari mula lagi.
"Apa? Kuasa? Ummi, jangan main-main ummi, ini bukan Harry Potter ummi nak cerita perkara yang berkaitan dunia magic ni."
"Tak Hani. Ini bukan Harry Potter. Ini bukan dunia magic tapi ini dunia sebenar Hani. Bukan dunia fiksyen."
Cerita Puan Linda diteruskan selepas Haniha mencelah sebentar tadi. Haniha hanya mendengar segala penjelasan dengan sabar sambil mengeluh.
"Ibu Hani ada keupayaan dalam mind control, ibu Hani boleh manipulasi minda seseorang iaitu membuat orang tersebut mengikut arahannya tanpa perlu dipaksa. Tapi dia ada satu keupayaan rahsia time travel iaitu kembali ke masa yang dikehendaki oleh ibu kamu. Ayah kamu pula, sejak lahir lagi ada 360 degree vision. Ayah kamu boleh lihat keadaan sekeliling dengan mengunakan dua biji matanya sahaja. Sebab itu ayah Hani dilantik sebagai pemerhati kumpulan."
Semakin pelik Haniha mendengar kisah yang diceritakan oleh Puan Linda.
"Jadi... ummi tahu kenapa ayah meninggal dan mana ibu berada sekarang?"
Itu sahaja yang Haniha ingin tahu lagi. Dia seperti tidak mahu mendengar kisah Kerajaan Dahliakediawan.
"Ayah kamu terbunuh di saat mahu selamatkan nyawa ibu kamu dan kamu. Ibu Hani sarat mengandung 9 bulan, tak lama lagi akan melahirkan. Dia melahirkan anak perempuan iaitu kamu Haniha. Kamu lahir di tempat ayah kamu terbunuh. Ummi, penjual bunga di kerajaan Dahliakediawan. Ummi dah saksikan semua kejadian yang berlaku. Semasa ibu kamu melahirkan kamu berhampiran pokok besar, di mana ummi selalu memetik bunga yang segar. Di saat itu ibu kamu pantas menyerahkan kamu kepada ummi dalam keadaan yang lemah. Dengan tergesa-gesa, ummi terus mencapai tubuh kecil Hani dan terus ke istana Permaisuri Deliahulia. Permaisuri telah memberi tanggungjawab untuk menjaga dan merawat Haniha kepada ummi sehingga umur Haniha mencecah 15 tahun. Di saat umur Haniha sudah 15 tahun, Haniha perlu tahu di mana Haniha perlu berada sekarang dan tugas ummi untuk menjaga Haniha juga sudah berakhir. Sebenarnya, orang kampung sini pun belum pernah melihat ibu kamu, tapi nama 'ahli sihir' bermula disebabkan oleh seorang wanita yang berusia. Dia yang mula memanggil Hani dengan panggilan 'anak ahli sihir'. Sebab semua penduduk kampung sini tahu ummi dahulunya bekerja di kerajaan yang setiap penduduknya memiliki kuasa. Disebabkan itu, Haniha dipanggil 'anak ahli sihir' sebab mereka semua berfikiran ummi ada kuasa magic dan boleh memusnahkan mereka. Haniha jangan sedih, bukan ibu Haniha yang mereka katakan tapi ummi yang dibualkan oleh mereka."
Puan Linda menamatkan ceritanya dengan senyuman berharap Haniha menerimanya dengan penuh kesabaran dan sedia untuk menerima hakikat bahawa dia akan meninggalkan rumah Puan Linda dan akan terus menetap di Kerajaan Dahliakediawan.
YOU ARE READING
Dahliakediawan : New Face
FantasyKemunculan Haniha Feliasia di Kerajaan Dahliakediawan telah membangkitkan semangat jahat yang telah lama terkubur di ruangan bawah tanah istana Permaisuri Deliahulia. Pemerintahan permaisuri itu terganggu di saat kuasa jahat mahu merampaskan takhtan...