"Janis!"
"Janis!"
"JANIS!"
Kedengaran suara jeritan nama Janis. Haniha yang hairan dengan perbuatan pejuang yang berada di luar khemah terus menyegarkan matanya. Zip khemah dibuka perlahan. Matanya menatap setiap pejuang yang mundar-mandir mencari Janis.
"Kenapa semua terjerit-jerit nama Janis pagi buta ni?" Soal Haniha dengan hairan. Lengan Farisha dicapainya dengan lembut.
"Janis hilang. Bila aku bangun je pagi tadi, dia dah tak ada dekat sebelah kau. Aku tak kisah pun, tapi bila aku keliling bahagian kawasan khemah kita, kelibat Janis langsung tak nampak." Jelas Farisha dengan bersahaja.
Riak wajah Haniha terus bertukar cemas, tanpa teragak-agak dia pun mengikuti penjuang yang lain mencari keberadaan Janis. Sampaikan loket kristalnya mengeluarkan cahaya merah di tengah-tengah tempat di mana unggun api dinyalakan.
"Kenapa dia bercahaya sekarang?"
Loket kristal disentuh dan digenggam erat oleh Haniha. Angin tiba-tiba bertiup dengan kencang. Awan hitam melitupi langit biru. Daun yang gugur berterbangan dengan laju. Kepulan asap hitam muncul dengan tiba-tiba di hadapan Haniha yang masih berdiri diam.
Khalil, Scienty, Danial, Lerri, Trevad, Farisha dan Geisha terus menghampiri Haniha yang berhadapan dengan kepulan asap hitam atau Polustoir. Wajahnya langsung tidak serupa manusia, tubuhnya tidak kelihatan dan hanya suara garau sahaja dapat didengari. Suara yang selalu bercakap dengan Haniha dalam tidur.
"Apa kau nak?" Soal Khalil pantas menangkap lengan Haniha ke belakang.
"Khalil?! Khalil anak kepada pejuang tak guna tu? Pejuang yang sanggup..."
Belum sempat Polustoir menghabiskan ayatnya, Khalil pantas memotongnya. Dia tidak mahu sesiapa pun menghina keluarganya. Terutama sekali mengenai ayahnya yang baginya sudah tiada. Sudah tidak bernyawa lagi. Dan ini semua angkara Polustoir yang tidak berhati perut.
"KAU JANGAN UNGKIT MENGENAI AYAH AKU! APA YANG KAU FIKIR SEMUANYA SALAH KAU! AYAH AKU TERJEBAK DENGAN SEMUA HAL DISEBABKAN KAU!" Jerit Khalil yang marah.
"Sekarang kau bagi balik ibu aku yang kau dah ambil." Rayu Haniha kepada Polustoir walaupun dia tahu apa jawapan peneman kuasa hitam itu.
"Apa?! Ibu? Siapa ibu kau?" Sahut Polustoir bersama gelak ketawa.
"Aku datang sini sebab nak berterima kasih dekat semua pejuang ni sebab bagi aku Janis..." Polustoir bersuara dengan ketawa lagi.
"Janis? KAU BUAT APA DEKAT JANIS?! MANA DIA SEKARANG?!" Jeritan Haniha membuatkan Polustoir hilang dengan tiba-tiba.
Polustoir hilang, kepulan asap hitam juga hilang. Langit bertukar cerah. Angin yang kencang menjadi sedia kala. Semua memandang antara satu sama lain kecuali Haniha terduduk menangis di saat mendengar berita mengenai Janis.
"Hani..." Farisha dan Geisha menghampiri Haniha yang masih duduk di atas rumput yang hijau bersama daun berguguran.
"Mana Janis sekarang?" Soalan Haniha tidak dapat dijawab oleh Farisha dan Geisha.
"Bersihkan tempat ni. Kita teruskan perjalanan, sekarang memang Polustoir boleh lepas tapi lepas ni aku tak akan lepaskan dia."
Khalil memberi arahan kepada semua pejuang yang semakin kuatir. Mereka terpaksa akur dengan apa yang diperintah oleh ketua pencarian. Tubuh Haniha dibangunnya dengan perlahan. Sekarang baginya tiada masa lagi untuk berehat dengan lama. Seorang pejuang mungkin akan hilang lagi seperti yang terjadi ke atas di Janis.
Kali ini, misi mereka bukan sahaja mencari Feriana dan Polustoir, namun Janis juga. Khalil yakin mereka dapat menemui tubuh sebenar Polustoir agar boleh dimusnahkan.
"Khalil, sampai bila kita nak berjalan ni?" Soal Lerri yang sudah kelihatan semakin lemah.
Sudah berjam-jam mereka berjalan tanpa henti. Mencari tempat di mana tubuh sebenar Polustoir berada. Mencari tempat persembunyian Feriana dan Janis. Dan memusnahkan kuasa rahsia supaya tidak direbut.
"Selagi misi kita tak selesai, selagi itu kita tak akan berhenti." Penjelasan Khalil membuatkan semua pejuang tergamam. Haniha terkejut dengan apa yang diluahkan oleh Khalil.
Walaupun sikap dinginnya membuatkan banyak orang gerun, namun dalam hatinya masih tersemat sikap setiakawan meskipun hanya rakan seperjuangan.
"Farisha... Kau rasa kita boleh jumpa lagi tak Janis dengan ibu aku?" Soalan Haniha membuatkan Farisha kaku tidak mampu menjawab.
"Aku tak tahu, kalau kita berusaha dalam misi pencarian ni dan tak mudah putus asa, mungkin kita akan jumpa mereka." Jelas Farisha kepada Haniha agar sahabatnya itu tidak berfikir banyak.
"Khalil, kita berehat sekejap, sekejap je." Pujuk Scienty yang sedang kelaparan.
"Baiklah, kita berehat sekejap dekat tempat berehat di Huhgdif House. Selepas tiga jam kita akan teruskan perjalanan ke tempat Polustoir di Kenerty Doen."
Khalil tetap dengan pendiriannya walaupun kebanyakan mereka tidak mampu lagi mahu meneruskan perjalanan. Namun, disebabkan mahu melindungi permaisuri dan kerajaan mereka, mereka tetap bangkit dalam mengharungi kepedihan dan kesengsaraan.
YOU ARE READING
Dahliakediawan : New Face
FantasyKemunculan Haniha Feliasia di Kerajaan Dahliakediawan telah membangkitkan semangat jahat yang telah lama terkubur di ruangan bawah tanah istana Permaisuri Deliahulia. Pemerintahan permaisuri itu terganggu di saat kuasa jahat mahu merampaskan takhtan...