Khalil membaringkan tubuh Haniha di atas katil Haniha. Farisha, Trevad dan Janis berdiri di sebelah Khalil. Seorang demi seorang memandang wajah Khalil yang dingin.
"Abang Khalil, apa yang terjadi?" Soal Farisha yang risaukan keadaan Haniha.
"Dia terlampau lemah sebab tu pengsan. Tolong jaga dia. Janis, kau teman dia malam ni. Tidur dekat bilik dia je. Farisha, Trevad, pergi ke istana. Kita akan berjumpa dengan permaisuri. Kita perlu teruskan perjalanan untuk mencari Polustoir."
Khalil mengarahkan tiga remaja itu. Mereka pula terpaksa akur dengan arahan yang dikeluarkan. Janis yang berdiri kaku tanpa bercakap terus duduk di sudut katil Haniha. Farisha dan Trevad pamit untuk ke istana bersama Khalil.
"Haniha Feliasia! Kau telah membantu aku! Kau perlu ke sini!" Jerit seseorang dengan suara garau bersertakan dengan gelak ketawa.
"Haniha! Tolong ibu! Ibu sakit! Ibu terseksa!" Kali ini suara ibunya pula.
"IBU!"
Haniha tersedar dari tidurnya. Wajah Manis yang terkejut dengan jeritannya dipandang dengan pelik.
"Janis? Mana kau pergi selama ni?"
Pantas dipeluknya tubuh gempal Janis. Haniha lebih risaukan keadaan rakannya berbanding keadaannya sendiri. Dia seperti tidak sedarkan diri bahawa keadaannya tersangat lemah selepas pertempuran.
"Hani? Kau dah baik?"
"Aku? Aku baik je. Kau tengokkan? Tapi, aku peliklah kenapa aku rasa macam lemah semacam je..."
"Kau tak ingat apa yang terjadi tadi?"
"Tadi? Permaisuri? Permaisuri macam mana? Zwendy mana?" Soalnya tiba-tiba dengan rasa resah.
"Permaisuri ada di istana. Sekarang mereka sedang berbincang mengenai Polustoir. Zwendy pula, kau telah berjaya menghapuskannya. Sekarang dia terperangkap dalam loket kristal kau." Jelas Janis sambil menyentuh loket kristal kepunyaan Haniha.
Bahu Haniha dipegang Janis dengan lembut. Dia seperti mahu mengatakan sesuatu perkara yang penting. Mata Haniha dipandang tepat dengan riak wajah yang serius. Berulang kali Janis menunduk mahu menahan rasa sebak. Ada perkara penting yang perlu dikatakan.
"Janis? Kenapa?"
"Hani... kau percayakan aku?"
"Mestilah, kau dah bersama aku masa aku susah, masa aku bersendirian. Tak mungkin aku tak percayakan kau. Aku dah anggap kau macam adik-beradik aku."
"Aku sayang kau... aku nak selamatkan kau." Jawab Janis dengan tangisan yang semakin kuat.
Semua penjelasannya membuatkan Haniha semakin hairan dengan sikapnya. Sejak dari Janis melihat apa yang menganggu Haniha, sikapnya tiba-tiba berubah menjadi seorang yang pendiam. Tidak menyatakan apa yang dilihatnya. Hilang tanpa diketahui, datang pula dengan tiba-tiba.
"Kalau kau betul sayangkan aku... aku nak kau percaya aku sekali ni saja. Aku nak kau dengar baik-baik apa yang akan aku bagitahu nanti."
"Ya. Aku akan percaya kau. Kenapa? Apa yang kau nak bagitahu ni? Aku tak faham."
"Lepas ni, kalau aku ada dengan kau dan aku ikut kau pergi mencari Polustoir, aku tak nak kau percayakan aku. Aku tak nak kau dengar apa yang aku nak. Kau mesti tolak dengan segala ajakan aku. Aku tak nak kau percayakan aku. Sebab itu bukan aku. Jangan percayakan aku."
"Apa?! Apa maksud kau?"
"Dengar apa yang minta. Aku minta kau buat untuk kali yang terakhir ni. Jangan percayakan aku." Janis masih berkeras dengan apa yang ditegasnya.Haniha hanya mengangguk perlahan dengan wajah yang hairan. Pada mulanya Janis suruh dia mempercayainya, tapi kali ini pula dia menyuruhnya untuk tidak mempercayainya di saat dia bertemu kembali dengan Janis.
Sejurus sahaja Janis menyatakan niatnya, dia pamit untuk kembali ke biliknya memandangkan Haniha sudah sedarkan diri. Masih dalam keadaan yang sama, Haniha memandang Janis sambil berkerut.
Apa maksud Janis ni? Dia buat aku makin pusinglah. Kejap ni, kejap tu. Apa dia nak bagitahu ni?
Selepas tiga jam Haniha bersendirian memikirkan Janis di dalam bilik, pintu biliknya tiba-tiba dibuka oleh seseorang dari luar. Khalil yang bertubuh sasa berdiri di hadapan sambil tersenyum. Tidak pernah dia melihat lelaki yang kasar itu senyum melainkan pada hari itu.
"Kau dah sihat?" Soalnya pendek.
Haniha hanya mengangguk dan bangkit untuk duduk di di sisi katil. Wajah Khalil masih dipandangnya dengan sayu. Fikirannya masih memikirkan Janis.
"Kalau kau dah sihat. Jom kita pergi ke istana. Permaisuri dan yang lain menunggu."
"Aku pergi panggilkan Janis. Dia baru balik bilik dia."
"Janis? Dia dari tadi dengan kami dekat istana tadi. Aku tanya dia kenapa tak teman kau, tapi dia diamkan diri." Jelas Khalil dengan wajah yang hairan.
Semakin pelik Haniha mendengar. Setahunya baru tiga jam Janis meninggalkan dia bersendirian. Tapi, penyataan Khalil tadi membuatkan dia semakin hairan.
"Apa termenung lagi? Kau nak aku tunggu sampai berapa hari?"
Suara Khalil semakin lantang sejenak dia memandang Haniha termenung panjang. Fikiran Haniha yang berada diawangan membuatkan Khalil hanya mampu bersabar.
"Oh... Kau tunggu dekat luar. Aku pergi tukar baju dulu." Jawab Haniha dengan menolak tubuh sasa Khalil keluar dari bilik.
Khalil akur dengan permintaan Haniha dan keluar dari bilik itu. Beberapa minit kemudian, Hanuha keluar dari bilik dengan pakaian yang berbeza dari sebelum ini.
Setibanya mereka berdua di istana, kelihatan kesemua tujuh orang yang menyertai misi mencari Polustoir sedang menunggu sambil menikmati beberapa snek yang dihidangkan.
Farisha dan Geisha rancak berbual sambil mengisi perut, Janis pula hanya berdiam diri di sebelah Danial yang gelojoh menikmati makanan. Haniha pantas menghampiri Janis dengan rasa marah dan risau. Marah dengan apa yang dikatakan olehnya tadi dan risau kenapa dia berperlakuan sebegitu.
Kesemua mereka terkejut dengan kehadiran Haniha yang tiba-tiba melulu ke arah Janis yang duduk berdiam.
YOU ARE READING
Dahliakediawan : New Face
FantasyKemunculan Haniha Feliasia di Kerajaan Dahliakediawan telah membangkitkan semangat jahat yang telah lama terkubur di ruangan bawah tanah istana Permaisuri Deliahulia. Pemerintahan permaisuri itu terganggu di saat kuasa jahat mahu merampaskan takhtan...