Aduh... kenapa aku macam tak boleh terima kenyataan bahawa aku bukan berasal dari sini. Kenapa aku tak boleh terima kenyataan aku dari Kerajaan Dahliakediawan?
Serabut Haniha setiap kali memikirkan identitinya yang bercampur aduk ini.
"Hani? Ada seseorang nak berjumpa dengan Hani." Puan Linda menghampiri Haniha yang duduk berhadapan dengan tingkap.
Perlahan langkah kaki Haniha menghampiri ruang tamu sejurus sahaja pandangannya melihat sejajar tubuh lelaki yang sasa, bersut hitam dan berkaca mata tersenyum ke arahnya. Tangannya seperti mahu mencapai sesuatu dalam kocek seluarnya. Haniha hanya memandangnya dengan hairan di saat lelaki tersebut menyerahkan sepucuk surat berwarna hijau dan tanda kuning yang diletakkan di atas surat tersebut seperti nama Kerajaan Dahliakediawan.
"Siapa kamu?"
Surat yang dihulurkan belum dicapai lagi. Soalan terus diajukan kepada lelaki bersut hitam itu dengan kasar.
"Cik Haniha Feliasia, saya utusan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Permaisuri Deliahulia untuk menghantar surat ini kepada cik sekaligus menjemput cik Haniha Feliasia kembali ke Kerajaan Dahliakediawan. Permaisuri mahu berjumpa dengan cik."
Lelaki itu menjelaskan kenapa dia dihantar ke rumah tersebut dengan membawa sepucuk surat dari Kerajaan Dahliakediawan.
Apa yang mampu dilakukan Haniha hanya mengangguk sahaja. Dia seperti berada di alam mimpi selepas mendengar kisah yang diceritakan oleh Puan Linda pada malam semalam. Dan sekarang, seorang lelaki yang bersut hitam datang memberi perutusan kepadanya. Bukan itu sahaja, dia seperti termimpi seketika sejurus sahaja lelaki tersebut mahu menjemputnya untuk kembali ke kerajaan yang aneh.
Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang jemput aku?
Itu sahaja yang mampu difikirnya kerana semua sudah terjadi tidak dapat berputar kembali.
Inilah kebenaran yang sudah Haniha tunggukan dari dulu lagi. Kebenaran bahawa Haniha Feliasia perlu kembali ke kerajaan asalnya dan bukannya di kampung ini.
"Tolong terima surat ini cik Haniha Feliasia."
Lelaki itu masih menghulurkan surat tersebut sehingga Haniha menerimanya.
Haniha membaca setiap butir perkataan yang telah ditulis kemas dalam tulisan berangkai.
Isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Haniha perlu kembali ke kerajaan asalnya dan memulakan kehidupan di sana. Namun, Haniha berhak untuk menolak menjadi penduduk di kerajaan ini.
Haniha berhenti membaca, wajah ummi ditenungnya beberapa kali. Keputusan semua berpihak pada dirinya sendiri. Jika dia bersetuju untuk kembali ke Kerajaan Dahliakediawan, dia akan meninggalkan ummi bersendirian di kampung yang penuh dengan kebencian.
Tetapi, jika dia menolak untuk menjadi penduduk di kerajaan Permaisuri Deliahulia, kebenaran mengenai ibunya yang hilang tidak akan terungkai dengan benar. Kematian ayahnya juga perlu dirungkai secara keadilan. Dia perlu tahu siapa yang telah membunuh ayahnya, dan di mana ibunya berada sekarang.
"Hani? Kenapa sayang?"
Soal Puan Linda yang hairan dengan Haniha memandangnya beberapa kali.
YOU ARE READING
Dahliakediawan : New Face
FantasyKemunculan Haniha Feliasia di Kerajaan Dahliakediawan telah membangkitkan semangat jahat yang telah lama terkubur di ruangan bawah tanah istana Permaisuri Deliahulia. Pemerintahan permaisuri itu terganggu di saat kuasa jahat mahu merampaskan takhtan...