Tidur Haniha diganggu oleh suara yang memanggil untuk menolong. Suara itu mengaku bahawa dia ibu kepada Haniha iaitu Feriana. Setiap malam, dia diganggu sehinggakan setiap jam 4:30 pagi dia akan bangkit dari tidurnya.
Pada malam itu juga, selepas tiga minggu kejadian hitam berlaku, di saat kuasa hitam terlepas. Haniha dihantui oleh suara Polustoir dan ibunya.
"Haniha... Ini ibumu sayang... Tolong ibu sayang... Tolong... Ibu terseksa Haniha. Tolong datang ke mari..."
"Ibu?! Ibu..." Peluh mengalir di wajah Haniha yang masih ketakutan walaupun masih tidur.
"Datang ke mari! DATANG KE MARI!" Jerit seseorang dengan suara yang garau sambil menjerit ke arah Haniha.
"IBU?!" Kali ini, Haniha terus bangkit dari tidurnya. Wajahnya ditekup dengan tangan. Peluh membasahi tubuhnya walaupun hari sejuk sehingga mencecah 3 celsius.
Janis yang menemaninya di bilik juga bangkit dek kerana terkejut mendengar jeritan Haniha. Jam di dinding bilik dilihat beberapa kali. Masih sama, dia akan bangkit tepat pukul 4:30 pagi. Tetapi, kali ini bukan sahaja suara ibunya saja yang didengar, namun suara garau yang lain menganggu malan tidurnya.
"Kau masih dengar suara tu?" Soal Janis yang mengambil berat dengan keadaan sahabatnya itu.
"Ya, tapi... kali ini bukan suara ibu aku je yang aku dengar. Ada suara seseorang... dia macam paksa aku untuk ke sana."
Haniha menjelaskan dengan riak yang pelik. Janis pula hanya mendengar segala apa yang diperkatakan olehnya. Janis bangkit dari katilnya dan menghampiri Haniha yang berada berhadapan dengannya. Tangan Haniha dipegangnya dengan lembut.
Di kala sentuhan lembut itu membuatkan Janis terkejut, tangan kecil Haniha ditempis ke tepi. Denyutan jantung Janis berdegup kencang. Apa yang dilihatnya dalam kepulan asap hitam membuatkan dia semakin takut. Peluh mengalir di atas dahinya. Keningnya mengerut. Tubuhnya pantas dipeluk bersama wajah yang pucat.
"Apa kau tengok? Janis...?"
Keadaan Janis yang tidak keruan membuatkan Haniha hairan. Haniha menyentuh bahu Janis, namun dibalas tolakkan oleh Janis. Tubuh kecil Haniha tertolak ke belakang menyebabkan dia terbaring di atas katil. Janis pula, pantas berlari keluar dari bilik dengan tangisan.
Kenapa pula Janis ni? Apa yang dia lihat dan dengar dalam kepala aku? Apa yang dia tahu?
Hairan Haniha dengan perangai Janis yang tiba-tiba pelik. Dia seperti sudah menjadi diri asalnya, seperti sebelum Haniha berjumpa dengannya.
Seperti selalu, Haniha menjalankan kehidupan di asrama keseorangan. Janis tidak tahu ke mana sejak malam tadi. Dia tidak tahu mahu mencari Janis di mana lagi.
Kesunyiannya dipecahkan dengan kejutan oleh seseorang yang tidak dijangka. Puan Linda melangkah perlahan menghampiri Haniha yang sibuk menulis sesuatu dalam diarinya.
Mata Haniha ditekup dengan tangannya. Kedengaran bunyi gelak kecil suara Puan Linda membuatkan Haniha tahu kehadirannya di situ.
"Ummi?"
"Tahu pun. Macam mana boleh tahu ummi yang tutup mata Hani?"
Puan Linda mengeluh kerana Haniha dapat menebak dengan betul. Lain yang disangka lain yang jadi.
Namun, kehadiran Puan Linda di kerajaan tersebut bukan sahaja mahu menjenguk Haniha. Tetapi dia diarah untuk memujuk Haniha agar tidak meneruskan langkahnya dalam mencari ibunya. Permaisuri Deliahulia teramat risau dengan keadaan Haniha kerana sekarang dirinya dalam bahaya. Polustoir mahukan Haniha.
"Ummi datang sini bukan nak jumpa Hani kan?" Soal Haniha tanpa melihat wajah Puan Linda.
Haniha tahu Puan Linda tidak akan datang ke asramanya melainkan disuruh oleh Permaisuri Deliahulia. Walaupun dia mahu melepaskan rindunya terhadap Puan Linda, tetapi dia juga mahu tahu apa hajat sebenar permaisuri melibatkan Puan Linda dalam hal ini.
"Apa yang Hani cakap ni? Ummi datang nak jumpa Hani lah. Lama ummi tak tengok muka cantik anak ummi ni. Ummi rindu..."
Perkara yang dijelaskan oleh Puan Linda membuatkan Haniha mengeluh panjang. Masih dengan hati batunya, dia menunjukkan perangai yang tidak pernah Puan Linda sangkakan.
"Ummi, Hani tahu lah ummi datang sini sebab permaisuri yang hantarkan? Hani tahu hanya orang terpilih sahaja yang boleh masuk ke dalam kerajaan ini. Dan, keizinan untuk masuk hanya Permaisuri Deliahulia sahaja yang perintahkan."
Mata Puan Linda dipandang dengan perasaan marah. Pensil yang dipegangnya diletakkan di atas buku diarinya.
"Dan sekarang, ummi datang ke sini disebabkan keizinan oleh permaisuri. Ummi dekat dengan Hani sekarang, sebab nak halang impian yang ummi suruh kejar. Ummi dah lupa ke yang ummi dah sokong niat Hani untuk cari ibu? UMMI LUPA?!"
Kali ini tangan Puan Linda hinggap di muka Haniha. Tidak pernah sekali pun dia menyakiti Haniha. Tapi, kali ini Haniha betu-betul melampau baginya. Sakit hatinya di saat Haniha mula meninggikan suara di depannya.
"Ummi datang sini sebab ummi risaukan keadaan Haniha. Permaisuri khabarkan bahawa Haniha telah lepaskan Zwendy dan terutamanya Polustoir. Ummi risaukan keadaan keselamatan Hani. Walaupun Hani masih mahu mencari ibu Hani, ummi sekali pun tak akan pernah halang, tidak sekali... Tapi, bila Hani mahu berhadapan dengan Polustoir, ummi rayu dekat Haniha untuk berhenti mencari ibu. Polustoir mahukan kuasa Haniha dan rantai kristal ini. Jika dia sudah dapat semuanya, mungkin dunia ini akan berakhir begitu sahaja. Saat itu juga, Haniha tidak akan pernah berjumpa dengan insan yang dicari."
Pipi dipegang dengan rasa kesal. Habis sahaja Puan Linda menjelaskan apa yang Haniha mahu tahu, dia bergegas pergi dari perkarangan asrama. Haniha pula berdiri kaku bersama kesedihan dan kekecewaan yang telah dilakukannya terhadap Puan Linda.
"Apa yang aku buat tadi? Kenapa aku sakitkan hati ummi?"
Berkali-kali Haniha memukul dadanya dengan tangisan. Kali ini hatinya sakit teramat di kala teringat sikap teruknya tadi terhadap Puan Linda.
Sejak Haniha balik dari berjumpa 'Cerry' dia tidak mampu mengawal perasaan amarahnya. Walau sedaya upaya dia cuba mengawal, namun dia terpaksa mengalah dengan melepaskannya.
Setiap hari kehidupannya di asrama ingin mencari jalan untuk berhadapan dengan Polustoir.
Ummi... Haniha terpaksa ingkar dengan apa yang mahukan. Hani yang mulakan semua ini dan Hani jugalah yang akan mengakhirinya. Polustoir mula cari Hani. Hani tahu ibu masih hidup. Polustoir tak akan bunuh ibu kalau Hani belum datang berhadapan dengannya.
YOU ARE READING
Dahliakediawan : New Face
FantasíaKemunculan Haniha Feliasia di Kerajaan Dahliakediawan telah membangkitkan semangat jahat yang telah lama terkubur di ruangan bawah tanah istana Permaisuri Deliahulia. Pemerintahan permaisuri itu terganggu di saat kuasa jahat mahu merampaskan takhtan...