Haniha membuka matanya dengan perlahan, dipandangnya kawasan di sekeliling dengan rasa pening masih belum hilang. Wajah hairan yang digambarkan membuatkan Khalil berdiri di sisi kanan katil.
"Apa yang terjadi? Sekarang aku dekat mana? Ibu aku mana?"
Soalnya tanpa henti seperti mencari kelibat seseorang antara ramai-ramai yang berdiri di sekeliling katil itu.
"Ibu ada di sini sayang..."
Jawab lembut Feriana yang muncul di hadapannya dengan senyuman.
Tubuh Feriana dipeluknya dengan erat. Rasa kerinduan terhadap ibu kandung yang tidak pernah dijumpainya akhirnya dapat dirasai di sisi.
"Apa yang terjadi? Macam mana kita boleh terselamat? Polustoir?"
"Batu kristal kau tolong kita." Jawab Scienty.
Imbas kembali
" JANGAN! JANGAN HANCURKAN KRISTAL ITU!"
"Kenapa!? Kalau saya tidak hapuskan kristal ini, nyawa puan, Haniha, Janis termasuk semua orang akan terancam."
Jelas Khalil yang mahu menyakinkan Feriana.
Tanpa teragak-agak, Feriana bangkit dari lantai dengan tubuh yang lemah terus menghampiri Khalil dan merampas kristal dari tangan pemuda itu.
"Kalau kau hancurkan batu kristal ni, Haniha mungkin akan kehilangan kuasa dia selama-lamanya. Dan, kalau dia menjadi manusia biasa, aku tak akan pernah mungkin akan berjumpa dengan dia sebab mungkin kami akan dipisahkan sekali lagi. Dia di dunia manusia normal dan aku akan masih tinggal di sini."
"Apa? Jadi macam mana nak hancurkan Polustoir kalau bukan kita hancurkan kristal ni?"
YOU ARE READING
Dahliakediawan : New Face
FantasíaKemunculan Haniha Feliasia di Kerajaan Dahliakediawan telah membangkitkan semangat jahat yang telah lama terkubur di ruangan bawah tanah istana Permaisuri Deliahulia. Pemerintahan permaisuri itu terganggu di saat kuasa jahat mahu merampaskan takhtan...