Dua bulan sudah berlalu kejadian yang menimpa kelapan-lapan pejuang muda. Walaupun ingatan bersama Janis tidak dapat hilang, namun itu merupakan permulaan bagi Haniha menjejak sahabatnya yang dulu amat membencinya tapi sekarang menjadi seperti saudaranya.
"Hani, esok kau pergi tak perkhemahan dengan yang lain?"
Geisha menyoal Haniha yang dari tadi menyuap makanan ke dalam mulut tanpa mengeluarkan sepatah kata.
"Esok? Perkhemahan dekat mana?"
"Dekat Hutan Jerica. Khalil yang ajak."
Jelas Trevad yang berada di sebelah Farisha.
"Tak nak lah aku pergi. Lagipun, dekat situ juga Janis hilang. Aku tak nak sedihkan diri aku."
Haniha kembali merenung makanan yang berada di hadapannya. Wajah Farisha bertukar sedih di saat Haniha menolak ajakan mereka.
"By the way, Haniha... Aku nak tahu apa yang Khalil bagitahu kau pasal Hutan Jerica tu?"
Geisha dan Farisha ingin tahu apa yang diceritakan oleh Khalil kepadanya.
"Apa?! Kau pun tak tahu ke Geisha? Kenapa kamu semua nampak macam tahu apa yang terjadi?"
Hairan Haniha dengan soalan mereka.
"Sebenarnya, kami tak tahu pun cerita tentang hutan tu. Yang kami tahu, hutan tu disumpah. Betul ke?"
Tersipu-sipu malu Geisha ketika menjawab soalan Haniha. Gelak tawa Haniha yang tiba-tiba keluar membuatkan Trevad tersedak. Farisha dan Geisha pula hanya memandang sama sendiri.
"Ya. Khalil cakap memang kena sumpah. Hutan tu akan sumpah siapa yang kencing sebarangan."
Penjelasan Haniha membuatkan Trevad tersedak buat kali kedua. Dia juga tidak pernah mendengar cerita mengenai Hutan Jerica.
"APA?!"
Wajah Farisha dan Geisha yang terkejut membuatkan gelak tawa Haniha menjadi semakin besar.
Sementara di bahagian meja pelajar senior pula, Lerri memandang gelagat empat sekawan itu dengan tersengih sendiri sambil menggelengkan kepala dengan perlahan. Perbuatannya itu membuatkan Danial yang berada di hadapannya terus menegur.
"Kenapa kau tersengih sendiri? Dah buang tabiat ke? Lebih-lebih lagi, kau senyum-senyum ni lepas kau pandang meja budak baru tu... Kau..."
Danial mula menyakat Lerri. Namun, sakatan itu dihentikan dengan sumbatan roti ke mulut Danial dengan kasar. Scienty pula hanya membaca buku yang berada di sebelah tangan kirinya. Dia tidak pedulikan pertempuran antara Danial dan Lerri di sebelahnya.
"Aku tengok dia sebab dia selalu buat masalah. Susahkan orang. Tengok sekarang. Kawan dia hilang, boleh-boleh ketawa dengan girang dekat sana."
Tuduhan Lerri secara melulu membuatkan Danial tergamam mendengarnya.
"Tak baik kau tuduh dia macam tu. Aku tahu dari mata dia, dia masih sedih dengan kehilangan kawan dia." Jawab Danial yang cuba memahami perasaan Haniha.
Sudah dekat 11 bulan Haniha berada di Kerajaan Dahliakediawan. Ibu kandungnya yang sudah lama hilang akhirnya dapat ditemui dan kini, dia boleh pulang ke rumah setiap kali cuti bermula. Kesengsaraan pada mulanya mungkin berakhir dengan kebahagian. Namun, bagi Haniha kebahagian dalam kehidupannya masih belum tercapai selagi Polustoir masih belum dihapuskan.
"Aku tahu kau masih hidup Polustoir. Dan aku tahu kau masih simpan Janis. Aku akan cari kau walau sesulit mana pun pancaroba yang perlu aku harungi. Disebabkan kesetiaan persahabatan aku dengan Janis, aku sanggup bunuh kau dengan tangan aku sendiri."
Itu janji Haniha terhadap dirinya selepas dia mengetahui Polustoir masih hidup dan masih menganggu kehidupannya dan Feriana.
Imbas kembali
Setelah seminggu lebih Haniha berada di pusat kesihatan, akhirnya dia pulang ke rumah bersama ibu tercinta.
"Tak sabarnya Haniha nak berbual panjang dengan ibu. Nak peluk ibu. Tidur dengan ibu dan banyak lagi lah."
Haniha memeluk lengan Feriana dengan erat.
"Dahlah sayang, tidur lagi. Dah larut malam. Selamat malam sayang. Esok kita bersihkan sekitar kawasan rumah ni."
Ibunya memadamkan lilin yang berada di atas meja sebelah katil Haniha. Pintu bilik ditutup dengan perlahan agar tidak membangkitkan Haniha yang sudah tidur lena.
"Haniha Feliasia! Kau akan jadi milik aku. Kau akan jadi pengikut aku. DAN KAU AKAN JADI HAMBA YANG TUNDUK TERHADAP AKU!"
Suara Polustoir semakin tinggi.
"Tidak! TIDAK! KAU DAH MATI! KAU MATI!"
Jeritan Haniha mengejutkan Feriana yang tidur di luar. Dengan pantas, Feriana masuk ke dalam bilik dan memeluk anaknya itu.
"Kenapa jerit-jerit ni sayang?"
"Polustoir... Polustoir masih hidup ibu..."
YOU ARE READING
Dahliakediawan : New Face
FantasíaKemunculan Haniha Feliasia di Kerajaan Dahliakediawan telah membangkitkan semangat jahat yang telah lama terkubur di ruangan bawah tanah istana Permaisuri Deliahulia. Pemerintahan permaisuri itu terganggu di saat kuasa jahat mahu merampaskan takhtan...