Bab 1- Bukan Murah

713 3 0
                                    

"You are the one who teach me how to love,and you are the one I am giving my love"

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Amrina tersedar pagi itu dengan rasa kesakitan. Terasa seperti belakang badannya dicucuk-cucuk. Oh,mungkin disebabkan kesan libasan Pak Ngahnya malam semalam.Dia menyentuh kawasan yang berbirat itu. Sakit. Pedih. Tidur pun beralaskan toto nipis lama yang hapak. Perit. Itu yang dia rasa tika itu. Dilayan tak ubah seperti hamba abdi. Sedangkan Mak Ngahnya adalah darah dagingnya sendiri.

Jam loceng kecil di tepi toto dilihat. Jam 3 pagi. Mesti penghuni rumah ini nyenyak tidur sedangkan dia sengsara menahan sakit.

Prangggggg!

Bunyi kaca pecah mengejutkan dia dari lamunan. Terus dia sarung sweater lusuhnya ke badan. Dia bergegas ke dapur mencari di mana punca bunyi tersebut. Matanya menangkap tubuh Khairul,anak kepada Mak Ngahnya, merangkap sepupunya, yang sudah berdiri di hadapan deraian-deraian kaca tersebut.

"Hei,Amrina!Buta ke pekak?Tercegat apa lagi?Kemaslah!" Amrina yang berada dimuka pintu itu dijegil. Suaranya kasar. Macam bercakap dengan musuh!

Amrina diam. Sudah rutinnya dianggap seperti bibik dirumah ini. Dia lalu mengambil penyapu dan penyodok lalu terbongkok-bongkok mengutip deraian-deraian kaca tersebut.

Sayang. Rumah besar. Dua tingkat. Tapi anak-anak dan ibu bapa tiada adab. Duit pun entah ada entah tidak sampai aku ni terpaksa jadi kuli mereka. Luah Amrina dalam hati.

Khairul berdiri sambil menyandar di dinding. Amrina yang memakai sweater dan mengikat rambut ekor kuda sambil terbongkok-bongkok itu dilihat. Khairul memerhati setiap inci tubuh gadis tersebut. Tinggi lampai. Dialih pula pandangan pada pinggul Amrina. Hah,perempuan macam ni memang lah jenis jenis aku suka. Tapi sayang,jual mahal lah pulak! Katanya dalam hati.

Amrina yang sudah selesai melakukan kerja tersebut meletakkan penyapu dan penyodok tersebut di tepi dinding. Dia sudah berura-ura hendak masuk ke biliknya yang terletak dia hujung dapur itu. Namun,lengannya dipaut. Tanpa sedar,dia sudah terdorong ke dinding.

"Dah 18 tahun kau hidup,baru lepas dapat result spm,straight A kan? Apa kata jadi perempuan simpanan aku je? Aku bagi upah." Khairul yang berada didepannya itu menjilat bibir.Memberikan pandangan bernafsu.

"Saya memang tiada harta. Tapi awak takde hak nak cakap macam tu. Saya lagi rela miskin daripada jual diri." Amrina bersuara tegas. Amrina menolak dada Khairul. Kasar. Khairul terdorong ke belakang. Dia lalu berlalu ke biliknya kemudian menutup pintu dan menguncinya. Dia menghela nafas lega. Sungguhlah sebuah seksaan hidup dalam keluarga puaka ini.

Dah sebulan lebih sejak dia mendapat keputusan SPM. Malu sangat bila ditanya, 'kemana hala tuju lepas ni?', 'tak sambung luar ke?'. Semua soalan itu dijawab oleh Mak Ngahnya. 'Dia malas sambung, gatal dah nak kahwin katanya'. Itu antara jawapan Mak Ngahnya. Pedih. Berduyun-duyun surat tawaran diberikan. Berduyun-duyun jugalah Mak Ngahnya bakar didepan matanya. Air matanya kering. Tak mampu lagi menangis. Biarlah. Tuhan ada.

Dia duduk bersandar di dinding. Memikirkan apa yang dia akan lakukan selepas ini. Nak keluar? Jangan harap. Mampus orang tua tu marah aku. Cari kerja? Duit aku tu nanti orang tua tu makan. Dia buntu. Takkan perjalanan hidupnya kekal disini?

Takdir Untuk KitaWhere stories live. Discover now