Tut tut tut...
Nombor kawan baiknya, Adam didail dan skrin IPhone nya ditekap pada telinga kiri. Seraya itu, dia tersenyum lebar. Senyuman yang semestinya ada maksud yang tersendiri.
" Ha, Am! Ada apa call aku ni? " soal Adam, pelik.
" Jom ikut aku "
" Ikut pergi mana pulak ni? Aku busy lah " tak pernah-pernah kawan baiknya, Amri ajak pergi lepak. Apehal tiba-tiba ajak ni?
" Huh, jangan banyak tanya lah. Sekarang ni, kau jawab je 'ya' atau 'tak'. Kan senang. Tak payah nak tanya pergi mana " Amri mendengus perlahan, di talian.
" Peh, aku tanya je. Tu pun nak marah ke bro? Kau PMS eh? HAHAHAHA " Adam gelak besar. Nak berguling-guling pun ada.
Adam mengetap bibirnya. Tak guna punya member.
" Hello?? Hello kanda.. Hahahaha! " sekali lagi, dia gelak. Benda kecik, tapi gelaknya macam langsuir.
" Kanda jingga kau! Nak tak nak, kau kena ikut aku juga! Faham tak?! Kau kena ikut aku jugak. Benda ni penting, dan aku tak boleh 'settlekan' sendiri. And one more thing, aku memang perlukan sangat-sangat member yang gile macam kau, Dam. Cun ark? " kali ini, Amri memang serius.
" Hak eleh. Aku tahu dah. Kau memang sayang dekat aku. Sebab tu, kau beriya ajak aku. Betul kan? " Adam tersengih sendiri.
" Yaya.. Betul-betul " malas Amri menjawab. Sayang?? Eyuuu.
" Macam terpaksa je. Dah lah, karang pukul 5.00 petang aku datang rumah kau. Amacam? "
" Ha, cantik! Thanks boskurr.. " tersenyum puas, Amri. Plan menjadi.
Terus panggilan di tamatkan. Amri menghela nafas lega, sambil badannya terbaring di atas katil king nya.
Kerja settle.
Meyrose yang sedang memerhatikan tingkah laku Amri sejak daripada tadi yang nampak macam pelik, terus menerjah masuk ke dalam bilik abangnya itu. Dia ingin halang abangnya kalau ada perkara yang tak elok yang lelaki itu ingin buat tanpa pengetahuannya.
Terus Amri bangun daripada pembaringan nya apabila sedar adiknya tiba-tiba menerjah biliknya. Dah kenapa?
" Abang long free tak hari ni? " Meyrose menyoal apabila sudah duduk disebelah abangnya. Hujung baju abangnya di pintal macam pertengahan gedik.
Blur seketika riak wajah Amri melihat gelagat adik nya. Perlakuan Meyrose hari ni nampak lain macam. Serius!
" Rasanya abang tak.... "
" No way! Abang kena free jugak hari ni! Sebab Mey nak pergi popular! Ha popular! " laju Meyrose memotong ayat Amri. Dah memang agak yang abangnya takkan free punya. HUHUHU
Popular? Motif?
" Kenapa tak nak ajak angah je? Dia kan tengah free sekarang ni " berkerut habis dahi Amri.
Meyrose tersengih.
" Buat apa nak ajak angah? Kalau abang long yang handsome tahap gaban ni ada kan? Heheee "
" Peliknya.. " Amri berkata sendiri.
" Pelik-pelik pun, Mey tetap adik abang long kan?! Betul tak abang?! " bijak Meyrose meng'cover'. Wajah garang sengaja ditunjukkan.
Nafas berat dihela. Fikirannya sedang memikirkan sesuatu, sama ada nak teruskan 'plan' petang ni bersama dengan Adam atau keluar dengan Meyrose. Haih, pusing dho kepala ni!
Tangan Amri terus digapai lalu digenggam erat. Meyrose mengusap lembut tangan abang long nya.
Amri yang melihat kelakuan pelik adiknya itu terus menjungkitkan kening sebelahnya. What the...
" Meyrose sayang abang long tau. Abang janji dengan Meyrose yang abang takkan buat kerja stupid eh? Janji tau?! " ujar Meyrose dengan nada suara beriya. Entah kenapa dia mula rasa tak sedap hati tentang abang sulungnya ini. Seperti ada benda tidak elok akan berlaku padanya.
Allah. Semoga Along ok.
" Hello Areanna Meyrose, are you ok my darl? Kenapa tetiba cakap macam ni? Everything is fine right? " soal Amri bimbang. Yela, tetiba suruh aku berjanji bagai. Apahal dho?
Sebuah senyuman kecil dipamerkan.
" Everything is fine bro. Tapi kita tak tahu kan apa yang akan terjadi untuk next future. Abang pulak suka buat sesuatu luar daripada kotak kan? Like something weird or creepy. Isn't right brader? " sengaja Meyrose memerli abangnya. Nothing can you hide from me hahahahahha.
" Whatever. Now nak pergi popular tak? " Amri menukar topic. Tidak mahu adiknya serkap jarang nya. Karang tak pasal-pasal dia tahu plan petang ni.
Wajah Meyrose terus bertukar ceria.
" Of course nak! Tapi petang ni abang busy ke? Takkan? " Meyrose tersengih-sengih.
Amri membuat wajah menyampah. Fine petang ni end!
" Petang ni abang free. Kalau ada plan pun tak jadi nak buat. Kan abang nak kena teman adik abang yang gedik ni "
Gedik pun gediklah!
" Yeah! "
SORRY CHAPTER KALI NI PENDEK!
YOU ARE READING
Kau, Cinta Hati Aku
Teen FictionAku sayang kau, aku suka kau dan aku cinta kau. Itulah tiga ayat yang akan aku berikan untuk kau. Sebab apa? Sebab Kau, Cinta Hati Aku Created by: Rabiatul Nadiah