Kenapa?Kenapa aku perlu jumpa dia kembali?Setelah 5 tahun tidak bersama,saat aku mula bahagia dengan kehidupan baru,dia muncul menghancurkan segalanya.Satu nama yang tak mungkin aku lupa,Harris Faizan.Dia lelaki pertama yang aku cintai.Tetapi,bukan yang terakhir aku cintai.Hilangnya dia dari hidup aku,menghilangkan segala rasa yang pernah bertandang di hati satu ketika dulu.Saat bahagia masih memilih aku.Namun sekarang,nama itu seakan akan tak pernah wujud,dalam hati,hidup dan juga fikiran seorang gadis bernama Arissa Naurah.Lelaki itu meninggalkan dia hanya kerana perempuan yang jauh lebih kaya.Dia sendiri pelik.Apa ertinya kekayaan tanpa kasih sayang?Bahagiakah?Namun,itu semua hanya tersemat di dalam kotak hati Arissa Naurah.
Aku sudah bahagia Harris.Tanpa kau.Walaupun susah,walaupun aku terpaksa berjumpa pakar kaunseling hanya kerana ingin melupakan engkau.Alhamdulillah,aku berjaya.
Tok
Tok
TokPintuku diketuk luar.Pasti itu ibu.Perlahan lahan aku bangun dari birai katil,menyusun langkah ke pintu.
"Ye bu.Kenapa?"wajah tua itu aku pandang sambil tersenyum.25 tahun dia berkorban,untuk 3 orang anak yang bermula dari aku,beralih kepada dua orang adikku yang seorang berumur 22 tahun,manakala seorang lagi 17 tahun.Aris Naufal dan Arina Naufa.
"Tak,tadi ibu tengok Rissa balik macam stres je.Ada masalah ke?"aku tergelak.Ibu,sentiasa tahu masalah anak anaknya
"Takdelah ibu.Rissa cuma penat.Biasalah,kerja banyak di pejabat tadi.Ni,Aris dah balik bu?"mataku meliar mencari kelibat si adik lelaki.
"Aris tak balik lagi.Katanya,ada kerja nak pegi jumpa kawan.Takpelah Rissa,ibu pergi dapur dulu ya.Kamu pergilah mandi.Busuk tau tak"
"Amboi ibu....Kemain cakap Rissa ye"
"Hahaha,dah dah.Pergi mandi sana.Nanti turun makan"
"Okay ibu"hilang sahaja ibu dari pandangan,aku terus memasuki bilik air.Mandi.
Hai readers.Sorry kalau pendek n kalau ada typo.So,story kali ni macam...Cliche sangat kan?Muahahaha,macam ii lah Aira ni.Btw,bacalah story aira yang lain.Thankz gais😆
