Kebahagiaan Hakiki

345 10 0
                                        

"Aku terima nikahnya Arissa Naurah binti Norman dengan mas kahwinnya RM3000 tunai"akad telah dilafazkan Raid.

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdulillah"semua di dalam masjid Al Fateh itu mengucap syukur kepada Allah S.W.T.Kini tibalah sesi pembatalan air sembahyang.Raid melutut di depan Arissa yang cantik dengan busana serba putihnya.Senyuman kebahagiaan jelas terpancar di muka masing masing.Cincin perak dari Habib Jewels di sarung ke jari manis Arissa.Arissa tunduk menyalami tangan lelaki yang kini sah bergelar suaminya.Raid mengucup kasih dahi Arissa.

"Okay pengantin baru!Jom bergambar!"jerit Medina teruja.

"Let's go!"Raid dan Arissa saling berpandangan dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir.

***

"Sayang..."Raid menegur Arissa yang sedang merenung keluar jendela.Raid memeluk Arissa dari belakang.Dagunya sengaja diletakkan di bahu kanan Arissa

"Ye abang..."sahut Arissa.Tangannya naik menyentuh wajah tanpa cela Raid.Diusap wajah itu lembut.Kemudian,dia berpaling.Jadi,kedudukan mereka sekarang ini ialah saling menghadap.Raid mencapai tangan Arissa.Digenggam erat tangan wanita kesayangan bergelar isterinya itu.Sungguh,dia sangat mencintai gadis di hadapannya ini.

"I love you..."ucap Raid penuh romantis.Tangan gadis itu dibawa ke mulut lalu dikucup.

"I love you too..."Arissa bersyukur.Hatinya yang dulu mati,kini kembali bernyawa.Dan,pemberi nyawa itu adalah lelaki yang kini berada di dalam pelukannya.Raid Iktizam,dia pemilik hatiku.Nyawa hatiku ada padanya.I love You sayang....Terima kasih kerana hidupkan hati Arissa abang.Terima kasih.

-TAMAT-

Heartbreak ✓Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang