Kemalangan

255 10 1
                                    

Raid duduk bersila di atas kusyen putih menghadap tok kadi.Persalinan putih menjadi pilihan dia dan Esyana.Esyana manis berbaju kebaya putih satin.Raid meliar matanya memandang sekeliling.Mencari kelibat insan yang mencuri hatinya.Arissa Naurah.Namun hampa,batang hidung pun tak nampak.

Tok Kadi a.k.a Pak Cik Budin,mencapai tangan kanan Raid

"Raid Iktizam Dato Rahman,aku nikahkan akan dikau dengan Nurul Esyana binti Ehsan dengan mas kahwinnya RM1000 tunai"

"Aku terima..."belum sempat Raid mengucap lafaz,kedengaran Zaid menjerit

"Abang long!Arissa kemalangan!"serta merta Raid bangkit dari duduknya.Akad nikah yang sedang berlangsung tidak lagi dihiraukan.Arissa lebih utama

"Umi!Aid pergi hospital dulu tau!Zaid,ikut abang long!"lock kereta dibuka lalu dia pantas meloloskan diri ke dalam kereta mewah itu.

"Tok long,kenapa dengan daddy tu?"Afeef bertanya.Datin Insyirah mengusap lembut kepala cucu saudaranya

"Mama kamu kemalangan"

"Haah?!"

***

Raid's POV

Aku berlari masuk ke wad ICU hospital swasta itu.Kelibat keluarga Arissa dicari.Ah,itu dia!Langkah diatur semakin laju ke arah mereka.

"Eh,abang Aid buat apa dekat sini?"soal Aris dengan kerutan di dahinya.

"Aris,Arissa macam mana?"kelam kabut aku menyoal tanpa menjawab soalan Aris

"Kak Rissa masih dekat dalam"perlahan suara Aris.Aku memandang Puan Alina yang sedang teresak esak di dalam dakapan Arina.Aku sabar menanti.Wirid,doa semua aku panjatkan kepada Ilahi.

Pintu bilik bedah dibuka.Muncul seorang doktor perempuan.Aku bingkas bangkit

"Kamu semua ni,ahli keluarga pesakit bernama Arissa Naurah ya?"doktor perempuan bernama Suraya itu bertanya

"Ye doktor"

"Cik Arissa okay.Cuma kami minta maaf,dia koma"koma?!Aku tersandar didinding manakala Puan Alina hampir pengsan.Ya Allah,dugaan apa ini Ya Allah.

"Doktor,boleh kami melawat dia?"Aris mencuba nasib

"Boleh.Cuma,jangan ramai sangat ya"kami angguk

"Raid pergilah dulu.Aunty dgn uncle tak kuat lagi"aku angguk.Pintu wadnya ditolak.Sekujur tubuh yang pucat terbaring di atas katil dengan segala alat pernafasan.Wayar wayar berselirat sana sini.Air mataku menitis.Kata Zaid,kereta Arissa terbabas dalam perjalanan dia untuk ke majlis pernikahan aku dan Esyana.Ini semua salah aku.Kalaulah aku tak ikut keputusan Esyana,Arissa takkan jadi macam ni.Aku duduk di kerusi hospital yang disediakan.Wajah putih mulusnya aku pandang penuh kasih.Maafkan saya Arissa.Maafkan saya.Saya janji,lepas je awak sedar,kita kahwin.

Kedengaran pintu wad ditolak.Aku berpaling.Aris mendekatiku dengan kotak ditangan.Keningku terjongket.Kotak apa tu?

"Nah abang Aid.Untuk abang dengan kak syana,kakak nak bagi tadi tapi..."ayat Aris terhenti.Matanya mula berkaca.Hulurannya aku sambut.

"Ada kad dekat situ.Abang bacalah.Ris keluar dulu,nak belikan ibu makanan"aku angguk.Aku kembali duduk di kerusi.Kad berwarna putih yang ada bentuk hati pink di tengahnya aku keluarkan.

Kepada Raid dan Esyana,

Selamat pengantin baru!Semoga berkekalan ke anak cucu.Saya doakan,rezeki korang sentiasa murah.Raid,awak mungkin nampak saya kuat tapi sebenarnya tak.Saya tak kuat pun.Awak tahu,kenal dengan awak buat hati saya hidup semula.Terima kasih.Jaga esyana elok elok.Kepada Esyana,awak bertuah kerana memiliki Raid.Bahagiakan dia.Dapatkan anak banyak banyak eh,tahniah!

Ikhlas,
Arissa Naurah

Air mataku kembali menitis membaca bait bait kata didalam suratnya.Hadiah itu diletak tepi.Aku kembali memandang wajah cantiknya.Sempurna.Tanpa cela.Maafkan saya Arissa.Saya punca segalanya.Maaf.

Heartbreak ✓Where stories live. Discover now