Arissa memanjat anak tangga rumahnya.Keluhan berat dilepaskan.Penat.
"Rissa,malam ni family aunty Syirah nak datang dinner rumah kita lagi.Pakai elok elok ye"Arissa mendengus.Asyik asyik dinner je.Takde rumah ke?T shirt hitam labuh berlengan panjang diambil keluar dari closet.Pakai ni jelah.Malas aku nak pakai elok elok.
Usai mandi dan merapikan diri,Arissa mencapai telefonnya dan turun semula ke bawah.Tubuh dihempas ke sofa empuk berwarna coklat itu.Mata dipejam rapat.Kerja banyak sangat hari ni.Saat mata baru sahaja ingin terpejam,ada suara suara kedengaran.Terus Arissa terduduk.Keluarga Datin Insyirah dah sampai.Arissa bangun,dan menapak ke arah mereka.Tangan Aunty Syirah dan Raina disalam.Huluran tangan Esyana disambut tidak ikhlas.
"Aris!Arina!Turun!"jerit Arissa.Afeef yang melihat Arissa terus bersinar matanya.Terkocoh kocoh dia berlari mendapatkan Arissa namun Arissa lebih tangkas,pantas sahaja dia berlari ke biliknya meninggalkan kanak kanak lelaki itu.Raid hanya mampu melihat kelakuan Arissa dengan rasa kesal
Mereka berkumpul beramai ramai di meja makan.Arissa meliar pandang,mencari tempat kosong untuk diduduki.Satu tempat.Antara Raid dan Afeef.Dia mengeluh.
"Arissa,apa yang tercegat lagi tu?Duduklah"Puan Alina bersuara sambil memandang anak sulungnya yang langsung tidak senyum.Dia sedikit pelik,kenapa dengan Arissa hari ini?
"Aris,pindah sebelah Raid.Biar kak Rissa duduk sini"badan adiknya Aris ditolak.Menyuruh lelaki itu berpindah tempat
"Laa,kenapa tak duduk je dekat tepi Aid?"
"Malas"ringkas sahaja jawapan Arissa.Hari ini memang dia tiada mood.Tom yam ayam dicedok ke dalam pinggan.Suapan dimulakan
"Mama,nak suap?"suapan Arissa terhenti.Terkebil kebil dia memandang Afeef yang sedang menganga mulut minta disuapkan nasi.Rimaslah aku dengan budak ni.Kang aku cepuk percuma je.
"Afeef,meh mummy suapkan eh"Esyana menarik tangan anaknya
"Tak nak!Nak mama juga!"Arissa menjongket kening.Ah sudah.Dia pandang wajah ibu dan abahnya silih berganti
"Can you do something with that boy Raid?I don't like kids,sorry"jujur Arissa.
"But,can you just treat him like your son?Come on Arissa,he's orphans"Arissa mengeluh
"Afeef,meh sini dekat kakak.Nak kakak suapkan?"Afeef mengangguk berkali kali
"So,jangan panggil kakak mama.I hate it"tubuh kecil itu diletakkan di atas riba.Suapan demi suapan masuk ke dalam mulut Afeef.Arissa menyuap tanpa perasaan.Kosong.Suapan terakhir selesai.Afeef diberi semula kepada mummynya manakala Arissa meminta diri untuk naik ke atas.
"Abang,Syana tengok Arissa tu macam tak suka Adik je"adu Esyana semasa mereka sama sama duduk berehat di sofa.
"Ent..."percakapan Raid terhenti melihat Arissa yang ingin melangkah keluar.
"Arissa,where are you going?"
"Jumpa Medina.Bye"tanpa berpaling sedikit pun ke arah mereka,Arissa terus keluar.Menghidupkan enjin kereta dan pergi.Raid mengeluh.
