Special Part

348 14 5
                                        

Atas permintaan,saya publish satu bab special...Enjoy,n sorry kalau tak sweet or tak best.Saya tak reti benda bersemut ni cuz sy baca pun sy dh nk terkencing😂

____________________________________

Sudah hampir 2 tahun usia perkahwinan pasangan sejoli Arissa Naurah dan Raid Iktizam ini.Bahagia?Itu sudah pasti.Ditambah lagi dengan kehadiran insan kecil penyeri hidup mereka.Raihan Naural nama diberi.Namanya secomel tuan punya badan.Badan yang sedikit tembam itu sungguh menarik minat tangan untuk mencubit pipinya.Pipi pau!Siapa sahaja yang tidak geram.

Arissa menunggu kepulangan Raid diruang tamu sambil tangannya ligat mendodoikan Raihan.Sudah 3 hari Raid berada di luar Kuala Lumpur iaitu di Kedah untuk urusan kerja.Rindunya pada jejaka itu sudah ditanya.Anaknya itu pun sudah pandai rindukan ayahnya.

Sekarang ini,Arissa masih lagi bercuti dari kariernya.Dibiarkan Aqilah mengambil alih tugas sepenuhnya buat sementara waktu.Kata Raid,biarlah Arissa menjaga Raihan dahulu sehingga anak kecil itu menginjak usia 2 tahun.Barulah dia mahu mengupah pengasuh dan Arissa boleh kembali bekerja.Kadang kadang,keputusan yang dibuat Raid tidak juga disenangi Arissa.Ada satu tahap sampai seminggu Arissa merajuk dengan Raid gara gara Raid tidak benarkan dia pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin sepupunya.Alasannya,Arissa tengah mengandung dan suasana di kampung pasti akan berhimpit dan kelam kabut.Dia tidak mahu Arissa terjatuh.Bagi Arissa,hei you!Usia kandungannya baru 6 minggu ketika itu.Apa yang hendak dirisaukan sangat?

Bunyi enjin kereta dimatikan dan pintu gril digesel mematikan lamunan Arissa.Senyuman manis sudah tersungging di bibirnya.Raihan yang sudah terlelap di atas ribanya diangkat lalu diletakkan ke dalam baby cot di tepi.

"Sayang..."meleret sahaja suara Raid memanggil isterinya yang tercinta.Arissa bangun,berjalan mendapatkan suaminya yang segak berkemeja putih.

Handsomenya suami aku ni!

"Ya abang..."tangan kanan Raid dicapai lalu dicium penuh kasih.Kemudian,terasa hangat didahi Arissa menandakan Raid melabuhkan bibirnya pada dahi isterinya itu.Senyuman Arissa melebar.Raid tarik Arissa ke dalam pelukannya.Didakap erat tubuh kesayangannya itu seolah olah tidak mahu lagi dilepaskan.

"Miss me?"soal Raid.Dicium berkali kali pipi Arissa bagi melepaskan rindu 3 hari tidak berjumpa.

"Of course..."Arissa senyum lagi.Bahagia.Ya,dia sungguh bahagia tika ini.

"Mana Raihan?"pelukan direnggangkan bagi membolehkan Raid mencari anaknya.Arissa memuncungkan mulut ke arah baby cot yang terletak elok di tepi sofa.

"Hai anak papa ni...Rindu papa tak?"tubuh kecil itu diangkat kedukungan.Ditepuk tepuk perlahan belakang badannya.

Raihan senyum sahaja.Iyalah,kawan baru setahun lebih,mana boleh bercakap.Pipi putih mulus itu menjadi tempat bibir Raid mendarat.Geram juga dia dengan anaknya seorang ini.Comel sangat!

"Abang nak air?"Arissa menyoal.Bagasi suaminya itu diletak tepi.

"Boleh juga"Arissa menonong ke dapur untuk membancuh air sementara Raid masih bermain dengan anaknya.Diacah acah bayi lelaki itu.Alahai comelnya Raid dengan Raihan...

Arissa kembali semula dengan segelas air oren di tangan.Gelas air itu dihulurkan kepada Raid lalu diteguk rakus.Nampak sangat dia dahaga.Habis licin disapunya.Gelas kosong diberi semula kepada Arissa.

"Macam mana dekat sana?Okay?"Arissa memulakan bicara sambil tangannya mengelus lembut pipi Raihan.Terletus ketawa anak kecil itu apabila disergah papanya.

"Okay je.So far so good.Rissa macam mana dekat sini?Okay tak?"

"I'm fine here.Raihan pun tak banyak meragam macam sebelum ni so okaylah"Arissa ukir senyuman nipis

"Abang,jom kita bercuti,nak tak?Just kita dua je.Honeymoon maybe"cadang Arissa.Dia mengelipkan ngelipkan mata.Berharap Raid akan setuju.

"Honeymoon?"Arissa angguk

"Okay,tapi dekat mana?"Senyuman Arissa melebar.Fikirannya sudah memikirkan satu tempat yang istimewa buat dia dan Raid.Dia harap,percutian kali ini akan menjadi percutian mereka yang istimewa.InshaAllah

***

Langkah mereka berdua berhenti dihadapan tugu yang menjadi kebanggaan kota Langkawi.Tugu Lang.Ya,Pulau Langkawi menjadi destinasi pilihan Arissa untuk percutian pertama mereka.Kamera Canon yang dibeli 3 tahun lepas dibawa keluar dari beg yang digalasnya lalu dihulurkan kepada Raid.Meminta lelaki itu untuk menangkan gambarnya berlatar belakangkan tugu lang ini.

"Abang!Tangkap gambar elok elok tau!"jerit Arissa.Dia sudah siap bergaya,tanda bersedia untuk Raid mengambil fotonya

Klik!

Sekeping gambar selamat masuk ke dalam memori kameranya.Seketika kemudian,Raid meminta tolong orang sekeliling untuk menangkan gambar dia dan Arissa.Pelbagai gaya dilakukan mereka,sehingga penat orang hendak menangkap gambar.

Hampir 30 minit berlegar legar di pekan kuah,Raid memandu kereta sewa mereka ke chalet di Pantai Chenang.Angin sepoi sepoi bahasa lembut menyapa wajah putih mulus Arissa.

Arissa menunggu di luar sementara Raid menguruskan pengurusan hotel.Matanya meliar memandang sekeliling.Dia berjalan ke arah pantai.Heels hitam yang elok tersarung di kaki dibuka lalu dipegang.Dia berjalan digigi air.Air laut yang sejuk menyentuh kaki begitu menyamankan.Dia hanyut dalam ketenangan jiwa.

Tiba tiba,terasa pinggangnya dipeluk dari belakang.Seseorang melabuhakan dagunya pada bahu kanan Arissa.Arissa senyum nipis.Dia tahu siapa yang berbuat demikian.Siapa lagi kalau bukan suaminya sendiri.

"Dah siap?"Arissa menyoal

Diam.Tiada respons

Arissa pelik.Kenapa Raid langsung tidak bersuara?Serta merta dia berpaling,berdiri menghadap si suami.

Mata Raid terpejam.Menikmati keindahan dan kenikmatan ciptaan Ilahi.Arissa capai kedua dua tangan Raid.Digenggam erat tangan lelaki itu.Mata Raid tercelik.Senyuman diberikan buat isterinya yang cantik dengan dress labuh putih hitam.

"Abang...Rissa nak abang tahu yang Rissa sayang abang sorang je.Takde lelaki lain dalam hati Rissa selain abang.Rissa tak kisah.Biarlah yang datang pada Rissa tu Oh Sehun ke,suho ke,xiumin ke rissa tetap akan pilih abang.Kecualilah yang datang pada Rissa tu Luhan.Kalau Luhan,sorry to saylah abang"Arissa ketawa setelah menghabiskan ayat terakhirnya itu.Raid turut tergelak sambil tangannya mencubit lembut pipi isterinya

"Amboi!Kalau Luhan datang pinang sayang akan tinggalkan abanglah?"Raid sengaja menyakat.Arissa gelak lagi

"Of course...Siapa je yang tak nak kahwin dengan Xi Luhan.Kan Aira kan?"

Me:Yesss betul tu Arissa!!!

"Hahaha,sampai hati sayang tapi sokaylah.Abang tahu semua tu dan abang nak sayang tahu juga yang abang pun macam sayang.Abang janji abang akan setia pada sayang sampai hujung nyawa abang cuz i love you so much my dear.Really really love you"Dahi Arissa dikucup Raid.Lama.Ya,dia berjanji akan mempertahankan mahligai cinta mereka yang terbina.Biarlah maut mendatang sekalipun,selagi dia boleh pertahankan dan lindungi Arissa,dia akan.Kerana Arissa adalah nyawanya.Hilang Arissa maka hilanglah dia.Mati Arissa maka matilah dia.Arissa adalah dirinya.

Air mata Arissa bergenang.Begini tulus dan ikhlas cinta dan kasih insan bernama Raid Iktizam buat dirinya.Dia bersyukur Allah kurniakan lelaki paling sempurna menjadi suaminya.Dia bersyukur dia menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai Raid.Dia bersyukur dia menjadi yang pertama dalam hati Raid.Terima kasih Ya Allah,aku bersyukur.Terima kasih hadir dan wujudkan dia untuk aku.Aku manusia lemah yang penuh kekurangan dan aku perlukan dia untuk mengisi kekurangan serta menguatkan aku.Aku hanya perlu dia.Dia dan selamanya aku perlu dia.Aku sayang dia,aku cinta dia,aku perlu dia.Dia hidup aku,dia nyawa aku.Dia.

-TAMAT-

So,how guys?Any improvement?Sweet tak?Ahaks,saya dh tunaikan permintaan anda.Dah,close request.Tak larat nak buat.By the way saja je nak cakap,saya fanatik Luhan tau.Siapa fanatik luhan dengan exo L boleh jadi geng saya.Army?Wannables?Boleh pergi syahid.Sekian dari saya,luluAaira a.k.a Xi Luhan Xi Xi

Heartbreak ✓Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang