Bab 16

29 2 0
                                    

POV Yana

Hari ni hari resepsi along . Malam tadi majlis akad nikah along . Sekali lafaz , along dah jadi isteri Kak Syaza . Sekali lafaz , aku dan Aiman ada kakak ipar . Hmm , nasib baik dia tu cool sikit , tak gedik macam dulu . Ahhh ... tak sangka cepat betul masa berlalu .
Along dah 28 tahun , aku 25 tahun dan Aiman 23 tahun . Hmmm ...
Majlis respsi along bertemakan silver and white . So , memang cantik ! Wedding planner along pun hebat dan dah lama kenal sejak sekolah . Memang puas laa ! Aku memakai baju kurung moden berwarna silver dan tudung shawl krim . Aku jadi bridesmaid along . Nanti adalah someone jadi bridesmaid Kak Syaza .
Tepat pukul 9 malam , rombongan pengantin masuk ke dalam Dewan Shangri La . Aku pun dah get ready kipas and berdiri sebelah along . Aku tengok bridesmaid Kak Syaza tak sampai lagi . Aku bisik pada along .
" Along mana bridesmaid Kak Syaza ?" Aku bisik pada along .
" Hmm , ada tadi . Tengah ambil kipas dari Kak Jemah laa tu ."Along relax sahaja . Tu laa , Aiman tak nak jadi pengapit Kak Syaza . Kan susah nak cari orang lain .
Then , sampai masanya kami pun berjalan perlahan lahan ke pelamin . Kat depan kitorang ada flower girl comel comel gitu . Hmm , dah sampai laa tu pengapit Kak Syaza . Aku senyum manis jer laa , mana tahu ada mak cik mak cik sangkut kat aku , nak jadikan menantu . Hehe .Sampai di pelamin , along dan Kak Syaza duduk kami sebagai pengapit berdiri kat sebelah . Oh , aku baru perasan bridesmaid Kak Syaza tu Naj ! Aku bisik pada along .
" Hoi , asal tak bagitahu Yana yang pengapit Kak Syaza tu Naj ?!" Aku geram .
" Relax laa . Perlu ke along bagitahu ? Yana bukan sesiapa pun bagi Naj ? Yana kan dah ada Aqram . Tu dia dari tadi tengok Yana , macam kali terakhir jer ." Along perliku .
Aku diam jer sambil senyum pada Aqram dan dia pun senyum pada aku .
After berapa minute , aku dan Naj pun turun sebab ada temu bual dengan pengantin .
Aku segera ke tempat air dan ambil air guava untuk minum .
" Yana , aku ada benda nak cakap ." Suara yang sangat dikenali , Amir Najwan . Dia sedap nenek moyang dia jer tarik aku ke luar dewan dewan . Aku cirappp laa .
" Kau ni jangan laa pegang tangan aku . Kalau bini kau nampak , aku juga laa dikatakan perampas suami ." Aku menjeling dia . My death glare !
" Bini ? Aku belum kahwin laa ." Naj menggeleng kepala dan buat muka pelik . Pigirah!  " Habistu , Fiona tu ape ? Bibik kau ? Aku tak bodoh laa ." Aku marah . Ni laa lelaki !
" Haha ! Kau fikir Fiona tu isteri aku ? Haha . Dia tu adik aku . Dia dah kahwin , dah pregnant pun . Husband dia outstation kat Ausiee ." Naj menggeleng kepala . Oh !
" Ye ke ? Sorry laa , aku salah faham ." Aku cuba tebalkan muka aku .
" Yana , aku ada something nak cakap ni ." Naj menyatakan hasrat dia .
" Apa ? Cakap laa ."
" Aku suka kau . Okey , aku tahu kau suka Aqram . Aku tak kisah . Cuma aku nak peluk kau boleh ? Untuk aku hilangkan kerinduan pada kau ." Naj meminta padaku .
" Aku ... sorry weyh , aku terkejut . Tapi , kalau tu boleh buat kau lega , peluklah aku ."
Dengar jer ayat last , terus Naj peluk aku erat . Aku balas pelukan dia . Dia menangis di bahuku . Aku memeluk kuat lagi , memberi semangat .

"Ariyana Ainna !" Suara orang menjerit mematikan pelukan aku dan Naj . And that person is ...

" Aqram ! Ini bukan apa yang berlaku . I ... dengar explaination I dulu ." Aku mendekati dia . Tolong jangan jealous ....
" You cheated on me ? Oh , betullah apa yang kawan I cakap . You jumpa dia kat MPH hari tu sebelum jumpa I . Jumpa skandal dulu , ya ! I tak sangka you ni golden digger !"

Pap !

Aku menampar dia , kuat . Aku tak tahan bila dia kata aku golden digger .
" How dare you call me a golden digger ? Hey , I masih ada maruah lah !" Aku mencekak pinggang . Giler kurang ajar mamat ni !
" Hey , you berani tampar I ? After what I had done to you ? You tahu kan I sayang you .
Tapi , I'm sorry . I don't know what I am doing  . I know , Yana . You love him . Bye , halalkan makan minum I ." Aqram pergi dari ku dan keluar hotel .
Aku terpaku , what I had done to him ? Aku berlari mengejar dia . Tapi , heel aku tinggi sangat . Aku cabut dan berkaki ayam berlari mengejar Aqram . Sayangnya dia dah masuk kereta and keluar . Aku pun masuk Audi aku mengejar kereta BMW nya .
I'm sorry Aqram ....
Kereta dia memecut laju . Sampai aku dah tak dapat ikut dia . Aku berhenti di tepi jalan dan beristighfar . Then , aku teruskan perjalanan sambil search Aqram . Aku ternampak segerombolan orang sedang melihat sesuatu . Aku berhenti . Naluri aku suruh pergi check . Aku pun pakai heel yang aku cabut tadi dan bergerak ke tempat orang ramai ramai tadi . Aku bertanya pada seorang pak cik .
" Hmm , pak cik , kenapa ni ?" Aku bertanya sopan .
" Oh , ada accident seorang lelaki dengan motor . Lelaki tu pakai BMW hitam . Dia tercampak keluar . Tu mayat nya ." Pak cik itu menunjuk sekujur tubuh kaku .
Dari explaination tadi , aku rasa tu ...
Aku berlari ke arah mayat tu . Ya , Allah !!!! Aku menangis teresak esak .
" Aqram ... bangun Aqram .... jangan tinggalkan I ." Aku memegang badannya . Mata Aqram terbuka sedikit demi sedikit .
" Yana ... Yana ..." Tangan Aqram yang berdarah memegang kepalaku .
" Ya , ni Yana , Aqram . Ni Yana ." Aku menangis lagi .
" Yana ... I nak ... minta maaf . You pergilah ... pada Naj ... I know you love him ."
" Tak , Aqram . Tak . I love you sepenuh hati I ." Aku menangis teresak .
" No ... I tahu ... you suka dia . Yana , gambar I peluk you tu ... semua rancangan I . I tahu you akan tinggalkan I so , .... I buat plan supaya you ke Paris . Sebab ... I tahu Naj takkan pergi Paris ." Naj membongkar semuanya . Ya Allah ...
"Selamat tinggal , Yana ... " Aqram terkumat kamit membaca syahadah dan menghembuskan nafas terakhirnya . Aku menangis teresak esak .
" Aqram !!!!!! " Aku memeluknya sebagai pelukan terakhir .
Aku akan rindukan kau ... my first love .

####

POV Yana

Dah lewat malam , aku balik ke hotel . Family aku tinggal di sini semalaman . Esok tengah hari baru balik Shah Alam . Baju ku berdarah darah . Ramai tengok aku pelik .
Tapi , apa aku kesah ? Aku naik ke lif tingkat 13 . Satu floor ni family aku tempah .
Aku masuk ke dalam bilik . Aku nak mandi then rest . Aku nak kena balik hospital esok. Aku masuk ke dalam bilik air untu mandi . Aku mandi 20 minit untuk release tension aku .

Tuk tuk tuk

" Masuk !" Aku melaung dari dalam . Orang itu pasti ...
" Yana , pergi mana tadi ? Kecoh tau semua orang cari . Kami fikir Yana hilang . Buat takut jerr ." Along memebebel pada aku . Aku hanya mendiamkan diri .
" Yana . Jawab soalan along . Tadi pergi mana ?" Along bercekak pinggang .
" Along , Yana ni jahat ke ? Yana ni pembunuh ke ?" Aku menangis teresak esak .
Along segera duduk di sebelah ku dan memegang kedua dua bahu ku .
" Yana , kenapa cakap macam ni ? Yana tak jahat ." Along cuba memahami keadaanku .
" Yana berdosa along . Kalau Yana tak peluk Naj , Aqram takkan mati . Kalau Yana tak lawan cakap dia , Aqram takkan mati ." Aku memeluk along erat .
" A-apa ? Aqram dah mati ?" Along terkejut mendengar pernyataan ku .
" Ya , dia bawa kereta laju then kena langgar lori . He is not wearing seatbelt so dia tercampak keluar ." Aku cerita pada along .
" Innalilah ... Yana , Yana kena tabah hadapi semua ni . Along tahu Yana kuat ." Along mengusap belakang badanku . Aku meleraikan pelukan dan tersenyum paksa .
" Dah laa along , give me some time alone . Yana tak solat Isyak lagi ."
" Hmm , along keluar dulu lah ye ?" Along menepuk nepuk bahu aku dan keluar dari bilikku . Aku segera ambil air sembahyang dan menunaikan solat isyak .

Ariyana Ainna Where stories live. Discover now