Bab 8

29 3 0
                                    

POV Yana

Ahh... rasa macam baru semalam hari Jumaat . Hari ni dah hari Isnin . Bosannya kena pergi sekolah . Aku pernah juga terfikir nak home-school tapi nanti koko aku zero lah jawabnya . Hari ni , ada PJ pagi pagi so budak kelas 2 Flora terus pakai baju  sekolah. Baju sukan sekolah warna ungu , my favourite . Aku ada chemistry dengan sekolah ni .
Hehe . Kasut sukan pulak bebas . So , aku pilih nak pakai kasut Adidas ku , ada corak kulit leopard warna turqoise . Aku pun mula mengayuh basikal ke sekolah sambil dengar lagu kat Iphone . Ops ! Aku sebenarnya bawa phone pergi sekolah , senang kalau ada emergency . Sampai sekolah , aku parkir basikal kat tempat biasa . Sambil aku jalan , aku nampak ada segerombolan pengawas bergegas ke arah bangunan makmal sains .
"Diorang ni nak jadi skuad langgar ke apa , mencontohi budak form 3 . Haha ."
Aku mengutuk senyap senyap . Kat situ , eh , aku nampak along , 2 budak classmate aku and Naj . Yang lain kenal , malas nak cakap . Aku segera naik ke kelas dan nampak Haris sedang main Ipad dia . Hesy , tak pandai cover betul mamat ni . Aku segera ke tempatku dan duduk .
"Hoi , cover laa sikit Ipad tu . Nak kena rampas ke ?"Aku sergah mamat tu .
"Eh , kau ni Yana . Terkejut aku . Relax laa , pengawas semua dah bla ." Relax jer mamat ni .
"Diorang gi mana ? Aku ada nampak jugak , ada ketua pengawas lagi ." Aku ingin tahu .
"Ohh , ada budak gaduh sampai berdarah , lebam lebam ."Dia masih syok main Ipad .
"Awal pagi ni ? Giler ahh!! Confirm kena mention perhimpunan nanti ." Aku terkejut .
Pagi pagi dah gaduh , petang nanti ?
"Err , Haris , aku nak gi toilet jap . Takkan nak ajak kau , kan ? Aku pun gegirl tak banyak kawan . Jumpa kat dataran ." Aku menepuk bahunya dan ke tandas .
Aku saja jer nak pergi tandas yang jauh sikit sebab ia sebelah bilik pengawas . Nak tahu jugak what happen . Ada bahan gossip . Hehe .
Aku segera cepatkan langkah . Lagi 10 minit kena pergi dataran . Aku pun intai intai
belakang pintu . Aku dengar laa beberapa butir diorang cakap .
" Aku , aku tak salah . " Suara gagap , confirm pelaku ni .
" Habistu , aku yang salah ?! Macam tu?!" Haha ! Ni suara along marah . Serius jugak .
" Aku tak cakap macam tu . Tapi bukan salah aku . Bagilaa aku terangkann."
" Untuk apa ?! Confirm kau akan twist cerita , Farhan Heykal . Budak nakal macam kau ni untuk apa kitorang percaya ." Farhan Heykal ? Oh ! Aku ingat , dia ni Farhan Heykal bin Abdullah , sori cakap dia ni anak haram . Budak kelas 4 Flora . Budak nombor last dalam batch . Kasihan dia , mak dia pun katanya kerja tak elok .
" Tak , percaya cakap aku ." Suara dia sayu giler .
" Ah , aku malas nak dengar . Yang aku tahu , takkan mamat macam Alif , budak nerd tu jahat pulak ? Kau nak bagitahu aku yang Alif mulakan semua ni ?! Bohong !"
Along ni , cuba bagi Farhan explain . Dia taklah sejahat yang orang sangka , aku kawan dia , aku tahu laa . Aku tahu along tak pernah berkenan aku kawan dengan budak budak macam ni . Tapi diorang baik and memahami . Daripada budak pandai , kaya tapi bongkak  ? Aku memang tak puas hati , aku terus ketuk pintu .
" Assalamualaikum , semua . Sorry ganggu . Saya ada dengar korang cakap pasal kes
ni ." Aku tarik nafas , kawal diri ada along depan mata aku ni .
" Hmm , ya , Ariyana Ainna ? What do you want ? Please , don't waste my time ." Muka along serius giler waktu tu , macam nak telan aku .
" No , I will not waste your time . Hmm , boleh saya tahu kenapa awak semua tak bagi Farhan explain ." Wow , tak sangka aku berbudi bahasa giler .
" Untuk apa kami bagi dia explain ? Budak macam ni , confirm akan twist cerita . Awak tak payah tegur saya , Ariyana Ainna . Saya sudah lama jadi pengawas ." Along senyum sinis .
" Ehem , memang lah awak dah LAMA jadi pengawas . I realize that , Ariff Haikal . Tapi, awak tak rasa ke dengan hanya mendengar explaination daripada Alif , tak adil bagi Farhan ?" Aku menduga along .
" Buat apa saya fikir pasal dia ? Budak bermasalah ini ? Ariyana Ainna , dengar sini , Alif budak kelas 4 Anggerik , pengawas exco dataran perhimpunan dan top 10 dalqm batch setiap tahun . Macam mana budak sebegini boleh mulakan pergaduhan ?"
Along senyum sinis lagi . Eee , macam nak call mama sekarang jer !
" Ok , habis tu , apa yang Shahrizal buat pada adik awak tu mustahil laa , ye ? Oh , I see . Tapi , saya nampak awak maki maki Si Shahrizal tu . " Aku menyindir dia .
Along mula menunjukkan reaksi terkejut dan buntu . Aku menyambung lagi .
" Tidak semestinya budak yang kita nampak nakal , selekeh tu jahat dan tak semestinya yang pandai , sweet talker tu baik . Sila betulkan persepsi anda semua . Saya percaya lagi yakin 100% Paan ada sebab kenapa dia tumbuk Alif . I know him . Paan , aku nak dengar explaination kau ." Aku tersenyum yakin pada Farhan . Along terkejut beruk dengar aku panggil Farhan Paan , menunjukkan aku ni rapat dengan Paan . Budak pengawas pun terkejut . And pqling aku perasan Naj asyik jeling aku , macam minta penumbuk .
Paan pun bergerak ke depan , berdiri sebelah aku  . Dia memandang aku , aku senyum memberi semangat kepada dia .
" Sebenarnya , saya datang awal ke sekolah seperti biasa . Kemudian saya ingat nak jual kuih kat simpang sana , tapi Alif tiba tiba datang kelas saya . Dia ejek saya , caci , hina , maki , semuanya . Dia kata saya anak haram , anak sundal dan macam macam . Tapi saya paling tak tahan bila dia kata mak saya kerja GRO . Saya geram , ejek laa saya , saya boleh bersabar . Tapi bila dia hina mak saya , yang kandungkan saya 9 bulan , yang bagi saya makan setiap hari , yang jaga saya sampai sekarang , hati saya remuk .
Saya pun tumbuk dia . Dia pun balas balik . And that's what happened ." Paan aku tengok dah meleleh air mata dan hingus . Teruk aku tengok muka mamat ni .
Aku senyum sinis pada along . Dia nampak terkejut gila .

Kringgg !!!!!

"Oh , saya kena ke dataran . Maaf kerana mengganggu tadi . Assalamualaikum ." Aku beredar dengan puas . Biar diorang sedar budak pengawas tak perfect , masih ada kekurangan yang tak boleh dielakkan .

                                                                   ####

POV Naj

Mata aku menipu ke ? Betul ke tu tadi Ariyana Ainna , minah sewel + bengap tu ? Dia bercakap matang gila , macam ahli politik aku tengok . Cara dia bidas Ariff , along dia sendiri . She's so brave . Serius , aku tak percaya tu dia . She defend her friend bravely even dia tu pelajar biasa dihadapan lembaga pengawas . A - MAY - ZING .

Ariyana Ainna Where stories live. Discover now