Bab 18

34 2 0
                                    

POV Yana

" Fea , kau tak dapat teman aku ke ?" Aku menelefon Sofea , rakan sekerjaku . Janji nak teman beli buku . Janji melayu !
" Sorry laa babe , Rykarl ajak dating last minute . Kau okey kan ?"
" Aku okey . Hobi aku ni . Tertipu dengan janji melayu ." Aku memerli dia .
" Kau ni , aku janji aku belanja kau lunch esok ."
" Ahh , satu lagi janji melayu . Baiklah , Cik Sofea . Bye , kirim salam sayang dekat Rykarl tu ." Aku matikan panggilan . Huh , leceh betul laa minah ni . Dah laa , dia kawan gegirl first aku . Hesy !

Aku masuk ke dalam MPH . Ingat nak cari novel ke apa . Bosan duduk kat rumah .
Aku belek belek satu novel . Bukan novel cinta . Novel biography .

" Beli laa . Best novel tu . Memberi keinsafan ." Satu suara menyapa aku .
Aku pun paling ke arah empunya suara . Oh , dia !
" Macam mana kau boleh ada kat sini , Naj ? Stalk aku ke ?"Aku memandangnya tajam.
" Ye laa , aku kan fans number one kau . Paling setia kut ." Muka dia sempoi jerr .
" Diam laa kau , buat aku cirappp jer keje . Tak kerja ke hari ni ?" Aku menyoal .
" Kerja aku dah habis . Aku balik awal laa . Ambil jer laa buku tu . Aku belanja kau ."
Aku menjeling dia . Fikir aku tak ada duit ke ? Cirappp nyer , haihhh ...
" Hm , aku beli banyak buku kan , baru tahu ." Aku mencabar dia .
" Kau ni memang suka tengok poket aku kempis kan ?" Dia bercekak pinggang .
Aku menjelir lidah ke arahnya . Seronok laa kacau dia . Aku segera keluar dari kedai buku tadi .
" Asal kau keluar ? Beli laa buku tu ." Naj tak habis habis promote buku tu . Buku sedara dia ke apa ?
" Tak ada mood . Bosan . Aku nak tengok wayang laa . Jom join aku . Bosan tengok sorang sorang ." Aku membuat duck face .
" Hm , ye laa , ye laa . Jom , kau belanja tiket . Aku belanja popcorn , okey ?" Naj tawar menawar dengan aku . Sengkek betul mamat ni . Nama jerr arkitek berjaya .
" Cun laa tu . Terpaksa punya pasal ." Aku mengangkat thumbs-up dan berjalan seiringan ke cinema .

                                                                        ####

" Tak laa seram mana filem tu . Biasa jerr ." Naj batak berani . Padahal , dia terjerit jerit dalam cinema tadi . Malu jugak aku nak mengaku kawan . #sisredhooo
" Ye laa , Naj . Kau sangat berani . Tahniah laa ye ." Aku menepuk nepuk tangan dan berjalan laju meninggalkan dia . Malas aku nak layan .
" Weyh Yana , tunggulah ! Kau nak pergi mana lepas ni ? Nak ikut ." Naj mengejar aku .
" Sibuk laa kau ni . Pergi jauh sana . Syuh syuh !" Aku menghalau Naj . Sibuk jer !
" Ala , kau ni kedekut laa ! Bye laa , aku nak jumpa Zoey !" Naj menghentak kaki dan berlalu pergi . Aku hanya melambai sambil tersengih . Hehe .

                                                                        ####

POV Naj

Cirappp siot Yana . Dari dulu sampai sekarang , annoying jerr keje dia . Fikir dah balik Paris , matang sikit . Ni tak . Hesy ! Aku mendail nombor Zoey .

Tut tut ...

" Helo , Zoey . Kau kat mana , apek ?" Aku menyoal sebaik sahaja dia menjawab panggilan .
" Yo , aku kat rumah laa . Vivian outstation kat Hong Kong ." Dia membalas .
" Hey , jumpa aku , jom ... lepak laa ..." Aku mengajak Zoey . Bosan dohhh ...
" Okey laa , kat mana ?" Zoey memberi green light . Yes ! Cun!
" Cun ! Lepak kat mamak laa , nak ?" Aku nak safe duit sikit , nak kahwin . Hehe .
" Okey , lagi 10 minit aku sampai ."

                                                                       ####

POV Yana

Alamak , aku lupa pulak . Handphone aku pada Naj . Nak call dia macam mana ni ?
Hmm , aku tengok kiri kanan . Hah , public phone ! Dah berabad aku tak guna public phone . Hmm , sejarah baru ni . Aku keluar dari Audi ku dan berjalan ke arah public phone tu . Kesian aku tengok kau public phone , dah tak digunakan lagi . Hesy !
Aku memasukkan beberapa duit syiling dan mendial nombor Naj . Kalau tak silap , nombor ni laa .

Tut tut ...

Ahh ... dia tak jawab pulak . Macam mana ni ? Aku meletak gagang telefon dan masuk ke dalam kereta . Hmm ... jalan jalan laa ikut naluri . Aku berjalan jalan sambil termenung sebab aku lalu di kawasan Aqram accident . Aqram , miss you so much .

Tanpa aku sedar , ada lori balak menghala ke arah ku . Aku tersedar pun bila dia hon .
Aku try nak mengelak tapi kereta aku hilang kawalan then masuk dalam semak samun. Kereta aku terbalik beberapa kali . Aku terhimpit dengan dashboard . Mataku terbuka untuk sekejap . Kemudian mataku semakin kabur . Gelap .

Ariyana Ainna Where stories live. Discover now