Hari dah makin senja. Cinderella sedang sibuk menyusun kayu api. Walaupun dah senja, dia tetap susun dan susun juga kayu api tu sampai siap. Takut nanti bising pula mem tua tu nanti. Sedang Cinderella khusyuk menyusun kayu api, tiba-tiba jam ala power rangers di tangannya berbunyi. Memang Cinderella dah setkan jam dia pukul 7 lebih sebab waktu tu la dia kena bersembahyang maghrib.
Selepas mandi dan menunaikan solat maghrib, Cinderella pun masuk ke dapur tempat dia melepak. Lepastu, dia kena pula melayan mak dan kakak tiri dia tu. Maklumlah, siapa lagi yang nak melayan diorang melainkan Cinderella sendiri. Mem Emey tak nak upah orang gaji sebab dia cakap orang gaji kena bayar mahal. Dan dengan menyuruh Cinderella membuat semua kerja rumah adalah jauh lebih untung kerana tidak perlu membayar satu apa pun.
Malam tu, dalam pukul sebelas lebih, Cinderella dah pun siapkan semua kerja yang patut dia buat. Lepas tu, dia senyap-senyap keluar rumah melalui pintu belakang. Dia cuba berjalan tanpa mengeluarkan bunyi dan tidak pula sekali-kali cuba memijak daun kering mahupun ranting yang akan mengeluarkan bunyi yang rangup seperti bunyi keropok. Malam tu, dia bercadang untuk pergi merehatkan diri di taman.
Semasa di taman, Cinderella hanya duduk di kerusi panjang sambil melelapkan matanya. Keadaan di taman sangat sunyi pada malam itu. Hanya bunyi cengkerik yang bergurau senda dan sesekali terdengar bunyi katak yang mengeluh kesunyian yang menemaninya pada malam itu. Selalunya Cinderella akan datang ke taman pada setiap hujung minggu kerana pada hari itu sajalah kakak tiri dan ibu tirinya tidur awal. Lagi pula, pada waktu malam memang tiada orang yang datang ke situ. Maklumlah, taman tu terletak di hujung bandar. Penduduk yang tinggal di situ semuanya penakut belaka. Mengikut kata mereka, ada antara mereka yang terjumpa pocong yang berbaring di jalan dan toyol yang melepak di pondok. Tetapi, hanya Cinderella sahaja yang tak takut sebab mak dan kakak tirinya lebih menakutkan dari hantu-hantu yang digembar-gemburkan oleh penduduk sekitar.
Maka, disebabkan bosan yang terlampau, Cinderella pun menyanyi sendiri lagu kegemarannya. “Kota-kota-miina. Te-kitalla-miina. Kan-dayu-me-kwan-dayu-me-i-pa-i-a-lu-ke-do”. Cinderella siap goyang-goyangkan kaki dan kepala lagi cuba menjiwai lagi doraemon tersebut. Dia cuba mengenjoykan diri sendiri, melupakan kesusahan yang dihadapinya setiap hari.
Tiba-tiba, datang sesuatu dari arah belakang dan merapati Cinderella. Dengan pantas, Cinderella memberhentikan nyanyiannya dan dia dengan pantas berbaring di atas kerusi, berpura-pura tidur. Dia cuba tidak mengeluarkan apa-apa bunyi walau bunyi nafas sekalipun.Dalam keadaan yang gelap, makhluk itu terus berjalan dan menghampiri kerusi yang Cinderella baring. Jelas sekali dia tidak perasankan Cinderella yang sedang berbaring di situ. Tiba-tiba makhluk itu terus menghalakan punggung lepernya ke arah Cinderella. Cinderella terasa aneh dengan bayang-bayang yang tiba-tiba dekat dengan mukanya. Nasib baiklah Cinderella sempat menjerit kuat dan menyebabkan makhluk itu terkejut dan menjerit sama. Cinderella juga pantas bangun dan berdiri.
“Siapa?!”, tempik makhluk yang sedang terduduk di tanah itu dengan cemas.
“Kau tu siapa? Suka hati nak duduk atas muka orang?”, marah Cinderella kembali.
“Maaflah. Saya tak tahu ada orang berbaring di sini. Selalunya pada waktu malam kawasan ni tak ada orang”, balas makhluk yang mempunyai suara lelaki itu dan nadanya kini diperlahankan.
“Tak mengapalah. Saya juga sangka tidak ada orang yang datang ke taman ni pada waktu-waktu begini.”, jawab Cinderella dan kembali duduk di kerusi panjang itu. Lelaki itu juga turut duduk di sebelah Cinderella walaupun tidak dipelawa.
“Berani sungguh gadis seperti awak duduk di taman ini pada waktu malam begini”, kata lelaki itu tiba-tiba, cuba memulakan perbualan yang terhenti tadi.
“Tak ada apa yang nak ditakutkan. Malam beginilah sesuai untuk merehatkan diri dan fikiran. Awak pula buat apa di sini?”, tanya Cinderella pula.
YOU ARE READING
Cinderella dan selipar jepun (Complete)
General FictionBerkali-kali cerita ini diadaptasi dan diubah penceritaannya. Apa pula kelainan kali ini? Adakah Cinderella yang terdesak memakai selipar ke majlis tari menari di istana? Mem Emey selaku ibu tiri yang kejam tapi takut ke tandas bersendirian? Mary ka...