Bab 9

26 3 0
                                    

Putera kelihatan bercakap-cakap sesuatu dengan kedua bonda dan ayahandanya barangkali cuba catch up perkara yang berlaku sepanjang dia  pengsan tadi. Cinderella pula terasa penat kerana asyik memerhati dari tadi. Tambahan kakinya sangat sakit kerana berjalan jauh untuk ke istana. Tangannya juga berasa lenguh kerana memegang pinggan bertutup yang di dalamnya ada lempeng masakannya. Rugilah putera kerana tidak dapat merasa resepi terbaru ciptaannya itu.

            Melihatkan pemenangnya sudahpun terpilih, Cinderella mula bergerak untuk meninggalkan istana dan pulang ke rumah. Sedang dia memusingkan badan untuk memboloskan diri dari kerumunan di situ, tiba-tiba seseorang terlanggar penutup pinggannya dan menyebabkan penutup pinggan itu terjatuh ke lantai. Bunyi kuat yang terhasil dari jatuhan penutup stainless steel itu menyebabkan Cinderella menjadi perhatian di seluruh istana.

Serentak dengan itu, mereka yang ada di situ menutup hidung dan menjauhkan diri dari Cinderella. Cinderella berasa malu dan mengambil semula penutup pinggannya. Dia berniat untuk berlari keluar dari situ kerana takut akan dilihat Mem Emey. Belum sempat Cinderella melarikan diri, dia dapat mendengar suara putera memanggilnya.

“Tunggu dulu, cik yang memakai baju merah jambu. Rasanya saya belum merasa lempeng yang ada di tangan kamu. Boleh bawakan ke sini?”

Cinderella merasa was-was untuk menjawab panggilan putera. Pasti dia akan dipukul oleh Mem Emey selepas dia balik nanti. Tambahan, Mem Emey sudahpun ditabalkan menjadi isteri putera. Sudah tentulah Mem Emey akan menggunakan kuasanya untuk menghukum Cinderella.

“Cik, sila menghadap putera, raja dan permaisuri sekarang”, panggil pengerusi majlis pula apabila melihat Cinderella masih belum bangun dari mengutip penutup stainless steel yang terjatuh tadi.

Perlahan, Cinderella bangun dan menolehkan badannya. Dia perlahan berjalan menaiki anak-anak tangga. Semasa berjalan, dia sempat mengerling ke arah Mem Emey yang sudahpun bercekak pinggang dengan muka bengis. Cinderella kembali memalingkan mukanya dan terus berjalan ke arah pasangan Di raja itu.

Cinderella kemudian membuka penutup pinggan yang menyembunyikan lempeng durian sejuk yang telah dibuatnya hampir sejam yang lalu. Dia kemudian memberikannya kepada pengawal untuk dirasai oleh raja, permaisuri dan putera sendiri.

“Adinda permaisuri, agak kurang sopan kamu kentut di hadapan rakyat”, bisik raja ke telinga permaisuri tetapi dapat didengari oleh Cinderella dengan jelas. Sejurus selepas itu, Cinderella dapat melihat muka permaisuri yang marah dan tangannya mula mencubit peha raja.

“Bukan adinda. Kanda tak perlu nak berselindung dengan menyalahkan adinda”, marah permaisuri tetapi dia masih memberikan senyuman hambar kepada Cinderella. Cinderella pula berasa bersalah kerana dia tahu dari mana datangnya bau itu.

Kemudian putera datang menghampiri Cinderella sambil tersenyum.

“Kenapa kamu tidak memberikan lempeng ini kepada kami semasa sesi merasai tadi?”

“Tadi saya terlambat menyediakannya berbanding yang lain. Jadi saya memutuskan untuk tidak memberikan kepada raja, permaisuri dan putera”

“Tidak mengapa. Lambat atau cepat tiada masalah. Hari ini hari pemilihan, jadi pemilihan ini perlulah dijalankan secara adil dalam memutuskan pemenangnya.”

Melihatkan bonda dan ayahandanya telahpun merasai lempeng yang telah dibuat Cinderella, putera turut berdiri di sebelah mereka dan merasainya.

“Aneh sungguh masakan ini. Bau yang terhasil darinya agak kurang menyenangkan. Tetapi apabila merasainya, rasanya yang enak membuatkkan kami mahu makan lagi. Rasa manisnya juga berlainan dengan lempeng yang lain. Selepas merasainya, bau yang kurang enak tadi berubah menjadi bau yang sedap. Bahan apakah yang kamu gunakan dalam lempeng ini?”, tanya raja. Permaisuri juga mengangguk tanda setuju.

Cinderella dan selipar jepun (Complete)Where stories live. Discover now