Bab 10

37 3 0
                                    

Pancaran cahaya matahari sudahpun memancar terik ke wajah Cinderella yang baru sahaja terjaga dari tidur. Dia kelihatan bingung dan memeriksa jam di tangan kanannya. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi dan tiada sesiapapun yang mengganggu tidur Cinderella hinggakan dia terlajak untuk sembahyang subuh. Setelah beberapa minit termenung, barulah dia teringat tentang apa yang berlaku semalam.

Cinderella bingkas bangun dari toto buruknya. Dia keluar ke belakang rumah dan mengambil baldi untuk mengangkut air dari perigi. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik air di bilik Mary, dia sangat terkejut melihat yang kolam di bilik Mary telahpun penuh. Aneh, kerana selama hayat dia tinggal bersama kakak tiri dan ibu tirinya tidak pernah mereka berdua mengangkut air di perigi sendiri. Bahkan, semasa hayat daddynya masih ada, daddy Cinderellalah yang menjadi mangsa mengangkut air untuk mereka.

Cinderella mencari Mary dan Mem Emey, tetapi kedua-duanya tidak ada di situ. Puas Cinderella mencari di bilik Mem Emey, di belakang rumah, di halaman rumah, bahkan di dalam perigi buta juga sudah Cinderella jerit memanggil tetapi tidak disahut.  

Tidak lama kemudian, Cinderella terdengar bunyi kereta kuda terseret berhenti di hadapan rumah. Cinderella berlari ke ruang tamu dan meninjau keluar dari lubang-lubang di tepi pintu. Kelihatan Mem Emey sedang mengikat tali kuda di batang pokok pinang di hadapan rumah seperti biasa. Kemudian dia mengangkut beg-beg kertas yang tercetak logo berjenama mahal keluar dari kereta kuda.

Kemudian dari celahan lubang itu, Cinderella dapat melihat sepasang kaki gemuk terjengul keluar dari kereta kuda. Kelihatan Mary turun dari kereta kuda sambil membawa beg-beg kertas lain. Tetapi wajahnya kelihatan masam, muncungnya panjang  menampakkan wajahnya jauh lebih buruk dari biasa.

Cinderella yang sedang leka meninjau dari celah pintu mula berasa cemas apabila wajah Mary dan Mem Emey terasa semakin lama semakin dekat dengannya. Cinderella segera memalingkan mukanya dan berjalan pantas tanpa bunyi ke dapur. 

“Cinderella, kau nak pergi mana tu?”, tanya Mem Emey lantang menyebabkan langkah Cinderella terhenti.

“Ke dapur, mem”, jawabnya ringkas. Dia tidak berani memandang ke arah Mem Emey dan Mary yang tercegat berdiri di belakangnya

“Kau pergi angkat barang-barang Mary dalam kereta. Bawakan ke ruang tamu”, arah Mem Emey.

Cinderella berasa aneh kerana Mem Emey tidak membangkitkan perihal semalam. Kata Mem Emey, dia akan menyetelkan hal yang tertangguh semalam sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Sebaliknya, bukan sahaja Mem Emey malah Mary juga tidak menyebut apa-apa tentang majlis semalam.

Cinderella mengangkat kesemua beg-beg berjenama mahal masuk ke rumah dan meletakkannya di satu sudut di ruang tamu. Dia sempat menyelak beg-beg yang di dalamnya ada kasut, minyak wangi, baju dan selebihnya belum sempat dilihat.

Mem Emey sedang duduk di atas sofa sambil mengipas mukanya dengan selendang yang terlilit di lehernya. Mary pula sedang duduk sambil mengepit beg-beg kertas di sisi kanan dan kirinya. Matanya tidak dialihkan dari memandang lantai, muncungnya pula masih lagi terjulur panjang.

“Sudahlah sayang. Jangan merajuk dengan mama lagi, ya. Hal semalam tu kita lupakan. Mama tak nak Mary merajuk dengan mama lama-lama. Mama sunyi”, kata Mem Emey tiba-tiba memecahkan suasana yang agak tegang.

“Dah tahu macamtu, kenapa mama tipu Mary? Sampai hati mama buat macam tu kat Mary. Mama dah janji nak kawinkan putera dengan Mary. Tapi mama pulak yang...” kata Mary. Suaranya makin lama semakin hilang, matanya juga berair.

“Tapi Mary.. Mama tak boleh nak buat apa-apa. Mana mungkin mama nak menentang titah raja dan permaisuri. Lagipun, kalau putera jadi ayah Mary pun apa salahnya”, jawab Mem Emey selamba.

Mendengarkan jawapan dari Mem Emey, maka bertambah kuatlah raungan Mary dan dia menangis sambil tersedu-sedu. Cinderella hanya berdiri melihat drama dua beranak itu. Tangannya laju menyuap popcorn caramel yang bungkusannya terselit di dalam salah sebuah beg kertas yang dipegangnya.

Cinderella dan selipar jepun (Complete)Where stories live. Discover now