Cinderella perlahan berjalan keluar melalui pintu belakang. Entah ke mana arah tujunya, dia juga tidak pasti. Dia sememangnya tidak mempunyai niat untuk meninggalkan rumah agam peninggalan arwah mummy dan daddynya. Dan sebab itu jugalah Cinderella kembali ke rumah itu semalam walaupun dia tahu peluangnya sangat cerah untuk menjadi isteri putera mahkota. Dia sangat sayangkan rumah itu dan mahu menjaga harta milik kedua orang tuanya.
Tapi keadaan sudah berubah sekarang dek kerana Mem Emey mengeksploitasi wasiat arwah daddy dan menjual ladang epal miliknya di hujung kampung. Cinderella nekad untuk mencari kerja di pekan dan membina hidup baru. Tambahan dengan duit yang diberikan Mary tadi, bolehlah dia bertahan selama beberapa bulan di luar.
Cinderella mengangkat bontel pakaiannya yang dibungkus menggunakan selimut pudar cap untanya dan berjalan keluar dari rumah itu. Tatkala Cinderella mahu keluar dari pagar pintu utama, para askar menghalang laluan Cinderella dari membolosi pagar utama.
“Kenapa halang saya keluar?”, tanya Cinderella pelik.
“Maaf, cik. Kami diarahkan oleh putera untuk menyuruh setiap wanita di dalam negeri ini untuk mencuba memakai selipar yang di jumpai putera. Cik kena masuk ke dalam dan mencubanya”
Cinderella dibawa masuk kembali oleh salah seorang askar ke dalam rumah agam. Cinderella hanya meninjau di hadapan pintu. Dia tawar hati untuk masuk berjumpa dengan ibu tirinya.“Cik, masuklah dan cuba sarungkan selipar itu.”, arah askar tadi.
“Nanti dululah. Saya lihat dari sini sahaja”
Kelihatan Mem Emey sedang cuba menyarungkan selipar buruk itu ke kaki kanannya. Mukanya jelas sekali menunjukkan yang dia sangat geli meletakkan kaki ke selipar itu. Tetapi kelihatannya selipar itu terlalu kecil untuk memuatkan kaki Mem Emey yang panjang seperti kaki big foot.Putera dan ketua askar yang ada di dalam rumah agam kelihatan tersenyum gembira melihat reaksi yang diberikan Mem Emey. Pastinya putera berasa lega kerana Mem Emey bukanlah orang yang mereka cari.
Putera mengalihkan pandangannya pula kepada Mary, memberikan signal supaya Mary pula mencubanya. Mary mencebikkan mukanya seperti enggan cuba memakai selipar buruk yang diletakkan di atas bantal merah berhias emas itu. Tetapi setelah disiku Mem Emey beberapa kali, Mary akur dan duduk menyarung selipar bertuah itu.
Ternyata selipar itu muat di kaki Mary, cuma jari-jemari kakinya tersentil sedikit. Mem Emey tersenyum hambar melihat kaki anaknya muat menyarungkan selipar itu. Manakala ketua askar dan putera mengangguk sesama sendiri, gembira melihat pencarian mereka berakhir di situ.
Putera menghulurkan tangan kepada Mary dan menyuruhnya bangun dari kerusi. Apabila Mary bangun, dia menjerit kesakitan dan terus menanggalkan selipar itu dari kakinya.
“Kau dah kenapa, Mary? Jangan buat pasal, boleh tak?”, marah Mem Emey.“Tajam lah mama, selipar tu. Mary tak boleh nak pijak”, adu Mary sambil menggosok tapak kakinya yang merah.
“Nampaknya, cik ini bukanlah orang yang putera cari”, kata ketua askar kecewa.
Mem Emey mengambil selipar itu dari kaki Mary dan terus menlontar selipar itu ke lantai tidak puas hati.
“Puan! Berani puan memperlakukan begitu di hadapan putera. Selipar ini adalah hak Diraja memandangkan ini dimiliki oleh putera!”, tempik ketua askar kepada Mem Emey.Mem Emey menunduk takut.
“Tak mengapa ketua menteri. Mari kita teruskan pencarian di kediaman lain pula. Beta tahu gadis yang beta cari ini pasti tinggal berdekatan sini. Kerana beta berjumpa dengannya di taman berdekatan beberapa hari lalu. Beta yakin pencarian kita hampir tamat”, kata putera Danny yakin. Dia berdiri dan mengajak ketua menteri keluar dari rumah agam itu.Apabila menoleh, putera melihat Cinderella sedang berdiri di sebelahnya bersama dengan seorang askar. Kedudukan Cinderella sangat dekat dengan putera hingga menyebabkan bahu mereka bertemu.
“Tuanku, ada seorang gadis lagi yang belum cuba memakai selipar itu”, lapor askar tadi.
Askar itu menarik Cinderella dan memaksanya duduk di atas kerusi di hadapan Mary dan Mem Emey.
“Kenapa kamu tidak keluar semasa beta bertitah supaya mencuba selipar ini tadi?”, tanya putera sambil berjalan merapati Cinderella.
“Kerana dia hanya orang suruhan di rumah ini, tuanku. Dia tidak layak untuk mencubanya”, celah Mem Emey dengki.
“Bukankah beta bertitah supaya setiap wanita dalam negeri ini? Maknanya tidak kiralah orang suruhan, orang kaya, isteri orang ataupun nenek tua semua perlu mencubanya”
YOU ARE READING
Cinderella dan selipar jepun (Complete)
General FictionBerkali-kali cerita ini diadaptasi dan diubah penceritaannya. Apa pula kelainan kali ini? Adakah Cinderella yang terdesak memakai selipar ke majlis tari menari di istana? Mem Emey selaku ibu tiri yang kejam tapi takut ke tandas bersendirian? Mary ka...