Seorang gadis berpakaian kemeja putih berlengan pendek bersama skirt kelabu paras pehanya melangkah perlahan memasuki kawasan sekolah yang kelihatan megah di hadapan itu.
Langkahnya terhenti di hadapan bangunan empat tingkat itu. Bibirnya menarik senyum manis. Rambut panjang hitamnya diselitkan di belakang telinga.
Aku Park Yoona.
Hari ini hari pertama aku bersekolah di Sekolah Menengah Atas Kyunggi.
Aku berpindah ke Seoul semalam. Memandangkan sudah masuk tahun baru, appa hantar aku untuk sekolah di sini.
Memandangkan aku senior, tanda nama aku berwarna merah.
Sejujurnya aku kekok sekarang. Sudah banyak kali aku berpindah kerana pekerjaan appa.
Aku harap aku mudah dapat kawan dan senang diterima oleh pelajar di sini.
Dan gadis itu menyambung langkahnya memasuki bangunan itu. Tanpa disedarinya, ada sebaris pelajar lelaki seramai 13 orang sedang memerhatikannya.
Mulut mereka ternganga luas. Masing-masing terkejut dengan kecantikannya.
- TBC -
After Enemy 🌸
YOU ARE READING
[Republish] Imagine || Noona ↭ SVT [세븐틴]
أدب الهواة" 우리는 너를 절대 잊지 않을 것이다 " - We will never forget you, noona - • S.V.T • Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ✔ ] Complete [ ] Start; 2/5/2020 End;