08 • Xu Minghao

21 3 0
                                    

08
Xu Minghao




Tubuhku yang berasa sejuk pada malam itu dipeluk erat. Lengan diusap laju. Walaupun sudah memakai jaket biru, masih terasa lagi sejuknya.

Disebabkan sudah lambat untuk pulang, aku menggunakan sebuah lorong yang pernah aku guna dahulu untuk ke sekolah waktu pagi.

Entah kenapa tiba di pertengahan jalan hatiku rasa tidak enak. Terasa seram sejuk dan bulu roma belakang leherku menaik.

Hoodie dinaikkan bagi menutupi kepala. Tidak sanggup aku hendak menoleh ke belakang.

Jalanku dipercepat. Dan aku terdengar bunyi tapak kaki di belakang.

Takkan hantu? Pasti itu manusia. Pencuri? Perompak? Perogol?

Dan segera aku berlari untuk keluar dari lorong sunyi dan gelap itu.

Larianku terhenti apabila ternampak seseorang berdiri di hadapan dan mendekatiku. Aku menoleh ke belakang dan ada seorang lelaki juga di situ.

Aku makin buntu. Nafasku laju. Apa yang perlu aku buat.

Mataku dapat mengesan yang mereka sedang tersenyum senget dan tertawa perlahan. Mereka sukakannya sebab aku terperangkap di antara mereka.

Lelaki yang bertopi itu mengeluarkan pisau lipat dari belakang seluarnya. Aku sudah tidak tahu macam mana hendak lari.

"Ah–!!!" aku terjerit dan menutup mata apabila lelaki itu hendak menikamku dengan alat tajam itu.

Dan beberapa ketika, aku dapati diriku masih tidak berlaku apa-apa. Perlahan-lahan mataku dibuka walaupun takut.

Telingaku menangkap bunyi tumbukan dan tendangan di sekitar. Erangan lelaki juga terdengar.

Mataku terbuka sepenuhnya. Dapat aku lihat ada seorang lelaki berpakaian sekolahku sedang berlawan dengan lelaki yang bertopi itu.

Yang seorang lagi pula sudah pengsan di jalan. Sebelum lelaki itu tumbang dengan tendangan di perut dan wajahnya, aku perhati yang lengan pelajar itu ditorehnya dengan pisau.

Aku terus mendapatkan lelaki yang sedang mencari nafas itu. Dengan samar-samar sahaja, aku tau yang pelajar itu sudah lemah.

Terus aku menangkap tubuhnya yang hendak terjatuh itu. Deruan nafasnya terasa dibahuku. "Awak okay–?" soalku risau.

"Tangan saya–"

Tanpa membuang masa, aku memapahnya hingga ke hujung lorong.

🌸

Bandage itu digunting selepas selesai membalut lengan remaja itu. Disebabkan dia terlalu lemah, aku mengambil keputusan untuk berhenti di hadapan sebuah kedai serbaneka 7 Eleven.

Tadi juga aku berlari ke farmasi untuk membeli barangan bagi merawatnya.

"Terima kasih sebab tolong saya–" ucapku sambil mengemas ubat-ubatan yang digunakan dan alat untuk membalut itu.

Lelaki yang berwajah kecinaan itu tersenyum nipis. "Kasih diterima–"

Aku tertawa kecil. "Kalaulah saya tak lalu dekat situ, mesti awak tak akan jadi macam ni–" keluhan dilepaskan pula.

"Saya Xu Minghao–panggil Hao je." lelaki itu tiba-tiba memperkenalkan dirinya ramah. "Park Yoona–" balasku pula.

"Awak sunbae–" aku perasan yang Minghao sedang memandang tanda namaku. Tanda nama berwarna hitam. Hubae rupanya.

"Saya akan panggil awak noona–" senyum Minghao. "Tak kisah awak nak panggil apa pun–" balasku dengan sengihan.

"Jadi–boleh saya panggil noona 'sayang'–?"

[Republish] Imagine || Noona ↭ SVT [세븐틴]Where stories live. Discover now