03 • Hong Jisoo

53 11 2
                                    

03
Hong Jisoo






Beberapa pelajar yang sudah dipanggil nama untuk mengambil kertas ujian Bahasa Inggeris di hadapan kelas, kembali duduk di tempat masing-masing. Ada riak wajah gembira, ada yang sedih.

Dan aku menunggu namaku.

Cikgu Lee mengeluh melihat kertas terakhir yang dipegangnya. Dan aku seorang sahaja tidak mendapat kertas. Pasti itu kertas milikku.

"Yoona Park–"

Dan ianya seperti yang dijangka. Lantas aku berdiri.

"Keputusan kamu yang paling teruk, Cik Park–" serahnya padaku. Kertas itu diambil dengan berat hati.

Bulat mataku melihat markah yang ditulis dengan warna merah itu di penjuru kertas.

"3 peratus?"


🌸



Pintu lokarku dibuka selepas tamat waktu persekolahan. Terasa malas pula untuk ke bilik 'self-study' sekarang.

Tak sedar yang markah dah menjunam.

Tanpa gadis itu perasan kertas periksa Bahasa Inggerisnya terjatuh ke bawah sewaktu sedang memasukkan buku teksnya.

Seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ mengambil kertas yang terbang itu. Nama yang tertulis di kertas itu dibaca untuk mengetahui tuannya.

Dan lelaki itu menapak ke arah gadis yang berada dilokarnya. Yakin itu adalah tuannya kerana kertas itu jatuh berdekatan lokar itu

"Park Yoona–?"

Aku lantas menoleh kerana bahuku dipegang.

"Ye saya–?"

Kertas periksaku kelihatan ditangannya. Terkejut aku ketika dia menghulurkan padaku. "Saya yakin ni awak punya–terjatuh tadi." lelaki itu memandang ke lantai di mana ianya terjatuh tadi.

Segera aku mengambilnya dan soroknya di belakangku. Malu dengan markah itu. Harap lelaki itu tak baca.

Dapat aku lihat dia tersenyum. "Saya dah tengok–"

Aku mengeluh panjang. Kertas itu dibawa ke depan. "Keputusan yang teruk–" tawaku hambar.

"Ah–kalau awak tak keberatan, saya boleh ajarkan awak."

Terkejut juga aku dengan pelawaan itu. Tak pernah ada orang yang sudi nak jadi guru peribadiku sebelum ni.

Dahiku berkerut. Dia ketawa perlahan kerana wajahku mungkin. "Saya tak persendakan awak–saya ikhlas nak ajar."

"Ah–" kepalaku yang tidak gatal digaru.

"Kalau awak sudi, jumpa saya di bilik 'self study' meja 28. Bye–see you later–" dengan nada orang barat, lelaki itu mengucapkan selamat tinggal.



🌸




Selepas berfikir banyak kali, esok malamnya aku pergi berjumpanya di bilik 'self study' dan menuju ke meja yang dijanjikan.

Aku sedar yang selama dia mengajarku, tidak ubah seperti guru yang tegas. Tak sangka yang dia begitu pengalaman.

Percakapannya memang serupa dengan orang barat. Mungkin anak kacukan.

Dan entah kenapa, aku terpegun dengan wajah tegasnya itu. Kacak.

Hampir tidak fokus aku perhatikannya. Ianya mengganggu. Dan tanpa sedar, aku termenung sewaktu dia memberikan penerangan.

Lelaki itu menoleh pada anak muridnya. Didapati gadis itu termenung padanya. Dia tersenyum senget.

Aku tersedar dari lamunan apabila dikejutkan dengan petikan jarinya. "Hey–what are you looking at?" soalan lelaki itu buatkan aku menggeleng laju.

"Nothing–" mataku memerhatikan buku notaku semula. Dia perasan pula aku termenung dekat dia.

Lelaki itu menggeleng perlahan dengan senyuman sengetnya.

"Saya nak awak cari perkataan yang sama maksud dekat perenggan atas dengan frasa ni–" tunjuk jari telunjuk lelaki itu pada buku latihan Bahasa Inggeris itu.

Aku membacanya satu-satu. "A social event or gathering–"

"Jadi apa perkataan yang bermaksud pada tu?" soal lelaki itu.

Mataku mencari-cari perkataan yang mungkin bermaksud pada itu. "Affair–?" dugaku.

"Yeah correct–"

Bangga aku mendengarnya. "Next question–" arahnya.

"Happy and not serious–"

Lelaki itu menunggu aku mencari jawapannya. "Hm–light-hearted." dengan yakin aku menjawab.

"Correct again–"

"Wow–" keningku terangkat. Bangga dengan diri. Tapi tak puas hati juga kenapa dapat 3 peratus je.

"Feeling like someone–?" berkerut dahiku membacanya. Lelaki itu sudah tersenyum.

"Love–kan?" aku pula yang bertanya.

"Yup–and that's what I feel right now."

Aku tak dapat menangkap ayatnya kerana percakapannya laju sahaja. Dengan nadanya perlahan lagi.

"Apa–?"

"I think I like you–tapi apa maksudnya?" sengaja lelaki itu menyoal.

Aku mengetap bibir. Dia cakap dengan aku atau uji aku? Tolong jangan buat aku perasan. Nama pun tak tau.

"Y-you love me?" teragak-agak aku bertanya semula.

Lebar lelaki itu menarik senyum.

Jantungku langsung berdegup laju. Senyumannya membuatkan aku mahu cair. Terasa menggoda.

Saperti hendak terkena sakit jantung apabila tangannya diletakkan atas tanganku yang berada di atas meja itu.

Tolong jangan buat aku mati sebegini.








- TBC -

Sukanya bila ada lelaki pandai ajarkan kita dekat sekolah. acewah 😘

Harap sangat si 'dia' tu masuk sekelas dengan princess 😙😙 ada khabar angin mengatakan yang 'dia' nak pindah ke kelas princess.

Omg!!! Harap betul!!!

[Republish] Imagine || Noona ↭ SVT [세븐틴]Where stories live. Discover now