06 • Jeon Wonwoo

26 5 0
                                    

06
Jeon Wonwoo





Keluhan berat dilepaskan ketika melihat jadual peperiksaan yang tertampal dalam pintu lokarku. Tinggal seminggu sahaja untuk peperiksaan.

Buku-buku nota dan latihan dibawa keluar. Pintu lokar itu ditutup lalu dikunci semula.

Hari itu aku membuat keputusan untuk belajar di perpustakaan berbanding di bilik 'self study' yang membosankan itu.

Setibanya di sana, aku mengambil tempat di tengah perpustakaan. Ada beberapa juga orang pelajar sedang membaca buku di meja panjang itu.

Tapi kedudukan aku di hujung meja tidak terlalu dekat dengan mereka. Dan langkahku dituju ke rak bahagian buku rujukan untuk mencari buku berkaitan pelajaran yang hendak aku belajar.

Setiap satu buku diperhatikan. Dan kepalaku terdongak sedikit untuk mencari di bahagian atas. "Ha–buku tu." lantas tanganku di renggang ke atas untuk mencapainya.

Malah sedikit pun tanganku tidak mendekati buku yang berada di bahagian kelima rak itu. Kaki dijengket dan aku masih mencuba.

Merah wajahku kerana cuba mencapainya. Dan aku berhenti sekejap. "Hish–" dengusku geram.

Pustakawan gila. Pergi letak buku atas-atas buat apa.

Kiri kanan dilihat supaya tiada orang disekitar melihatku. Kerana aku hendak memanjat rak itu. Lantas rak itu dipijakku.

Tersenyum aku apabila buku itu dicapai. Dan tanganku yang terasa licin akibat berpeluh itu, membuatkan peganganku pada rak hilang imbangan dan terjatuh ke belakang.

Mata dipejam rapat. Jantungku berdegup laju. Tapi dapat dirasakan ada seseorang sempat memelukku dan tubuhku berlanggar dengannya.

Mataku terbuka. Segera aku membetulkan kedudukan kakiku yang masih di rak ke lantai. Tangan itu melepaskanku apabila aku membalikkan tubuh menghadapnya.

Tidak terkata aku apabila melihat wajah tampan itu dengan kaca matanya. Lelaki kacak ini yang menyelamatkan aku tadi? Oh tuhan.

"Okay?" suaranya yang besar itu mampu membuatkan aku cair.

"H-hai–" tidak sedar yang aku tersengih kecil.

Lelaki itu tersenyum senget. Wajahku terasa panas kerana malu. Apa yang aku balas tadi? Tagona.

Mataku automatik melihat tanda namanya. Tidak mahu terlepas untuk mengetahui heroku ini. 'Wonwoo Jeon'. Dan berwarna hitam. Junior lagi.

"Terima kasih tolong saya tadi–" ucapku dengan sengihan malu lagi.

"Kebetulan saya lalu dekat sini–nasib baik saya perasan noona."

Aku menundukkan sedikit kepalaku. "Terima kasih sekali lagi–saya pergi dulu." laju aku meninggalkan tempat itu kerana malu.

Buku rujukan itu diletakkan atas meja selepas melabuhkan punggung atas kerusi. "Macam mana lah boleh terjatuh atas dia. Siap peluk lagi–aduhai sweetnya." omelku perlahan dengan sengihan kecil.

Sengaja aku melirikkan mataku pada rak tadi. Nampaknya lelaki itu sedang menyusun buku-buku di situ. Atas hingga bawah aku memerhatikannya.

"Pustakawan yang kacak–" senyumanku melebar. Tangan diletakkan pada bawah dagu.

Remaja itu meletakkan sebuah buku di bahagian atas. Malah sedikit pun dia tak berjengket. Kini aku berharap semua buku yang aku nak nanti ada di bahagian atas rak supaya dapat dibantunya lagi.

Pustakawan yang bijak. Letak buku atas-atas lagi.



🌸




[Republish] Imagine || Noona ↭ SVT [세븐틴]Where stories live. Discover now