09
Kim MingyuTanganku laju menulis karangan pada buku tulisku di sebuah meja batu yang terletak di pinggir padang.
Cikgu Kim, guru pendidikan jasmani tidak hadir dan diganti dengan Cikgu Oh. Dia telah memberi kebebasan pada pelajar kelas untuk bermain sendiri buat masa itu.
Pelajar lelaki seperti biasa akan bermain bola keranjang dan berlawan dengan kelas lain. Kadang-kadang dengan kelas junior.
Pelajar perempuan pula bermain bola tampar. Tapi ada sesetengah yang merayau dan duduk di tepi padang sahaja.
Aku yang tidak siap kerja sekolah menggunakan masa emas itu untuk menyiapkan kerja.
Yuri yang tiba di meja batu itu dalam keadaan tercungap-cungap. "Yoon–jom ah main bola tampar."
Aku mengangkat wajahku. "Aku nak siapkan kerja lah–pergi lah–" balasku pada rakanku yang sedang meneguk rakus airnya.
Yuri menutup botol airnya. Mulutnya yang mula-mula kembung kian mengecut selepas menelan air. "Suka hati kau lah–aku pergi dulu."
Gadis itu berlari semula ke padang. Aku menggeleng perlahan dan menyambung penulisanku.
"Hati-hati–!!!"
Kedengaran suara lelaki memberi amaran. Sebaik sahaja aku menoleh, dahiku terasa sakit apabila terkena bola keranjang yang melayang ke arahku.
"Auch–" kepalaku tiba-tiba sahaja berpusing.
Walaupun terasa imej pada mataku berpusing-pusing, aku pasti ada seorang lelaki tinggi berlari anak ke arahku.
"Noona okay–?"
Aku bangkit dari tempatku dan mataku dikelipkan beberapa kali bagi melihat wajah lelaki itu.
"O–okay–oh–" terasa tubuhku disambut ketika aku hendak terkulai ke bawah. Kepalaku berasa pening sehingga badanku tidak seimbang.
"Noona–?"
Aku cuba menyeimbangkan diri dan gagal. Nasib ada tangan yang memaut lenganku. Tanganku masih kekal di dahi kerana pening.
Dan tiba-tiba pandanganku terasa makin kabur. Tubuhku lemah. Hanya sayup-sayup kedengaran lelaki itu memanggilku. Lalu semuanya pun gelap.
🌸
"Disebabkan hentakan bola tadi, mungkin kepala awak terasa gegaran. Sebab itu boleh pengsan dan pening-pening." ujar jururawat yang sudah selesai memeriksa tekanan darahku pada lengan.
Alatannya itu dikemas.
Sebaik sahaja aku sedar, aku sudah berada di bilik rawatan dan seorang lelaki berkulit gelap berada di sisi katil pesakit yang didudukiku.
Mungkin dia lelaki tadi.
"Kalau dah rasa okay kamu boleh balik ke kelas–kalau tak, kamu rehat dulu di sini–" kata si jururawat sebelum melangkah pergi bersama alatannya.
"Noona, saya minta maaf–"
Pandanganku beralih pada lelaki di sampingku. Boleh tahan kacak.
"Awak ke yang hantar saya ke sini?" soalku ingin tahu. Berkerut dahiku kerana terasa sedikit pening.
Lelaki lampai itu mengangguk. "Saya dukung noona tadi–Saya minta maaf sebab saya terbaling bola sampai terkena kepala noona–"
Mataku jatuh pada tanda namanya. 'Mingyu Kim'
Kepalaku yang sakit apabila terlalu fokus pada itu, mula dipegang. "Pening–" omelku lalu mengetap bibir.
"Noona rehatlah–" Mingyu tersenyum nipis.
Melihat senyuman itu, hatiku terasa hangat dan mencair.
Selimut yang berada paras perutku ditarik hingga menutupi bahagian dadaku. "Terima kasih–"
"Semoga cepat sembuh, noona–" tangan kiriku terasa disentuhnya. Dan mataku tidak henti memerhatikan bibirnya itu.
🌸
Kakiku melangkah ke bahagian lokar pada pagi itu. Pintu lokarku dibuka selepas memusingkan kuncinya.
"Eh–?" dahiku berkerut melihat ada sebuah bekas makanan di dalam lokarku.
Bekas itu diambil. "Siapa pula yang bagi ni?" di belek-belek bekas itu.
'saya minta maaf, noona' - kmg
Aku tersenyum kerana dia sanggup menyiapkan makanan untukku atas kesalahannya semalam. Padahal aku sudah memaafkannya. Pintu loker ditutup dan bekas itu dimasukkan ke dalam beg galasku.
🌸
Pada waktu rehat, aku tidak ke kafeteria malah aku menuju ke padang. Bekas makanan yang diterimaku pagi tadi diletakkan di atas meja batu itu sebelum aku melabuhkan punggung di situ.
Penutup itu dibuka. Aku hampir terliur melihat makanan tersebut; vietnamese roll berserta mangkuk kecil berisi sos.
"wahh—" hampir ternganga aku dibuatnya.
Belum sempat aku mengambilnya, terdengar suara deheman seseorang dari sebelah. Aku menoleh dan ianya lelaki yang terbaling bola keranjang ke arahku semalam.
"Hai" dia tersenyum sambil berjalan ke arahku dengan kedua tangannya di belakang. Comel.
"Boleh saya duduk?" soalnya selepas tiba mendekatiku. Aku sekadar mengangguk dan dia pun duduk bertentangan denganku.
"Awak buat sendiri ke?"
Mingyu mengangguk. "Kenapa? Tak percaya ye?"
Aku mengerutkan dahi. Sengaja.
"Betul saya yang buat. Senang je lagipun–" dia membalas selepas melihat riak wajahku.
Aku tertawa kecil. "Okay saya percaya—"
"Noona dah cuba?"
Aku menggeleng.
"Boleh tak saya nak suapkan noona..?" lelaki itu mengetap bibir kemudian tersengih.
Aku mengangguk.
Mingyu menyeringai dan mengambil segulung lalu dicicahkan dengan sos buatannya. Aku membuka mulut sewaktu dia hendak menyuapkanku.
"Erm—sedap" aku menaikkan ibu jari.
Dan lelaki itu tidak berhenti tersenyum sewaktu dia menyuapkan gadis itu. Jikalau boleh dia mahu berhentikan waktu ketika itu.
- TBC -
YOU ARE READING
[Republish] Imagine || Noona ↭ SVT [세븐틴]
Fanfic" 우리는 너를 절대 잊지 않을 것이다 " - We will never forget you, noona - • S.V.T • Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ✔ ] Complete [ ] Start; 2/5/2020 End;