04

320 67 0
                                    

Beg sandang dicampak ke atas sofa.

Matanya mengerling sekilas ke arah jam dinding. Kemudian, matanya meliar memandang sekeliling.

Dia mula membuka laci lalu mengeluarkan sebuah kotak bewarna hitam yang bersaiz sederhana besar.

Matanya tajam melihat isi yang ada di dalam kotak tersebut.

Beberapa keping gambar dikeluarkan, lama dia menatap gambar- gambar itu.

Dia menggeleng kepalanya perlahan.

"Bogoshipda.." Dia kemudiannya menyimpan kembali gambar gambar tadi ke dalam kotak.

Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Topi yang dipakainya dia cabut.

Sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan mula terukir dibibirnya.

"Tunggu ya." Katanya seorang diri sambil bibirnya masih lagi mengukir senyuman.


Terkocoh kocoh ji hyo berlari sambil menuruni anak tangga di dalam rumah itu, dia sudah terlambat untuk ke tempat kerja. Habislah!

"Nayeon! Aku pergi kerja dulu." Laung ji hyo kepada nayeon yang sedang berada di bahagian dapur.

Pintu dibuka dan

"Argh!" Ji hyo menjerit terkejut sambil tangannya memegang dada. Nafasnya kian tidak teratur.

"Pak cik posmen ni buat terkejut saya aje lah! Kenapa tercegat depan pintu rumah ni?" Ji hyo berasa geram namun suaranya tetap dikawal agar kedengaran biasa. Matanya tertancap ke arah sebuah kotak yang dipegang posmen itu. Posmen itu hanya tersengih memandang ji hyo.

"Kotak untuk cik." Posmen itu menghulurkan kotak tersebut.

"Kotak lagi? By the way, panggil saya puan. Oh tak, pak cik boleh panggil saya ji hyo aje."

"Baik puan, sila tandatangan."

Ji hyo hanya menurut.

"Saya minta diri dulu, puan." Posmen itu mula meminta diri.

Ji hyo hanya mengangguk.

Ah, nak tak nak bawa dia terpaksa bawa kotak ini ke tempat kerjanya sekali.

--

"Song ji hyo, lambat sampai? awak tengok jam, dah pukul berapa sekarang?" Puan Min Ah berkata sambil memandang Ji hyo tajam. Tanganya disilang ke dada lagak mak datin.

Ji hyo membongkokkan badannya sambil memohon maaf.

Puan Min Ah hanya menggeleng perlahan.

"Sudah, buat kerja. Saya malas nak beleber banyak. Tak ada guna." Puan Min Ah mula mengatur langkah ke dapur.

Ji hyo menghembus nafas lega. Mujur.

Memandangkan masih tiada pelanggan yang berkunjung ke kafe, dia mengambil kesempatan ini untuk membuka dan melihat isi di dalam kotak yang baru diterimanya tadi.

Kotak itu dibuka kasar olehnya.

Dahi Ji hyo berkerut.

"Surat? Kotak bukan main besar, isinya cuma sepucuk surat saja? Bodoh ke siapa yang bagi ni." Ujar Ji hyo sendirian.

Dia membaca isi surat tersebut.


Dear anak Song, awak tak rindu saya ke? Saya teringin nak tegur awak, nak bercakap dengan awak. Kalau boleh, saya nak luahkan semuanya. Apa yang saya dah lalui. Semoga awak tak lupakan saya.



Begitulah isi surat tersebut.

Ji hyo menekup mulutnya menahan tawa.

"Dear anak Song..? haih siapa lah ni. Main-main ke apa." Ji hyo melipat kertas tersebut lalu disimpan ke dalam poket seluarnya.

Belum sempat dia membuka langkah ke meja kaunter, seorang pelanggan mula memasuki kafe tersebut.

Ji hyo terus mengatur langkah ke arah pelanggan tersebut.

"Hi, order?" Soal Ji hyo, tetapi dia tidak membawa kertas dan pen, ah lantaklah.

"Macam biasa." Kata pelanggan itu, namun tidak memandang ke arah Ji hyo.

"Macam biasa? Apa ya? Cik ni siapa?" Ji hyo merasa hairan, macam biasa apanya. Setahu dia, kafe ini tiada pelanggan tetap.

Ji hyo mula mengingati sesuatu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Ah, encik ni pelanggan yang semalam tu kan? Ha, saya ingat. Pakaian encik masih sama." Kata Ji hyo sambil menunjukkan riak wajah yang agak teruja.

"Kalau begitu, encik tunggu lah ya." Ji hyo membongkokkan sedikit badannya sebelum beredar.

Pelanggan lelaki itu hanya mendiamkan diri dan masih seperti semalam, langsung tidak memandang.








"Ala nayeon, boleh lah." Yoongi dari tadi hanya mengekori nayeon yang sedang sibuk menguruskan kerja.

Nayeon mengambil tempat duduk di tempat miliknya lalu menghempas fail ke atas meja. Pandangan tidak puas hati dilemparkan ke arah Yoongi.

"Berapa kali kau nak aku ulang? dia tak suka nombornya diberi kepada orang yang dia tak kenal, lagi-lagi lelaki!" Ujar nayeon keras.

Yoongi mula melutut.

Nayeon yang melihatnya hanya menjeling.

"Dia kenal aku lah. Alah, bagi aje lah. Setakat nombor telefon aje. Takkan tu pun susah nak bagi?" Yoongi tak mahu mengalah.

"Bencilah aku cakap dengan orang tak faham bahasa macam kau ni. Aku kata tak boleh, tak boleh. Lagipun, kau ingat Ji hyo suka ke kalau aku bagi nombor dia pada orang lelaki? Lagi-lagi lelaki tak guna macam kau ni?" Kata nayeon sambil memandang yoongi dengan pandangan sinis dan menyampah.

"Tak sentap pun. Okay kalau macamtu. Kau tak nak bagi kan? Okay." Yoongi seakan akan merajuk dengan kata-kata nayeon tadi. Dia terus kembali ke tempat duduknya.

Nayeon memerhati yoongi. Satu keluhan dilepaskan perlahan.

'Macam mana yoongi boleh jatuh hati pada Ji hyo ni.'   Desis hatinya sambil bibir diketap perlahan.






-_🌸_-

pendek ke? hee cer uolls teka siapa mamat yang kasi ji hyo surat tu and siapa mamat yang datang kafe tu?

btw vomment gais ヘ( ̄▽ ̄*)ノ thankyou!


[H]ꜰᴀᴋᴇ ɪᴅᴇɴᴛɪᴛʏ ꜱᴇᴀꜱᴏɴ♡2 Where stories live. Discover now