05

308 61 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 10:36 malam. Ji hyo sepatutnya sudah pulang ke rumahnya sekarang memandangkan waktu kerjanya tamat pada pukul 10:00pm . Disebabkan hujan, dia terpaksa tercegat dihadapan kafe tempat dia bekerja sementara menunggu hujan reda. Pemilik kafe itu pun sudah lama beredar pulang kerumah.

Bukan nak ajak tumpang. Ji hyo merungut seorang diri.

Ji hyo sudah biasa berjalan kaki ke tempat kerja dan pulang dari tempat kerja, maklumlah teksi dan bas tidak lalu di kawasan tersebut.

"Song Ji hyo!"

Automatiknya Ji hyo menoleh ke arah empunya suara sebaik saja dia terdengar namanya disebut.

Si pemanggil tadi melambai kemudian mula berjalan ke arah Ji hyo.

"Tak lepas nak balik ke?" Soalnya.

"Awak ni, Min Yoongi?" Ji hyo akhirnya dapat mengecam wajah yoongi.

Yoongi mengangguk seraya tersenyum.

"Tak sangka, saya rasa situasi sekarang sama macam haritu. Apa kata saya tumpangkan awak balik lagi?" Yoongi cuba mempelawa.

Ji hyo tersenyum kekok.

"Hujan dah reda sikit. Tak apa, tak perlu."

"Jom ajelah sekali. Awak ni, saya sebenarnya tengah teruja sekarang." Beritahu yoongi sambil senyum dibibirnya tidak lekang dari tadi.

"Kenapa pula?"

"Kita macam ada jodoh setiap kali hujan turun."

"Mengarut je, ini cuma kebetulan dan baru dua kali okay." Ji hyo tergelak kecil dihujung ayatnya.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul  dihadapan kafe dimana tempat ji hyo dan yoongi sedang berdiri.

Ji hyo sudah dapat mengagak siapa empunya kereta itu.

Baekhyun.

Baekhyun keluar dari perut kereta bersama payung lalu berlari anak ke arah mereka berdua.

"Jom, balik." Ajak baekhyun.

Yoongi menjongketkan keningnya memandang ke arah baekhyun.

Ji hyo sudah terasa serba salah. Nak ikut baekhyun atau yoongi. Kalau ikut baekhyun, terasa serba salah pula tinggalkan yoongi disini sedangkan yoongi yang mempelawanya terlebih dahulu. Kalau ikut yoongi pula, terasa serba salah juga kerana dia yakin baekhyun memang datang ke kafe ini dengan niat untuk menjemputnya pulang memandangkan hari hujan. Memang dah selalu begini setiap kali hujan. Cuma hari ini baekhyun lewat.

"Ji hyo, jom balik." Kali ini suara baekhyun kedengaran sedikit tegas sambil matanya menjeling sedikit ke arah yoongi yang berada disebelah ji hyo.

Yoongi hanya diam memerhati.

"Tapi.."

"No excuses. Kau siapa?" Soal baekhyun sambil matanya memandang wajah yoongi.

"Aku.. kawan nayeon. Kebetulan aku nampak Ji hyo sorang, aku nak ajak dia tumpang balik sekali. Itu aje." Jelas yoongi.

Baekhyun dari tadi hanya menunjukkan riak wajah tegang dan tiada secalit pun senyuman. Yoongi juga begitu namun riak wajahnya hanya kelihatan bersahaja.

"Okay, Tak apa. Aku boleh bawa dia balik. Terima kasih." Baekhyun menarik lengan Ji hyo menuju ke kereta.

Yoongi mengangguk sambil matanya hanya memerhati baekhyun dan ji hyo, sebaik saja kereta baekhyun pun sudah tidak kelihatan, yoongi terus berjalan beredar dari situ.

[H]ꜰᴀᴋᴇ ɪᴅᴇɴᴛɪᴛʏ ꜱᴇᴀꜱᴏɴ♡2 Where stories live. Discover now