+Ji hyo pov .
Jam tangan aku kerling sekilas. Ah, sudah lewat malam. Timbul rasa menyesal keluar pada waktu begini. Pelik, kenapa kawasan ni sunyi malam ni? biasanya tak ada lah sunyi sangat.
Aku hanya meneruskan langkahku tanpa memikirkan apa-apa. Risau juga kerana terpaksa melalui lorong yang gelap dan sunyi. Lampu jalan pun tak ada. Jadi terpaksalah aku gunakan lampu dari telefon sendiri.
Tiba-tiba aku dapat menangkap bunyi sesuatu.
Ya, bunyi tapak kaki.
Tak, rasanya itu bukan bunyi tapak kaki aku.
Ah, mula dah aku fikir bukan-bukan ni. Langkah aku percepatkan.
"Song Ji Hyo-ya!"
Kaki aku berhenti automatically sebaik saja terdengar nama aku dipanggil oleh seseorang.
Jantung aku yang sedari tadi berdegup kencang makin bertambah kencang lagi. Mana taknya, siapa yang panggil nama aku tadi?
Di kawasan yang sebegini?
Aku berdiri tercegat. Entah kenapa tiba-tiba rasa tak mampu nak bergerak.
Agak-agak, kalau lari ni ada yang kejar aku dari belakang ke?
Kalau aku teruskan berjalan, agak-agak ada orang mengekori aku secara perlahan dari belakang ke?
Kalau aku berdiri tegak dan langsung tak bergerak macamni, apa pula yang jadi?
Tap.. Setapak.
Tap.. Dua tapak.
Tap.. Tiga tapak.
Bunyi tapak kaki itu hilang sebaik tiba ke tapak yang ketiga.
Siapa tu?
Air mukaku mula berubah. Ini, kalau tengok muka sendiri dalam cermin. Tak tahu lah nak kata apa.
"Kenapa berhenti tercegat kat sini? bahaya, Ji hyo."
Mataku membuntang, mulutku ternganga kecil. Cepat-cepat aku menekup mulutku.
Siapa yang bercakap tu?
Nak toleh atau tak?
Tersentak aku dibuatnya tatkala ada tangan yang menyentuh bahuku dari arah belakang.
Cepat-cepat aku menoleh
Eh? Bukankah ini orang yang sama seperti hari itu?
Maksud aku, yang pakaiannya merimaskan dan dia tak pernah menukar pakaiannya.
Sekarang pun sama. Dia memakai pakaian yang sama seperti hari hari sebelumnya.
"Awak?" Aku akhirnya bersuara.
Wajahnya, aku tak dapat lihat.
Gigih dia menutup wajahnya. Aku tak faham dan aku tak tahu kenapa dan apa motif dia.
Suasana jeda.
***
Darah mula menyerbu naik tatkala melihat wallpaper phone milik Baekhyun.
Dahi Eunbi berkerut seribu.
Cemburu mula menguasai dirinya.
Siapa perempuan yang bersama Baekhyun di dalam gambar wallpapernya itu?
Eunbi mula rasa tak sedap hati.
Dia memandang sekeliling, tak ada orang. Baekhyun pun masih belum masuk ke bilik pejabatnya. Entah kemana dia pergi.
Dia mengambil kesempatan ini untuk menggeledah semua yang ada di dalam telefon milik Baekhyun.
Ktak.
Eunbi tersentak. Terus dia berdiri tegak, dia mula terkial-kial. Niatnya terbantut apabila yang masuk ke dalam bilik itu adalah Baekhyun.
"You buat apa ni?" Soal Baekhyun tidak senang.
"Er, Tunggu you jer. You pergi mana? lama I tunggu kat sini." Sengaja dia menokok tambah.
Baekhyun menggeleng sambil ketawa kecil.
"I keluar dari sini sekejap aje. Apa yang lamanya?"
Baekhyun mula melangkah masuk.
"Jom, lunch?" Ujar Eunbi seraya tersenyum.
"Lunch? Hey, I tak free lagi harini. You ni tak habis-habis dengan lunch. Sibuk, kalau I free, I bagitahu you. Dah, pergi balik." Balas Baekhyun kasar. Wajahnya tegang.
Eunbi memonyokkan mukanya, dia terasa dengan kata-kata Baekhyun.
"Tak apa lah."
***
Kepalanya dipegang, berkerut wajahnya menahan sakit dibahagian kepala. Berdenyut kuat sangat.
"Dah bangun?"
"Okay tak?"
"Sakit ke?"
Soal namja itu seraya berdiri dihadapan Song Ji hyo.
Ji hyo mendongak perlahan memandang ke arahnya.
Ah, lelaki tadi lagi!
***
Tbc