Song Jihyo x Do Kyungsoo x Minhyun

4.9K 127 8
                                    


Do Kyungsoo POV

" Aku pelik lah dengan Noona aku " ujar aku sambil menghirup Americano yang dibeli oleh Kai. Kai memandang aku sambil mengangkat kening. Dia mengiringkan badannya untuk menghadap aku yang berada disebelahnya.

" Apa yang peliknya. Aku tengok okay je ? " balas Kai. Mulutnya diherotkan sedikit kerana terdapat sisa makanan melekat di celah gigi.

Aku mengeluh kecil. " Takdalah. Aku tengok lepas Minhyun Hyung mati, dia rilex je pergi kerja. Takda rasa sedih pun. " Luah aku sambil kaki aku menguis tanah.

Mereka senyap seketika. " Ke kau yang pelik ? ". Jawapan Kai membuatkan dahi aku berkerut seribu.

" Apa maksud kau pasa-" pertanyaan aku diganggu oleh bunyi deringan telefon bimbit milik Kai. Kai segera menekan punat hijau dan bangun menjauhkan diri dari aku.

Seketika kemudian, Kai bergegas berlari ke arah aku. Mukanya yang sedikit pucat menandakan sesuatu yang buruk berlaku.

" Sorry D.o, aku nak kena balik rumah. Areum call aku, Kai Jr menangis tak henti-henti." jelas Kai sambil kelam kabut mengambil barangan di atas meja dan berlalu meninggalkan Kyungsoo sendirian.

Aku menangguk kecil. Jam tangan aku berbunyi menandakan sudah pukul 9.00 malam. Waktu kerja sudah habis. Aku bangun lalu segera mengemaskan barangan aku lalu meninggalkan tempat tersebut. Air Americano yang tinggal 1/4 aku buang ke dalam tong sampah. Kunci kereta Mini Cooper aku keluarkan dan punat ditekan.

' Balik rumah, aku nak tidur. Penat gila '


Aku renggangkan badan aku selepas sekian lama aku beradu. Aku bangun dan belek telefon bimbit aku. Mana la tahu ada mesej ke atau miscall. Setelah aku dah puas tengok telefon bimbit aku,  aku menuju ke dapur. Tekak aku tak sah kalau tak merasa kopi. Aku menggosok mata apabila melihat cahaya dapur masuk melalui mata aku.

' Siapa yang ada kat dapur ni ? '

Aku menghampiri dapur dan melihat seseorang yang amat aku kenali.

" Noona, bila noona balik. Tak perasan tadi " aku bertanya sambil tangan aku pantas membuat kopi panas.  Aku melihat Jihyo Noona masih lagi dengan pakaian kerjanya. Dia kelihatan leka dengan airnya.

" Noona ? " jerit aku sedikit kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Noona ? " jerit aku sedikit kuat. Jeritan itu mengejutkan Noona aku. Dia memandang aku dengan muka blurnya.

" Ah Kyungsoo, apa soalan Kyungsoo tanya tadi ? " ujarnya sambil tersenyum manis. Aku memandang Noona aku lama.

" Takda apalah. Kyungsoo tidur dulu. Selamat malam " ujar aku. Aku malas mengulang pertanyaan aku memandangkan aku sudah mula mengantuk.

" Good night " balas noona aku. Aku meninggalkan Noona aku sendirian di dapur.

Aku merebahkan diri aku di katil empuk. Minda aku merewang entah ke mana. Tiba-tiba, minda aku terimbas kembali sewaktu majlis pengebumian Minhyun Hyung.

Song Jihyo OneshotWhere stories live. Discover now