Marriage ( Song Jihyo x Running Man )

377 29 17
                                    

Dia berdiri kaku di belakang pentas. Di tangan kanannya terdapat kertas kecil dengan sedikit coretan yang agak sukar dibaca. Botol mineral disebelahnya diambil lalu penutup dibuka sebelum diteguknya dengan rakus sehingga habis.

" Kwang-Soo, janganlah gelabah sangat. Cakap je kat depan macam biasa. "

Kwang-Soo menoleh sebelah, melihat gerangan suara tersebut.

" Oppa ni. Siapa suruh suggest buat undi siapa nak bagi ucapan. Kan Oppa dah kena. "

Sambut suara lain sambil tergelak kecil.

" Korang berkomplot kan nak kenakan aku. Sampai hati korang ya Somin, Sechan. "

Balas Kwang-Soo sambil membuat muka sedih. Dia dapat rasakan mereka berdua berkomplot hendak mengenakan dia.

" Eh, bagi ucapan lagi elok tau dari kau nyanyi kat depan tu. Mintak simpang la. "

Ujar Sechan sambil mengerutkan mukanya. Tidak dapat dibayangkan jika Kwang-Soo menyanyi di hadapan. Terbayang episode dimana Kwang-Soo menyanyi In the Jungle. Sangat teruk.

Kwang-Soo saat mendengar kata-kata Sechan ingin sahaja menghayunkan tangannya namun suara Jae Suk menghentikan pergerakannya.

" Seterusnya, ucapan akan diberikan oleh Lee Kwang-Soo. Kalian agak bernasib baik sebab hari ni Jong Kook yang menyanyi, bukan Kwang-Soo. Jadi, tanpa melengahkan masa saya mempersilakan Lee Kwang Soo untuk memberikan ucapan. "

Somin dan Sechan membuat gaya 'fighting' kepada Kwang-Soo saat Kwang-Soo bergerak ke pentas. Jae Suk menyambut kehadiran Kwang-Soo dengan memeluknya seketika sambil badan Kwang-Soo ditepuk perlahan.

Kwang-Soo melangkah ke pentas perlahan-lahan. Dia meletakkan kertasnya di atas podium tersebut. Matanya meliar memerhati orang yang hadir ke majlis perkahwinan orang yang disayangi. Kemudian dia memandang sebelahnya, dimana kedudukan pengantin lelaki dan perempuan.

1 tahun yang lalu

Kwang Soo menuang gelas dengan teh panas sebelum dihulur kepada 'tetamu' nya.

Sebenarnya, tetamu apa kalau masuk tak diundang.

" Ni kenapa tiba tiba datang ni ? Gaduh dengan mak noona lagi la tu. "

Jelingan yang diberikan kepada Kwang-Soo tidak diendahkan oleh Kwang Soo.

" Kwang-Soo, noona masih boleh kahwin lagi ke ? "

Soalan dia membuatkan Kwang-Soo yang ketika itu sedang menikmati potato chip tersedak. Terus sahaja air teh yang dihidangkan kepada dia, Kwang Soo ambik dan meneguknya sehingga habis.

" Kahwin? Maksud noona ?"

Kerut muka Kwang-Soo. Rasa pelik dengan soalan yang diutarakan oleh noonanya.

" Yelah, kahwin. Macam Haha Oppa kahwin dengan Byul. Macam Jae Suk Ngan Suk Jin Oppa kahwin. Aduh, takkan tu tak faham ?"

Rungut dia sambil memandang Kwang-Soo dengan pandangan menyampah.

" Okey... So apa yang noona nak cuba sampaikan ni? Noona nak kahwin? Noona nak kahwin dengan siapa? "

Ujar Kwang-Soo bertalu-talu. Rasa pelik menghantui diri.

" Dengan orang yang noona sayanglah. Takkan dengan kau pulak. Subin kau nanti nak letak mana. Lagipun noona dah tua. Dah masuk 40+. Noona nak rasa macam mana alam perkahwinan, lagi-lagi dengan stranger yang kita sayang. Noona tengok kawan-kawan noona semua dah kahwin, semua ada anak. Noona teringin nak rasa bahagia tu."

Ujar dia panjang lebar sambil tersenyum kecil.

" Noona betul-betul ke boleh hadapi perkahwinan ni. Tak semua benda manis tau dalam perkahwinan ni noona. Ada benda yang noona ada sekarang ni kena lepaskan bila noona dah kahwin. Noona betul-betul dah bersedia ke? "

Song Jihyo OneshotWhere stories live. Discover now