Secretery Song ( Song Jihyo x Kim Namjoon )

879 66 5
                                    

Author note; Inspirasi daripada cerita Kdrama, Secretary Kim. Mungkin ada banyak sikit persamaannya. Enjoy.

Tiba-tiba, ribut taufan melanda di Syarikat Kim. Bukan sebarangan ribut taufan, ribut taufan ni mampu menggugat kehidupan seharian sebagai seorang pekerja di Syarikat Kim. Tiba-tiba, meeting yang sepatutnya dilakukan hari ini dibatalkan serta merta. Perjumpaan dengan pelabur luar terpaksa ditangguhkan pada hari lain. Gara-gara, mood Naib President Kim Namjoon dilanda bandai. Habis segala proposal yang disediakan oleh pekerjanya ditolak.

" Apa ni? Proposal ke sembang bawang hah?!. Buat balik. ! "

" Tak habis-habis membawang. Kalau bawang tu siap kerja takpa la jugak. "

" Hah, Sunghyun. Bila nak bayar hutang masa tadika. Yang 10 sen masa beli ais krim Jebon. "

Habis segala kisah silam diungkitnya. Memang mood swings habislah Naib Presiden Syarikat Kim ni.

" Eh, move on la. Tak habis-habis lagu Boombayah. Sekarang ni lagu Ddu Du Ddu Du la. Sebab tu la kertas kerja tak menarik. "

Sempat lagi tu, sambil marah sambil promote. Benda yang tiada kena mengena pun dia babitkan.

Bilik Naib President.

Namjoon sedang sibuk berkerut di kerusinya, memikirkan sesuatu yang mustahak. Ketukan di pintu mengejutkannya, dia kemudian melaungkan perkataan ' masuk '.

Terjengul muka seseorang yang dikenalinya, seorang lelaki yang berpakain sut dan berambut hitam.

Terjengul muka seseorang yang dikenalinya, seorang lelaki yang berpakain sut dan berambut hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Aphal kecoh-kecoh dekat luar tu ? "

Soal Min Yoongi sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi hitam berhadapan meja Naib Presiden Kim Namjoon.

Soal Min Yoongi sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi hitam berhadapan meja Naib Presiden Kim Namjoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kim Namjoon sekadar menjeling sahaja, tidak menghiraukan pertanyaan sahabat sejak dari kecil itu. Mata Yoongi meliar mencari seseorang.

Song Jihyo OneshotWhere stories live. Discover now